resepi jus kesihatan buat pesakit gout

3 Bahan Resepi Jus Kesihatan Buat Pesakit Gout Yang Mudah Disediakan

Excited sangat nak share resepi yang baru je saya dapat dari kelas Beat Gout Naturally dari Dr Anya ni semalam.

Ayah saya antara penghidap gout, jadi rasa sangat membuak-buak untuk hadir ke kelas Dr Anya di KL ni walau saya perlu datang dari JB. At least  semua tips ni saya boleh praktikkan untuk improve kesihatan ayah saya sendiri.

Ada 3 resepi jus kesihatan buat pesakit gout yang Dr Anya kongsikan semalam. Saya share satu persatu ikut selera & kemudahan anda untuk membuatnya ya.

Resepi Jus Kesihatan Buat Pesakit Gout Yang Mudah Disediakan

resepi jus kesihatan buat pesakit gout

Untuk resepi yang pertama ini, ada 3 bahan saja yang diperlukan.

Bahan-bahan:

Lobak merah – 1 batang

Celeri – 120 gm

Epal (merah/hijau) – 1 biji

Alatan Perlu:

Slow Juicer
resepi jus kesihatan buat pesakit gout

Cara-cara membuatnya:

Masukkan semua bahan di dalam slow juicer. Tak perlu tambah air. Minum kesemuanya.

Cara Pengambilan Jus Kesihatan Buat Pesakit Gout

Jus ini boleh diulang minum 2-3 kali sehari.

Dalam perkongsian ini, Dr Anya juga menyatakan yang jus ini juga sesuai diambil buat pesakit tekanan darah tinggi & diabetes juga.

Untuk pesakit diabetes, disarankan tukar epal merah kepada epal hijau.

Khasiat Dalam Jus Pesakit Gout

(1) Epal

  • 1 biji epal saiz sederhana (100gm) termasuk kulit memberikan 11.8 gm protein, 1.8 gm serat & 0.1 gm lemak.
  • Epal kaya dengan vitamin C

(2) Lobak Merah

  • 100 gm lobak merah memberikan khasiat 0.3 gm lemak, 0.6 gm protein, 7.9 gm karbohidrat & 2.4 gm serat.
  • Lobak merah kaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, Vitamin C & Vitamin K

(3) Celeri

  • 1 batang saiz 30gm celeri membekalkan 0.1 gm protein, 0.1 gm lemak, 0.3 karbohidrat & 0.3 gm serat.

Nantikan resepi-resepi yang lain di entri yang seterusnya. Saya juga akan kongsikan banyak lagi tips berguna buat pesakit gout untuk menentang penyakit ini secara semulajadi.

Semoga resepi jus kesihatan buat pesakit gout ini bermanfaat  🙂

Rujukan:

  1. Nutrition for Life, Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi 

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge