kenapa Shaklee tidak berkesan

10 Punca Kenapa Shaklee Tidak Berkesan? Sia-sia Je Ambik Kalau Tak Tahu Ni!

Produk Shaklee dah bertapak di Malaysia ni dah lebih 20 tahun….

Secara keseluruhannya, produk Shaklee telah dipasarkan & diguna seluruh dunia lebih 55 tahun manakala produk Shaklee yang tertua di dunia adalah multivitamin Vitalea ini telah dicipta sejak 100 tahun yang lalu oleh Dr Forest C Shaklee.

Kalau dah lama bertapak di dunia kenapa pula ya makan Shaklee jadi tidak berkesan?

Sini saya nak share sekurang-kurangnya ada 10 punca & situasi kenapa Shaklee tidak berkesan bila diambil.

Bak kata pepatah, ibarat mencurah air ke atas daun keladi… sia-sia je ambik tapi tak berkesan..huhu 😥 So jom baca ni.

10 Punca Kenapa Shaklee Tidak Berkesan

#1: Tidak Detox Usus Terlebih Dahulu

Usus kita ni ibarat macam longkang atau laluan pengaliran air.

Bayangkan kita hidup dah berpuluh tahun, kita makan macam-macam makanan. Ada yang buang air besar pun kadang-kadang je dalam seminggu.

Usus yang tidak bersih/ tersumbat dengan sisa makanan boleh mengurangkan keberkesanan dalam serapan nutrisi yang kita ambik.

So, jika nak apa-apa vitamin Shaklee yang kita ambik tu berkesan ke atas tubuh kita, silalah detox usus dulu dengan Herblax ataupun Alfalfa Complex

kenapa shaklee tidak berkesan
Herblax : bantu dalam set kurus/ set detox

 

kenapa Shaklee tidak berkesan
Alfalfa: bantu dalam set kurus, resdung, ibu menyusu, kecantikan dalaman wanita

 

#2: Telan Vitamin Sambil Minum Air Kopi/Teh

Kopi atau teh mengandungi kaffein.

Kaffein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan.

Menurut kajian, kaffein meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing seterusnya membantu dalam meningkatkan risiko penyakit Osteoporosis.

So, kalau nak Shaklee berkesan, elakkan minum kopi/teh ketika telan vitamin Shaklee. Jika perlu/ sangat nak minum kaffein ni, jarakkan pengambilan sekitar 2 jam di antara kedua-duanya.

sekadar panduan untuk mengenal minuman berkaffein

 

#3: Ambil Shaklee Ketika Sedang Menjalankan Kimoterapi

Sepanjang proses kimoterapi dijalankan, sel kanser & juga hampir kebanyakkan sel dalam tubuh kita termusnah.

Jadi, sia-sia juga mengambil suplemen sepanjang kita dalam proses kimo ni.

Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan pengambilan suplemen ini hanya dibuat selepas kimo dijalankan.

#4: Ambil Shaklee Serentak Dengan Ubat-ubatan

Ubat-ubatan mempunyai struktur & sifat yang agak agresif untuk berada dalam sel tubuh & berperanan dalam tubuh kita.

Keadaan ini akan mewujudkan persaingan jika kita mengambil suplemen serentak dengan ubat seterusnya menyebabkan produk Shaklee yang kita makan jadi “tawar” @ tidak berkesan.

Oleh itu, jika kita memang wajib makan ubat atas faktor-faktor yang tertentu, sila jarakkan pengambilan antara kedua-duanya sekitar 2 jam.

#5: Ambil Kalsium Serentak Dengan Zat Besi

Kalsium mempunyai struktur yang boleh mengganggu serapan zat besi di dalam tubuh kita.

Produk Shaklee yang mengandungi Kalsium adalah:

Manakala produk Shaklee yang mengandungi zat besi pula adalah:

  • Vitalea

Untuk mengelakkan kurangnya keberkesanan dalam serapan zat besi (terutama untuk mereka yang mempunyai masalah anemia @ hemoglobin dalam darah yang rendah), elakkan mengambil produk Shaklee yang mengandungi kalsium @ sebarang susu serentak ketika mengambil multivitamin Vitalea ini.

#6: Ambil Serat Serentak Dengan Vitamin Larut Lemak

Serat bertindak menyerap lemak di dalam tubuh kita.

Suplemen yang mengandungi serat untuk fungsi ini adalah Alfalfa Complex.

Manakala produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin larut lemak adalah:

  • Vitalea
  • Carotomax
  • Vitamin E Complex
  • GLA Complex
  • Omega Guard
  • CoQ Health
  • Lecithin

Oleh sebab itu, sangat tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa serentak dengan vitamin Shaklee larut lemak seperti di atas kerana fungsi serat pada Alfalfa akan mengangkut semua lemak termasuk vitamin tadi keluar dari tubuh badan.

#7: Ambil Zink Selepas Makan

Zink bertindak dengan lebih efektif ketika perut kosong kerana ketika perut kosong banyak enzim dapat membantu proses mencernakan mineral zink ini.

Memanglah kurang berkesan jika kita telan zink betul-betul selepas makan sebab banyak enzim lain sibuk nak cernakan makanan yang kita makan tadi.

#8: Bancuh ESP Dengan Air Panas

Kenapa tak boleh bancuh ESP guna air panas? Soya panas kan best?

Ni antara soalan yang diterima di kalangan customer. Diorang jugaklah yang selalu tanya kenapa Shaklee tidak berkesan?

ESP mengandungi serbuk protein soya non-GMO. Suhu yang panas akan menyebabkan termusnahnya struktur protein dalam serbuk soya ESP tadi.

Jadi, peranan utama ESP dalam membekalkan protein yang diperlukan juga akan terjejas.

Oleh itu, sila bancuh ESP dengan air suhu bilik @ sejuk sahaja. 😉

#9: Kurang Minum Air Kosong

Air kosong bukan sekadar perlu minum sebab nak ambik suplemen je.

Air kosong berperanan menjadi agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah/usus ke seluruh tubuh kita.

Air kosong juga sangat membantu dalam menyampaikan zat dari suplemen yang kita ambil ke sel tubuh yang memerlukannya.

Berapa banyak kena cukup ambik air kosong?

Ok, untuk mudah sukat, ada pakar menyarankan untuk sukat keperluan air ikut berat badan masing-masing.

Setiap 25kg = perlukan 1 liter air kosong sehari

#10: Tidak Konsisten

Suplemen Shaklee bukan ubat tau!

Maka, bila kita ambik suplemen ni memanglah kesannya bukan macam kita makan ubat. Makan sekali terus baik.

Untuk kesan yang optimum, kita disarankan untuk konsisten ambik suplemen sekurang-kurangnya untuk 3-4 bulan. Sebab tu juga jika korang perasan hampir kebanyakan suplemen Shaklee dikeluarkan dalam pek yang isipadu nya besar.

Beberapa contoh vitamin Shaklee yang memang berbaloi untuk ambil sebab memang tahan untuk tempoh masa yang lama.

  • Sustained Release Vitamin C 500mg : 180 tablet (3 – 6 bulan)
  • B Complex Shaklee : 120 tablet (4 bulan)
  • Vitamin E Complex : 120 tablet (4 bulan)

Maka, lepas ni jika nak nampak kesan yang berkesan apabila ambik Shaklee, sila konsisten dalam pengambilan ya.

So, macam mana?

Jelas tak apa yang saya kongsikan tadi tentang kenapa Shaklee tidak berkesan? Jika ada komen atau persoalan, jemputlah tinggalkan jejak di ruang komen ya.

Terima kasih & semoga bermanfaat  😀

Perlukan vitamin Shaklee & Konsultasi?

019-7646021

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Izinkan kami membantu anda kerana kami adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah

COD diterima di seluruh Skudai, Johor Bahru, Permas Jaya, Senai & Kulaijaya

Rujukan: 

  1. Nutrition For Life (Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005)
  2. British Medical Association: Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “10 Punca Kenapa Shaklee Tidak Berkesan? Sia-sia Je Ambik Kalau Tak Tahu Ni!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge