persediaan travel bersama bayi ke jepun

10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 3 (Terakhir)

Sebelum nak travel ke luar negara, pasti banyak perkara kita kena prepare. Lebih-lebih lagi apabila travel sendiri dengan bayi nih.

Saya dah settle share persediaan travel bersama bayi ke Jepun untuk:

  • pasport
  • tiket penerbangan
  • penginapan
  • kasut
  • pakaian
  • penggendong bayi
  • matawang asing

Ada lagi 3 checklist akhir akan saya share di sini. Iaitu:

  • bekalan makanan
  • gajet travel
  • kesihatan

Tips Saya Untuk Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 3 (Yang Terakhir)

Baca persediaan travel bersama bayi ke Jepun Part 1

Baca persediaan travel bersama bayi ke Jepun Part 2

(8) Bekalan Makanan

Actually ada je yang boleh survive semata-mata dengan local food. Cuma, memandangkan ini destinasi pertama saya & baby Lutfi ke luar negara, saya memang plan untuk ada bekalan makanan sebagai alternatif .

Alhamdulillah masa grab tiket flight aritu saya pilih terbang dengan Malaysia Airlines, jadi, makanan dalam flight pergi balik dah tak perlu risau fikir.

Kami di Jepun nanti menyewa di homestay yang mana memang ada kemudahan untuk guna perkakas dapur untuk panaskan/ masak makanan.

Jadi, boleh sangat plan untuk bersarapan/ bekal makanan dari homestay sebelum keluar berjalan di siang hari.

Antara bekalan makanan yang saya plan sebagai persediaan travel bersama bayi ke Jepun ni adalah:

  • biskut bayi (of course untuk Lutfi)
  • serunding kering (boleh guna buat makan dengan nasi/onigiri kat sana)
  • kicap botol kecik
  • mi/mihun goreng segera (my last choice)
  • Energizing Soy Protein (ESP)

Boleh juga prepare makanan siap dimasak seperti Brahim/ Syarifah/ MyChef & sebagainya. Makanan macam ni, just panaskan dalam microwave/ bekas air panas.

Cuma saya plan tak bawak banyak makanan sebab memang nak merasa banyak local food di sana.

Just in case nak mudahkan bergerak awal pagi tanpa perut kosong, jadi makanan tadi boleh buat sebagai alas perut terutamanya ESP tu lah.

Kalau risau tak dapat adapt makanan local, banyak restoran yang Malaysian-taste ada sebenarnya kat sana. Contohnya macam di Osaka, boleh guna Halal navigate apps untuk cari lokasi restoran halal yang kita berkenan. Boleh juga lihat di Google Maps, lokasi Kenny Asia & Bintang Cafe yang berada di sekitar Namba/ Dotonbori.

(9) Gajet Travel

Memandang tujuan utama saya ke Jepun juga adalah untuk urusan bisnes, memang banyak vlogs yang bakal saya buat sepanjang kat sana nanti.

So penting sangat untuk pastikan checkist gajet ni fullfil. Antaranya:

  • smartphone berkeadaan baik
  • extra memory card
  • powerbank (saya plan bawak 2 unit untuk mudahkan rotate guna)
  • universal traveler adapter (WAJIB)
  • aluminium tripod/monopod (penting cari yang stabil & ringan)
  • mainan eksklusif untuk Lutfi (Lutfi belum penah tengok & main)

Mainan untuk Lutfi tu kena prepare in case la untuk menangani rasa bosan beliau dalam flight. Alhamdulillah la MAS ada juga movie in flight. Bolehlah nanti selain bawak Lutfi gerak dalam flight, guna mainan eksklusif ni nanti.

persediaan travel bersama bayi ke jepun

(10) Kesihatan

Yang ni paling penting. Lagi pula akan berada di negara orang.

Antara yang kita boleh usahakan adalah:

  • insurans perjalanan luar negara
  • vaksinasi
  • instant hand sanitizer
  • suplemen

Later saya akan share lebih lanjut khusus untuk topik kesihatan travel di luar negara ni saja ya. Sebab panjang juga nak cerita ni.

Stay tuned. Terima kasih sudi singgah baca  🙂

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun – Part 3 (Terakhir)”

  1. Pingback: 10 Persediaan Travel Bersama Bayi Ke Jepun - Part 2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge