1001 Soalan Mengenai Omega Guard Minyak Ikan Shaklee – Part 1

Hasil pertanyaan & sesi soal jawab yang dibuat dalam group kelas berkenaan Omega Guard minyak ikan Shaklee ini, Puan Sarah, pakar nutrisi Shaklee telah memberi maklum balas berikut.

Tentang Minyak Ikan Shaklee Omega Guard Yang Anda Patut Tahu

minyak ikan shaklee

Q1: Ubat Cair Darah

Bolehkah pesakit yang mengambil ubat cairkan darah mengambil Omega Guard ini?


J1: Pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor yg merawat sebelum mengambil sebarang jenis minyak Ikan atau pun Shaklee Omega Guard ini. Minyak ikan adalah antara suplemen yang boleh mencairkan darah.

Q2: Had Umur

Seawal umur berapakah yang boleh mengambil Omega Guard ini?

J2: Omega Guard adalah disarankan untuk dewasa, yang berumur 18 tahun ke atas. Sebelum ni memang ada di dalam set kanak-kanak (seawal 1 tahun ke atas) dengan dose yang rendah. Namun atas faktor tiada kajian penggunaan minyak ikan Shaklee dibuat ke atas kanak-kanak & requirement pada label, ia adalah lebih disarankan untuk pengambilan golongan dewasa.

Q3: Dos Pengambilan Yang Disyorkan

Berapakah bilangan kapsul Omega Guard yang disarankan mengikut peringkat umur?

J3: Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas, boleh mengambil 3 kapsul Omega Guard sehari.

Q4: Pesakit Asthma/ Sering Batuk

Bagaimanakah pengambilan Omega Guard untuk pesakit asma atau yang sering mengalami batuk-batuk?
minyak ikan shaklee

J4: Jika pesakit ada mengambil ubat-ubatan, yang terbaik, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Saranan yg boleh dicadangkan adalah sama seperti biasa iaitu 3 kapsul sehari.

Q5: Kesan Sampingan Dos Terlebih

Apakah kesan sampingan jika mengambil lebih dari dos yang disarankan pada botol, iaitu 3 kapsul sehari selepas makan?

J5: Kesan bergantung pada individu, jika individu tersebut perlu mengambil lebih 1000 mg minyak ikan sehari, ia tidak akan ada kesan sampingan.

Bersambung di Part 2



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.