cara menangani stress

10 Cara Menangani Stress Yang Terbaik Untuk Lelaki & Wanita

Stress adalah suatu keadaan berasa tegang yang secara normal dihadapi oleh setiap manusia yang waras.

Antara simptom & kesan stress adalah:

  • Peningkatan degupan jantung
  • Peningkatan perpeluhan
  • Memperbaiki prestasi
  • Membahayakan kesihatan

Walaupun seperti stress dapat juga membawa kebaikan, tapi stress yang keterlaluan boleh mengancam nyawa. Oleh sebab itu kita sangat perlu tahu cara menangani stress yang betul.

10 ‘B’ Cara Menangani Stress Yang Mudah Untuk Dipraktikkan

Perhatikan gambarajah comel kat bawah ni.

cara menangani stress

Cara Menangani Stress 1: Bertenang

  • Walau apa pun perkara yang membuatkan kita stress, bertenanglah.
  • Kita biasanya tidak akan dapat membuat keputusan dengan tepat jika fikiran kita sedang kusut.

Cara Menangani Stress 2: Bernafas Secara Dalam

  • Tarik nafas sedalam-dalamnya. Oksigen sangat diperlukan bagi memberi kesegaran kepada tubuh badan
  • Antara teknik pernafasan yang membantu ketika kita stress adalah disebut sebagai Relaxation Technique. Rujuk pada gambarajah di bawah

cara menangani stress

Cara Menangani Stress 3: Berkata, “Relaxlah..”

  • Cakap pada diri sendiri, kita harus bertenang.
  • Fikiran & tubuh kita akan lebih fokus pada apa yang kita sebutkan

Cara Menangani Stress 4: Beribadat

cara menangani stress

  • Terdapat kajian yang membuktikan solat boleh membuatkan fikiran kita menjadi lebih tenang
  • Membaca Al Quran serta memahami isinya juga dapat membantu mengisi jiwa yang kosong

Cara Menangani Stress 5: Berkongsi Perasaan/ Masalah Dengan Seseorang

  • Meluahkan adalah antara perkara yang terbaik bagi menyalurkan tekanan yang kita alami
  • Insan yang paling kita patut percaya untuk menjadi sahabat yang setia mendengar luahan kita adalah ibu & pasangan kita sendiri.

Cara Menangani Stress 6: Berurut

  • Stress tidak hanya menegangkan fikiran malah ia memberi kesan yang tegang & terik kepada otot & urat saraf.
  • Berurutlah bagi menenangkan seluruh otot & urat saraf kita

Cara Menangani Stress 7: Berehat & Mendengar Muzik

  • Kita boleh menggunakan muzik yang hanya ada irama (tanpa lirik) untuk membantu merehatkan minda & tubuh kita
  • Menurut Malaysian Review, ada 10 lagu yang disenaraikan oleh saintis barat terbukti dapat membantu memberi ketenangan.
  • Sebagai umat Islam, mendengar alunan zikir adalah antara terapi jiwa yang terbaik. salah 1 contoh zikir terapi yang popular adalah zikir terapi diri yang dialunkan oleh Hafiz Hamidun ini.

Cara Menangani Stress 8: Beriadah

  • Riadah dapat membantu memberi ketenangan kepada otak & tubuh badan.
  • Riadah yang mudah adalah dengan berjalan kaki selama 10-20 minit di kawasan taman permainan @ hutan bandar sekitar awal pagi (7 – 8 am) atau lewat petang (6 – 7 pm)

Cara Menangani Stress 9: Bersenam

  • Senaman dapat membantu memberi regangan kepada seluruh anggota tubuh.
  • Bersenamlah sekitar 15 minit sehari.
  • Senaman ringkas banyak boleh diikuti di channel Youtube.

Cara Menangani Stress 10: Berfikiran Positif

  • Terima dengan hati yang lapang & terbuka apabila kita dilanda masalah / stress
  • Apabila kita berfikiran positif terhadap stress yang datang, kita akan lebih mudah berasa tenang kerana kita tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
  • Seperti contoh, stress yang kita biasa hadapi kerana kita perlu siapkan sesuatu tugasan dalam 1 tempoh masa. Jika tiada sedikit pun rasa stress, sudah pasti kita kurang bersemangat/ bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan itu dalam masa yang ditetapkan.

Jika 10 B cara menangani stress ini pun anda sukar nak lakukan, saya suggest anda dapatkan bantuan dari B yang ke 11 iaitu B Complex ini.  😉

Semoga perkongsian ini memberi manfaat 😀

 

Rujukan:

  1. British Medical Association; Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)
  2. www.webMD.com
  3. http://malaysianreview.com/26599/saintis-senaraikan-10-buah-lagu-paling-menenangkan-jiwa/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge