10 Makanan Naikkan Hb Ibu Mengandung Ikhtiar Elak Anemia Teruk & Pucat Lesi

Seperti perkongsian saya sebelum ini tentang punca Hb rendah di kalangan ibu mengandung, kita seboleh-bolehnya usahakanlah agar ibu hamil ni tidak mendapat risiko anemia yang teruk.

Ada fakta yang menunjukkan bahawa, ibu anemia berisiko melahirkan anak yang lemah dalam pembelajaran. Kita pasti tak nak kan, anak kita lahir kurang cerdik disebabkan masalah kesihatan kita sepanjang hamilkan mereka?

Di sini saya nak share 10 jenis makanan naikkan Hb yang boleh diusahakan oleh ibu hamil makan sepanjang kehamilan.

10 Makanan Naikkan Hb Ibu Mengandung

makanan naikkan Hb
Kita sedia maklum, nutrisi terbaik boleh didapati dari pemakanan harian kita.

Jika kita konsisten amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang setiap hari, makanan ini boleh bantu merawat atau mencegah kita dari masalah penyakit yang kita tak inginkan.

Antara sumber makanan naikkan Hb adalah:

  • yang tinggi zat besi
  • yang kaya vitamin B12
  • yang kaya folate
  • yang kaya protein
  • yang tinggi vitamin C

Tips:

Elakkan pengambilan zat besi serentak bersama sumber kalsium seperti susu kerana kalsium boleh mengganggu serapan zat besi.

(1) Hati Ayam & Lembu

85 gm hati ayam/lembu membekalkan sekurang-kurangnya 3.5 mg zat besi. Namun yang demikian, organ dalaman haiwan tidak bagus untuk diambil selalu kerana boleh meninggalkan sisa toksik di dalam hati kita.

(2) Kepah/ Kupang/ Kekerang/ Tiram

makanan naikkan Hb
85 gm kepah/ kerang/ tiram dapat memberikan sekurang-kurang 3.5 mg zat besi.

Namun, pengambilan makanan laut seperti ini juga mengandungi sederhana asid urik. Pelbagaikan menu makanan dalam seminggu.

(3) Daging

85 gm daging yang dimasak memberikan 2.1 mg zat besi.

Ambillah daging yang kurang berlemak untuk mengurangkan risiko kolesterol tinggi dalam darah.

(4) Sayur Bayam

makanan naikkan Hb
Bayam adalah antara sayur yang kaya dengan sumber zat besi. Selain zat besi, bayam juga mengandungi:

  • beta carotene
  • vitamin C & E
  • folate
  • kalsium & potasium

Walaupun bayam kaya dengan sumber zat besi, kehadiran asid oxalic di dalam bayam secara semulajadi mengurangkan serapan zat besi di dalam usus.

Tips Naikkan Hb Ibu Mengandung Dari Bayam:

Kalau nak masak bayam untuk membantu meningkatkan Hb dalam darah, ikuti langkah ini

  • 1 cawan (30 gm) memberikan 0.8mg zat besi, maka makanlah sekurang-kurang 3 cawan bayam sehari.
  • rebus bayam selama 15 minit. Kaedah  memanaskan bayam dalam air yang bersuhu lebih 80 darjah celcius membantu mengurangkan paras asid oxalic & meningkatkan kandungan folate.
  • makan bayam bersama sumber zat vitamin C seperti jus oren segar/ starwberi/ kiwi kerana vitamin C membantu serapan zat besi dalam darah

(5) Kekacang

1 cawan kekacang yang dimasak boleh membekalkan 3.5 mg zat besi.

(6) Tofu

makanan naikkan Hb
1 cawan setengah tofu / tauhu/ tokua membekalkan 3.5 mg zat besi.

(7) Biji Labu

28 gm biji labu membekalkan 3.5 mg zat besi. Jika memilih untuk mengambil dari kuaci biji labu, pastikan ambil dari jenis yang kurang/ tidak dimasinkan.
makanan naikkan Hb

8) Aprikot kering

1 cawan aprikot kering membekalkan sekurang-kurangnya 2.1 mg zat besi.

9) Germa gandum

makanan naikkan Hb
1 cawan suku germa gandum membekalkan sekurang-kurangnya 2.1 mg zat besi.

10) Kentang

1 saiz sederhana kentang yang dimasak boleh memberikan sekurang-kurangnya 2.1 mg zat besi.

Semoga ibu-ibu dapat memanfaatkan semua info di sini.

Mudah je kan sebenarnya nak pastikan Hb ibu-ibu naik kembali hanya dengan pelbagaikan menu pemakanan yang sihat   😉



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Rujukan:

  1. Nutrition for Life
  2. http://www.webmd.com/diet/iron-rich-foods#1
  3. https://www.nutritics.com/p/news_Why-Most-Iron-In-Spinach-Is-Useless

 

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

3 Responses

  1. Banyak kan makanan utk naikkan Hb ibu hamil ni…yang penting ibu hamil kena pelbagaikan usaha utk pastikan bacaan HB berada dlm keadaan normal dan jauh dari risiko Anemia
    MaMa Chantique recently posted…10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu HamilMy Profile

  1. August 7, 2017

    […] makanan yang kaya dengan zat besi sekalipun rata-rata kita tak mampu nak ambil banyak seperti yang kita patut makan untuk dapatkan […]

  2. August 15, 2017

    […] pemakanan. Boleh baca lagi 10 makanan yang bantu naikkan Hb  […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.