persediaan travel bersama bayi

10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 1

Jepun adalah destinasi luar negara saya yang pertama.

Kenapa Jepun?

Jepun antara destinasi menarik untuk kita lihat teknologi berkembang & faham budaya masyarakat luar yang tinggi disiplin dan hormat menghormati sesama yang lain.

Saya dan geng G7 secara spontan merancang me-time (semua tak bawak suami) kami untuk ke Jepun sekitar bulan Oktober 2017. Persediaan travel bersama bayi memang perlu sebab saya masih direct feeding Lutfi yang umurnya setahun plus masa tu.

persediaan travel bersama bayi

Kami target masa tu nak ke Jepun (Osaka, Kyoto & Kobe) sekitar musim bunga pada cuti sekolah bulan Mac 2018.

Tak sangka, sebut awal bulan 10, tengah bulan 10 tu juga grab tiket flight & bayar penginapan, pergh. Memang kena teruskan sampai jadi.

10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun Yang Anda Perlu Tahu

  1. Pasport
  2. Tiket Penerbangan
  3. Penginapan
  4. Kasut
  5. Pakaian
  6. Soft Structured Carrier
  7. Matawang asing
  8. Bekalan Makanan
  9. Gajet Travel
  10. Kesihatan

(1) Pasport Ke Jepun

Memandangkan ini kali pertama ke luar negara, wajiblah membuat pasport. Jepun tak memerlukan warganegara Malaysia untuk buat visa.

Harga Pasport Untuk 5 Tahun:

  • Dewasa : RM200
  • Kanak -kanak : RM100

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Pasport

  • MyKad (Dewasa) – asal & salinan
  • MyKid – asal & salinan
  • Surat Beranak anak – asal & salinan

Pasport sekarang memang dah boleh dapat pada hari yang sama. Tertakluk pada timing dan kepadatan pelanggan yang datang.

Masa saya uruskan buat pasport di Kulai, Johor, tak berapa ramai orang datang pada pagi Sabtu tersebut.

Dapat nombor tunggu dalam 20 minit, kat kaunter ambil gambar & cap cari semua.

Tengahari nya lepas staf rehat, dalam 20 minit tunggu giliran, dah dapat ambil pasport yang dah siap.

Tips Tambahan: Wanita bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap. Kalau x, nanti kena pakai tudung yang diorang sediakan. Nasiblah..

(2) Tiket Penerbangan

Nervous juga bila last minute decide nak travel luar negara ni.

Biasanya kalau nak dapat tiket flight murah, kena grab setahun sebelum tarikh. Memang banyak sangat pilihan untuk tiket penerbangan yang murah ke Jepun (sekitar RM700 ke bawah return)

Antara persediaan travel bersama bayi juga, wajib tau harga tiket dewasa bersama infant.

Tips & Trick Beli Tiket Penerbangan

  • Rajin-rajin survey harga tiket setiap hari Rabu di web seperti traveloka/ skyscanner selain di web rasmi syarikat penerbangan.
  • Beli melalui web traveloka, wajib kena ada pasport
  • Beli dari web rasmi syarikat penerbangan seperti MAS & AirAsia, tak wajib ada pasport dulu. Memadai dengan butir-butir kad pengenalan.

Harga Tiket Penerbangan Pergi & Balik Malaysia – Jepun

Alhamdulillah, walau agak last minute, saya berpeluang juga grab tiket penerbangan menaiki pesawat MAS pada harga yang sangat berbaloi.

Ada geng kami dapat beli tiket pesawat MAS serendah RM1,200 return untuk 1 dewasa.

Alhamdulillah, saya dapat 1 tiket dewasa & 1 infant dengan seat sebelahnya ada basinet untuk bayi tidur.

Butir-butir & perincian tiket penerbangan kami:

  • Dewasa (KUL-KIX -KUL) : RM1,436.38 (include: seat pilihan ekonomi, makan, bagasi 30 kg)
  • Bayi (KUL-KIX-KUL) : RM125 (include basinet)
  • Insurans luar negara (via MH-Insured) : RM90 (untuk 1 dewasa & 1 bayi)

Antara option lain penerbangan adalah menaiki pesawat rasmi negara Asia Tenggara yang lain seperti:

  • Vietnam Airlines
  • Philipines Airlines

Kalau pandai pilih & rajin survey, masih boleh grab tiket penerbangan murah walau jarak masa nak terbang tu dalam 2-3 bulan saja lagi.

Cuma, kalau naik flight luar macam ni, kena plan extra cost untuk transit (penginapan extra bermalam/ kos travel di negara lain sepanjang transit)

(3) Penginapan

Kami ada juga survey penginapan melalui group Road To Japan di FB tu. Berdasarkan pengalaman rakan-rakan terdahulu, kena bijak cari lokasi penginapan yang paling hampir dengan stesen train.

Memandangkan kami datang dalam kumpulan, kami sepakat untuk menempah homestay di sana melalui apps/ web Airbnb saja.

Tips & Trick Sewa Penginapan

  • guna kupon/ baucer untuk 1st timer Airbnb. Klik Kupon Jimat RM105 jika ingin jimat RM105 dari total minimum RM300 sewa penginapan guna AirBnb

Penginapan di Kyoto

  • Penginapan 3 hari 2 malam
  • 1 rumah homestay di Kita-ku Kyoto-shi
  • 9 dewasa, 2 kanak-kanak, 2 bayi
  • Total kos: RM1,182.58 termasuk cleaning service
  • Kos seorang dewasa: RM132/ pax

Penginapan di Kobe

  • Penginapan 2 hari 1 malam
  • 3 bilik hotel di Centurion Hotel Grand Kobe Station
  • 9 dewasa, 2 kanak-kanak, 2 bayi
  • Total kos: RM721.71
  • Kos seorang dewasa: RM81/ pax

*** Last minute decision, kami ubah untuk cancel bermalam di Kobe ni. Just balik hari & bermalam di Osaka.

Penginapan di Osaka

  • Penginapan 2 hari 1 malam
  • 1 rumah homestay di Tanimachi Chuo Ward, Osaka
  • 9 dewasa, 2 kanak-kanak, 2 bayi
  • Total kos: RM750.55
  • Kos seorang dewasa: RM84/ pax

Total kos penginapan kami di Osaka-Kobe-Kyoto = RM297 untuk 5 hari 4 malam  😀

Bersambung ke Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun Part 2



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 1”

  1. Pingback: 10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun - Part 2

  2. Pingback: 10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun - Part 3 (Terakhir)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge