kebaikan minyak ikan omega 3

1001 Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Kanak-Kanak, Remaja & Dewasa

Asid lemak Omega 3 banyak terdapat di dalam minyak ikan (oily fish) yang hidup di lautan dalam yang sejuk seperti ikan tuna, herring, sardin & salmon.

Apakah gunanya minyak ikan Omega 3 ni?

Jom kita semak manfaat & kebaikkannya kat sini!

Manfaat & Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Secara Umum

Umumnya minyak ikan atau asid lemak Omega 3 ini dapat memberikan manfaat seperti:

  • Membantu dalam memberi mood yang seimbang
  • Mengurangkan tekanan & kemurungan
  • Mengurangkan keradangan di dalam sendi & pembuluh darah
  • Membantu memberi keseimbangan dalam tekanan darah
  • Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
  • Menghalang pembekuan darah
  • Meningkatkan fungsi sistem imun
  • Membantu meningkatkan fungsi normal otak, tulang belakang & mata

Minyak Ikan Omega 3 Terbaik: Omega Guard dari Shaklee

Kenapa saya katakan minyak ikan Omega Guard dari Shaklee ni antara yang terbaik?

Saya pernah kongsikan khasiat & perbandingan Minyak Ikan Omega Guard di sini.

Secara rumusannya, Omega Guard Shaklee adalah terbaik kerana:

  • minyak ikan tulen (bukan minyak hati ikan)
  • dihasilkan melalui proses penyulingan ultratulen 3 molekul berperingkat untuk tapisan logam berat & bagi menjamin kualiti yang tinggi
  • mengandungi tinggi total asid lemak Omega 3 (330 mg),  EPA (180 mg) & DHA (120 mg) dalam setiap kapsul

Minyak Ikan Omega 3 Membantu Pesakit Darah Tinggi

Pesakit darah tinggi biasanya mempunyai kadar kolesterol dalam darah yang tinggi. Permukaan pembuluh darah yang dipenuhi dengan kolesterol jahat (LDL) telah menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

Seterusnya mengakibatkan darah perlu dipam dengan lebih kuat untuk melalui saluran ini.

Inilah yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Asid lemak Omega 3 ini membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang dapat mengangkut keluar kolesterol jahat (LDL) dari melekat pada pembuluh darah.

Hasilnya, tekanan darah dapat diseimbangkan kembali.

Kalau tengah musim kenduri-kendara tu, elok sangatlah kalau ambik minyak ikan Omega 3 ni. Taklah tetiba sakit atau pening kepala. Makan lauk sedap & tinggi kolesterol lah katakan!

Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Untuk Pesakit Gout

Gout juga adalah di bawah kategori arthritis di mana asid urik tidak dapat dikeluarkan oleh badan secara normal. Ia terkumpul di kawasan sendi sehingga mengakibatkan sendi-sendi menjadi bengkak & radang.

Asid lemak Omega 3 ini sangat membantu mengurangkan kesakitan & keradangan sendi yang dialami pesakit gout.

Minyak Ikan Omega 3 Membantu Membakar Lemak

Ahhaaa…

Jangan tak tahu.. orang yang nak kuruskan badan pun boleh ambik minyak ikan Omega ni tau!

kebaikan minyak ikan Omega 3

kebaikan minyak ikan Omega 3

Asid lemak Omega 3 telah terbukti dapat membantu dalam pembakaran lemak.

Nak kurus cara sihat?

Ikhtiarlah dengan pengambilan minyak ikan Omega 3 setiap hari!

Minyak Ikan Omega 3 Membantu Mencairkan Kahak

Terlalu bergantung pada ubat setiap kali batuk berkahak juga boleh memudaratkan kesihatan untuk suatu jangka masa.

Sebagai alternatif, mengambil minyak ikan Omega 3 sangat membantu untuk mencairkan kahak tanpa bantuan ubat-ubatan.

kebaikan minyak ikan Omega 3

kebaikan minyak ikan Omega 3

kebaikan minyak ikan Omega 3

Minyak Ikan Omega 3 Membantu Dalam Pernafasan

Asid lemak Omega 3 ini juga telah terbukti membantu menyihatkan paru-paru.

Oleh sebab itu ia sangat membantu meningkatkan daya pernafasan mereka yang:

  • mengalami semput & lelah
  • asthma

kebaikan minyak ikan Omega 3

Minyak Ikan Omega 3 Membantu Meningkatkan Kecerdasan Otak Kanak-Kanak

Dalam asid lemak Omega 3, terkandung DHA ( Docosahexaenoic Asid) yang merupakan nutrisi utama untuk otak, sistem saraf & retina (mata).

Antara fungsi lain DHA:

  • Tingkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran
  • Mencegah nyanyuk (Alzhemier)
  • Memelihara penglihatan & pendengaran
  • Mencegah migrain

DHA adalah sangat penting diambil oleh ibu hamil bagi memastikan perkembangan positif otak bayi yang dikandung pada 3 bulan terakhir kehamilan.

Manfaat & kebaikan minyak ikan Omega 3 ini telah terbukti membantu ramai orang untuk hidup lebih sihat. Anda bagaimana?

Jika perlukan bantuan konsultasi & vitamin yang anda inginkan, boleh terus hubungi nombor berikut:

019-7646021

produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Izinkan kami membantu anda kerana kami adalah pengedar Shaklee Skudai yang bertauliah

COD diterima di seluruh Skudai, Johor Bahru, Permas Jaya, Senai & Kulaijaya

Rujukan:

  1. Nutrition For Life (Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005)
  2. British Medical Association: Complete Family Health Guide (Dr Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge