cara mendidik pemakanan sihat

4 Cara Mendidik Pemakanan Sihat Kepada Anak-Anak

Hampir semua ibu bapa menginginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat. Siapa pula yang senang hati melihat anak-anak sakit kan?

Dari lahirnya mereka, anak-anak ini kita ikhtiarkan penyusuan susu ibu.

Bila anak-anak dah mula boleh makan makanan pejal, kita perkenalkan pelbagai jenis puri yang berkhasiat. Namun, masalah sering timbul apabila anak-anak sudah mula pandai memilih makanan.

Lagi parah apabila mereka terpengaruh pada makanan segera yang sering dilihat di kaca TV/ internet.

Cara Mendidik Pemakanan Sihat  1: Makan Hidangan Lengkap & Seimbang Bersama-sama Seisi Keluarga

cara mendidik pemakanan sihat

Wujudkan suatu masa dimana seisi keluarga dapat duduk makan bersama-sama. Pastikan dalam hidangan terdapat sumber karbohidrat, protein, serat daripada sayur & buah-buahan.

Contoh makanan sumber karbohidrat: Nasi, aneka jenis mi, roti, kentang, ubi

Contoh makanan sumber protein: Ikan, ayam, daging, telur, kekacang, makanan laut

Cara Mendidik Pemakanan Sihat 2: Hanya Makanan & Snek Yang Sihat Di Dalam Rumah

cara mendidik pemakanan sihat

Sediakan rumah kita hanya dengan bekalan makanan & snek yang sihat sahaja.

Anak-anak kecil biasanya makan banyak item yang terdapat di dalam rumah. Kita sebagai ibu bapa lah yang dapat menentukan apa snek yang tersedia untuk mereka makan & bila waktunya yang sesuai untuk menghidangkannya kepada mereka.

cara mendidik pemakanan sihat
Sediakan buah-buahan kering ni juga antara snek yang bagus dibuat stok dalam rumah

Panduan asas pemakanan yang sihat yang boleh dirujuk:

  • Perkenalkan bijirin penuh, nasi beras perang, oat & roti serat penuh dalam diet anak-anak
  • Hidangkan buah segar & sayur setiap kali masa makan. Letak target 5 hidangan sehari termasuk pada masa hidangan snek.
  • Sediakan sumber protein yang bagus seperti: daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, ikan, makanan laut, telur, susu, yoghurt, keju, kekacang, tofu & susu kacang soya.
  • Anak-anak kita perlukan sedikit lemak untuk pertumbuhannya. Pastikan mereka mendapatkan lemak dari sumber yang sihat. Antaranya dari: minyak sayuran yang tulen, ikan berlemak tinggi seperti salmon & sardin, kekacang & mentega kacang. Kurangkan makanan yang digoreng dalam minyak yang penuh, lemak pada daging & kulit.
  • Elakkan makanan proses seperti sosej, makanan dalam tin, makanan segera, minuman manis, berperisa & berperwarna.
  • Kurangkan makanan yang kaya lemak & gula tapi rendah zat seperti kek, cookies, kerepek kentang, coklat susu, fast food & yang seumpama dengannya.

Cara Mendidik Pemakanan Sihat 3: Jadi Role Model

cara mendidik pemakanan sihat

Kitalah yang kena bertindak sebagai role model untuk anak-anak.

Mereka melihat kita sebagai contoh yang paling hampir setiap hari. Apa yang kita amalkan setiap hari, biasanya akan diikuti anak-anak.

Ada parents yang mengadu anaknya tidak suka minum air kosong. Apabila dilihat secara khusus, ibu ayahnya sendiri lebih gemar pilih minuman berperisa daripada minum air kosong selepas makan. :mrgreen:

Pilih untuk berhenti sebelum kenyang

Orang kita suka sebut, “makanlah sampai kenyang…” Walhal Rasulullah SAW sendiri yang menganjurkan kita untuk berhenti makan sebelum kenyang.

Bertindak tegas untuk mengurangkan makan secara berlebihan. Antara dialog yang boleh dipraktikkan tiapkali ingin berhenti makan:

“Makanan ni memang sedap. Tapi ibu/ayah dah kenyang.”

Cara Mendidik Pemakanan Sihat 4: Libatkan Anak-Anak

cara mendidik pemakanan sihat

Cakap & beritahulah pada anak-anak, mengenai hak memilih & perancangan kepada pemakanan yang seimbang.

Bawa anak-anak ikut serta dalam memilih barang-barang yang dibeli di supermarket.

Dedahkan mereka info-info nutrisi yang boleh diperolehi pada label produk dengan tujuan untuk memilih makanan yang sihat.

Walaupun mereka mungkin tidak serta-merta untuk memilih sayur hijau berbanding kerepek kentang, dengan usaha pendedahan awal ini, secara tidak langsung mereka akan belajar mengetahui apa yang mereka makan & kesannya pada kesihatan pada masa akan datang.

Semoga artikel ini memberikan manfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge