manfaat zinc

1001 Khasiat & Manfaat Zinc Dalam Kesihatan Lelaki & Wanita

Selalu dengar pasal mineral Zinc ni. Paling famous orang cari Zinc untuk masalah rambut gugur & kesuburan lelaki. Eh, betul ke?

Ya, memang betul.

Jom saya kongsikan manfaat zinc bukan sekadar untuk kesihatan rambut & kesuburan lelaki saja malah membantu dalam kesihatan menyeluruh lelaki & juga wanita  🙂

manfaat zinc

Manfaat Zinc Sebagai Mineral Surih

Zinc adalah sejenis mineral perlu (mikronutrien) yang mana ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Kita perlukan zinc dalam jumlah yang surih sekitar kurang dari 50mg/ kg. Sumber zinc boleh didapati dari pemakanan harian & juga suplemen.

Zinc sangat penting & berperanan besar dalam proses tumbesaran, metabolisme tulang, sistem saraf, sistem imunisasi & penyembuhan luka.

11 Kesan Kekurangan Zinc Yang Utama

Tahukah anda, jika tubuh kita kekurangan mineral zinc, kita akan mendapat masalah-masalah yang berikut:

  • hilang keupayaan untuk merasa & menghidu
  • kuku menjadi nipis, mudah pecah & ada kesan tompokan putih
  • masalah rambut gugur
  • mudah naik jerawat
  • keupayaan seksual yang lambat matang
  • masalah kesuburan
  • tumbesaran yang terbantut
  • rabun malam
  • lemah daya melawan sakit  (daya imun yang rendah)
  • lemah daya ingatan
  • luka lambat sembuh

Dari 11 kesan kekurangan zinc ini, saya pecahkan pula kepada beberapa manfaat zinc yang utama & bagaimana zinc berfungsi untuk kesihatan menyeluruh dalam tubuh manusia.

Manfaat Zinc Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Zinc adalah mineral surih yang perlu untuk fungsi yang normal bagi organ pembiakan lelaki.

Terdapat kajian yang mengaitkan bahawa golongan lelaki yang mempunyai masalah kesuburan mempunyai kurang mineral zinc dalam plasma air mani mereka berbanding lelaki yang lebih subur.

manfaat zinc

Dalam kajian ini juga mendapati bahawa, suplemen zinc membantu tahap kesihatan organ pembiakan lelaki dari segi:

  • meningkatkan jumlah isipadu air mani lelaki
  • meningkatkan daya pergerakan sperma @ sperm motility (kemampuan sperma untuk berenang ke arah yang betul)
  • meningkatkan peratus fizikal sperma yang normal @ sperm morphology (rupa bentuk sperma yang normal)

Kesimpulannya, zinc sangat bermanfaat & membantu memperbaiki tahap kesuburan lelaki dari segi meningkatkan kualiti sperma.

Manfaat Zinc Untuk Kesuburan Wanita

Zinc bukan sahaja membantu dalam kesihatan organ & sistem pembiakan lelaki, zinc juga sebenarnya bermanfaat untuk wanita yang ingin subur serta mudah hamil.

Terdapat 3 cara zinc membantu kesuburan wanita:

  • Penghasilan telur (ovum) yang matang
  • Mengekalkan paras bendalir folikel pada tahap yang optimum. Cecair yang cukup di dalam folikel membantu pergerakan sel ovum dari tiub fallopio menuju ke uterus untuk disenyawakan.
  • Keseimbangan kitaran hormon. Zinc digunakan oleh tubuh untuk membantu kitaran hormon (estrogen, progestron, testosteron) stabil sepanjang kitaran haid.

Jadi, untuk ikhtiar mendapatkan anak, tahap mineral zinc dalam badan juga harus dititiberatkan oleh kedua-dua suami & isteri.

Manfaat Zinc Untuk Kesihatan Imun

Terdapat kajian yang mendapati bahawa, pesakit yang mengalami kurang zat mineral zinc dalam tubuh mereka diperiksa menghadapi masalah lemah daya imun & mati akibat beberapa siri serangan jangkitan seawal usia 25 tahun.

Hal ini dipercayai berlaku kerana sel imun T helper mereka terjejas akibat kekurangan mineral zinc.

Kesimpulan dari kajian ini juga merumuskan bahawa mineral zinc sangat membantu dalam mengurangkan kesan oksidatif stress & keradangan dalam tubuh.

Manfaat Zinc Untuk Penyembuhan Luka

Zinc adalah antara mineral surih yang membantu dalam proses penyembuhan luka.

manfaat zinc

Peranan zinc dalam menyembuhkan luka adalah dari setiap peringkat penyembuhan luka itu berlaku.

Secara ringkasnya zinc membantu luka menjadi cepat kering. Sebab tu, banyak krim luka akan mengandungi mineral zinc (hadir dalam bentuk Zinc Oxide).

Manfaat Zinc Untuk Kesihatan Rambut

Zinc sangat membantu dalam pertumbuhan. Ini juga termasuklah dalam pembinaan & pembaikan tisu rambut.

manfaat zinc

Zinc juga berperanan dalam memastikan kelenjar minyak pada sekitar folikel rambut berfungsi dengan baik.

Rambut gugur sering dikaitkan dengan kekurangan mineral zink.

Hal ini disokong kuat dari kajian yang mendapati bahawa, keguguran rambut semakin berkurangan apabila suplemen zinc diambil di kalangan mereka yang kurang mineral ini.

Banyakkan manfaat Zinc ni untuk kesihatan kita? 😎 Semoga info ini bermanfaat. Jemput share kepada yang memerlukan  😉

Bacaan Lanjut:

Khasiat Zinc Plus 

Vitamin Asas Untuk Lelaki & Wanita

 

Rujukan:

  1. Prescription for Nutritional Healing | A Practical A-to-Z Reference to Drug-Free Remedies using Vitains, Minerals, Herbs & Food Supplements; Phyllis A. Balch, CNC; Avery; 2010
  2. Zinc levels in seminal plasma and their correlation with male infertility: A systematic review and meta analysis (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4773819/)

  3. Zinc: How Essential Is It to Your Fertility? (https://natural-fertility-info.com/zinc-fertility.html)
  4. Zinc in Human Health: Effect of Zinc on Immune Cells (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2277319/)

  5. Zinc in Wound Healing Modulation (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5793244/)

  6. The 5 Best Vitamins for Hair Growth +3 Other Nutrients (https://www.healthline.com/nutrition/best-vitamins-hair-growth)



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge