kentut vagina

1001 Fakta Tentang Kentut Vagina – Perlu kah Wanita Risau?

Kentut melalui dubur (punggung) dah biasa sangat kan? Takyah cerita lagi!  😆 Tapi, kalau ada angin yang nak lalu ke depan (melalui vagina) eh, kenapa jadi macam tu?

Bahaya ke tak tu kentut vagina?

kentut vagina

Bagaimana Mengenali Kentut Vagina

Kentut vagina dengan bahasa lain vaginal flatulence @ queefing adalah angin/ gas yang terperangkap pada sekitar vagina.

Dalam erti kata lain, kentut yang berlaku keluar dari vagina bukan dari dubur.

Punca Berlaku Kentut Vagina

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kentut vagina. Antaranya:

  • Aktiviti seksual
  • Lantai pelvik yang lemah
  • Vaginal fistula

(1) Akibat Dari Aktiviti Seksual

Aktiviti pergerakan kemaluan suami di dalam permukaan vagina isteri boleh menyebabkan berlaku udara yang terperangkap di sekitar vagina.

Apabila otot-otot dalam faraj mencapai kemuncak/ apabila zakar suami dikeluarkan, udara yang terperangkap tadi akan keluar.

Sebab tu akan ada sedikit bunyi & rasa gelembung udara yang mungkin tidak memberi keselesaan  😆

(2) Ada Masalah Lantai Pelvik Yang Lemah

Terma yang lagi mudah dalam masalah ini adalah vaginal loose atau otot dalam vagina yang semakin longgar.

Otot dalam vagina terasa kurang grip boleh berpunca dari beberapa faktor seperti usia yang semakin lanjut.

Jangan risau, masalah ini boleh diatasi dengan:

  • melakukan aktiviti senaman Kegel (membuat kemutan) secara lebih kerap.
  • mengamalkan suplemen yang membantu merapat/ menguatkan lagi otot dalam faraj seperti Alfalfa Complex

(3) Ada Masalah Vaginal Fistula

Kalau ada masalah Vaginal Fistula, cepat-cepat dapatkan pemeriksaan doktor.

Kentut vagina yang disebabkan masalah ini adalah tidak normal.

Udara yang datang terperangkap di vagina adalah boleh jadi datang dari usus besar atau kecil / dari saluran kencing.

Secara kesimpulannya, kentut vagina ni tidaklah perlu dirisaukan sangat melainkan jika ia adalah berpunca dari masalah fistula tadi.

Semoga info ini membantu merungkai kerisauan anda  🙂

 

Rujukan:

  1. Vaginal Gas https://www.healthline.com/health/vaginal-gas
  2. Vaginal wind – what’s the cause of queefing? https://drjengunter.wordpress.com/2012/06/04/vaginal-wind-whats-the-cause-of-queefing/
  3. Vaginal noise: prevalence, bother and risk factors in a general female population aged 45–85 years https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2706384/
  4. The Rare Truth About “Tight” and “Loose” Women https://www.psychologytoday.com/blog/all-about-sex/201109/the-rare-truth-about-tight-and-loose-women

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge