travel bersama bayi

10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 2

Bersambung lagi untuk Tips dan persediaan travel bersama bayi ke Jepun yang seterusnya.

Kita dah settle tentang:

  • pasport
  • tiket penerbangan
  • penginapan

Tips & Persediaan Travel Bersama Bayi ke Jepun – Part 2

Saya ada share tentang persediaan pasport, tiket penerbangan dan penginapan di Part 1 sebelum ni.

Apa lagi yang penting? Jom baca sambungannya.

(4) Kasut Yang Sesuai

Kat Jepun, kita banyak guna kenderaan awam macam train, bas. Boleh je nak naik kereta, costly lah & tak macam pengembara lah .. hehe.

Kebanyakkan destinasi tulis beberapa minit by walking.

Jadi, penting sangat untuk kita pakai kasut yang sesuai untuk berjalan supaya kaki selesa nak bergerak jauh.

Untuk travel ke negara Jepun sekitar musim bunga ni, boleh guna kasut yang selesa untuk berjalan seperti dari brand Skechers ni.

travel bersama bayi

(5) Pakaian

Jepun adalah negara 4 musim. Rancang betul-betul apa pakaian yang sesuai untuk ke musim yang kita nak jelajahi ni.

Macam saya nak ke Jepun sekitar awal musim bunga, jadi dah prepare pakaian yang sesuai untuk iklim suhu sekitar 1 °C – 16 ° C sepanjang hari/ malam.

Boleh beli jaket & baju heatech (baju inner ikut tahap ketebalan) di mana-mana kedai seperti Universal Traveller/ Uniqlo.

travel bersama bayi

Jika nak jimat lebih, jaket boleh dibeli di kedai bundle pakaian Jepun seperti Bandoru/ Kedai Bundle Preloved/ Kbundle.

Untuk baby, boleh pastikan kita pakaikan diorang dengan jaket & stoking yang tebal juga.

(6) Soft Structured Carrier

Disebabkan travel bersama bayi, fikirkan kelengkapan ringkas & mudah untuk membawa bayi.

Saya pilih untuk menggendong bayi guna soft structured carrier yang biasa guna kat sini.

Senang tangan yang lain nak guna untuk tarik luggage & lain-lain bila guna penggendong ni.

travel bersama bayi

Ada banyak brand bagus dan berkualiti. Antaranya brand Boba, Ergobaby, Snugsbaby & macam-macam lagi. Boleh rujuk di mana-mana kedai penggendong bayi/ babywearers.

Macam yang saya guna ni, tahan lama juga Boba ni. Beli baru kira-kira 4 tahun yang dulu. Guna untuk kendong si kakak masa umur 1 tahun yang sekarang dah umur 5 tahun.

(7) Matawang Asing

travel bersama bayi

Untuk ke Jepun sana, disarankan sangat untuk kita buat tukaran matawang asing siap-siap dari Malaysia ni. Dikatakan rate di sana sangat tinggi.

Untuk travel bulan 3, disarankan untuk mula buat tukaran duit Yen seawal bulan Januari – Februari sebelum raya Cina.

Seperti pengalaman & pemerhatian saya, rate boleh naik dengan mendadak selepas raya Cina.

Matawang kertas Jepun, Yen bermula dengan serendah 1000 yen.

Kadar tukaran yang paling rendah sepanjang awal 2018 adalah 1000 yen bersamaan RM35.30 + . Rate tertinggi setakat ini sepanjang 2018 di bulan Mac adalah sekitar RM37 + untuk setiap 1000 yen. Pernah diceritakan oleh sedara saya yang ke Jepun, rate ketika itu adalah RM40 untuk setiap 1000 yen!

Tukar lah sedikit-sedikit. Tak terasa sangat banyak mana keluarnya.. hihihi 😆

Tips Buat Tukaran Matawang Asing Yang Menguntungkan

==== Bersambung lagi ke Part 3 (yang terakhir) ===

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

3 thoughts on “10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 2”

  1. Pingback: 10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun - Part 1

  2. Pingback: 10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun - Part 3 (Terakhir)

  3. Respect anda betul. Berani untuk membawa bayi bersama pergi melancong ke Jepun. Bukan satu perkara yang senang bagi kebanyakan ibu. Banyak susah bagi mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge