berlari jarak jauh

21 Hari Berlari Jarak Jauh | Seronok ke Berlari? Virtual Run #TeamRunStreak

“hoi.. penatlah lari…” – kata seseorang.

“ibu… tak penat ke? dahlah…” – anak saya yang bongsu, dulu sibuk nak ikut saya gi jogging. Sejak tengok ibu dia tiap hari lari, dia sampai dah tak larat menengoknya. Bukan apa, dia pun dah rasa macam mana jauhnya jarak tu  :mrgreen:

berlari jarak jauh
Ni bukti, anak-anak ini dah tak larat dah ikut ibu jogging. 2km + je larat berjalan, lepas tu mintak talian hayat. balik dengan motor 😛

Keputusan saya sign up untuk join cabaran berlari jarak jauh setiap hari tanpa gagal selama sekurang-kurangnya 31 hari sepanjang Januari 2020 sebenarnya adalah keputusan yang sangatlah tepat!

Berlari Jarak Jauh 2km Setiap Hari Tanpa Gagal

Actually 2km tu bukanlah jauh sangat.

Ia adalah jauh jika kita tak pernah mula berlari, hatta 1 km pun. Kira-kira 2 tahun yang lalu, saya pun rasa 2km tu jauh sebab, itulah kali pertama saya mula cuba-cuba nak lari.

Saya Yang Dulu Bukan Pelari Jarak Jauh

Jangankan 2km, 1km pun dah mula rasa semput.

Inikan pula nak kena lari setiap hari???? Kalau sesiapa yang pernah mengikuti sharing saya sebelum nih, saya memang bukan pelari jarak jauh. Masa sekolah dulu, saya siap pura-pura pengsan lagi sebab tak larat dah nak lari 1500 meter.

Satu lagi, cabaran #TeamRunStreak nih, yang mencabarnya adalah, kita perlukan daya konsisten.

Ia melibatkan team work. Tak kisahlah by hook or by crook, 1 team yang ada lima orang tuh, semua kena siap lari minimum 2 km sehari within 24 jam. Kalau ada yang lambat update (disebabkan guna manual submission – masukkan bukti larian secara manual), pun akan mengganggu prestasi keseluruhan team.

Fuh!

Sangat mencabar.

Sebab tu saya pilih untuk cuba juga berlari seawal pagi yang mungkin. Alhamdulillah setakat ni, berkat sokongan yang padu dari suami & sahabat-sahabat sekeliling untuk bantu tengokkan anak-anak, saya mampu konsisten & kekal berlari sehingga hari ini.

Doakan saya boleh terus istiqamah, berlari demi untuk kesihatan.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge