simptom penyakit SLE

10 Simptom Penyakit SLE Yang Biasa Terjadi Tanpa Kita Sedar

Semasa saya di sekolah menengah rendah dulu, ada kawan saya tiba-tiba dapat simptom penyakit SLE ni tanpa dia tahu.

Tup-tup tengok ada perubahan pada fizikal dia. Dia jadi lebih berisi kesan dari ubat-ubatan yang dia ambil dan dia cakap dia tak boleh ambil sayur & buah berwarna oren.

Dulu-dulu itu je yang saya ingat tentang SLE ni. Tak berapa jelas sangat. Tak tau sangat apa itu SLE ni.

simptom penyakit SLE

10 Simptom Penyakit SLE

(1) Mudah letih & hilang selera makan

(2) Demam

(3) Sakit sendi dan rasa bengkak (arthritis)

(4) Ruam kemerahan berbentuk seperti rama-rama pada permukaan pipi dan merentang atas hidung serta di permukaan badan.

(5) Kulit tersangat sensitif pada cahaya matahari (photosensitivity)

(6) Jari dan ibu jari kaki bertukar jadi putih atau biru sehingga berasa kebas apabila terdedah kepada kesejukan atau stress (Raynaud’s Phenomenon)

(7) Sesak nafas & sakit dada

(8) Ulser pada mulut dan hidung

(9) Mata kering

(10)Sakit kepala, bingung dan hilang daya ingatan

Jika anda ada mendapat 4 atau lebih simptom sebegini, silalah berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Apakah Penyakit SLE?

SLE atau Systemic Lupus Erythomatosus adalah sejenis penyakit auto-immune.

Antibodi badan pesakit SLE bertindak keliru dengan menyerang sel tubuhnya sendiri sehingga menyebabkan keradangan & kecederaan pada seluruh tubuh.

  • SLE adalah lebih cenderung berlaku pada golongan wanita.
  • Sering menyerang wanita muda berumur 20-30 an
  • Bukan penyakit berjangkit
  • Memberi kesan terhadap kulit, sendi, buah pinggang dan otak

Punca Kepada Simptom Penyakit SLE

Simptom penyakit SLE boleh terjadi dan berlaku secara tiba-tiba atau pun secara perlahan-lahan.

Boleh berlaku secara sementara mahupun kekal.

Punca sebenar masih belum dapat dipastikan. Tapi beberapa faktor mungkin mempengaruhi termasuk genetik yang diwarisi, sinar uv dan virus.

 

Rujukan:

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lupus/symptoms-causes/syc-20365789
  2. https://www.medicinenet.com/systemic_lupus/article.htm
  3. Nutrition-Immunity-Longevity; Dr Jau-Fei Chen; E-Excel International Group; 2015
  4. Majalah i-Sihat November 2017



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “10 Simptom Penyakit SLE Yang Biasa Terjadi Tanpa Kita Sedar”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge