amalan ketika hamil

5 Amalan Ketika Hamil Bagus Untuk Suami & Isteri Sama-Sama Buat

Alhamdulillah tahniah untuk anda suami & isteri yang bakal terima kehadiran ahli keluarga yang baru.. Mesti sangat excited.

Anak-anak antara pengikat ikatan kasih & sayang suami & isteri. Saya teringat kalau ada kekeruhan macam salah faham dengan suami, anak-anak nilah yang buat kami erat balik.

Anda tahu tak yang ada amalan ketika hamil sangat baik dipraktik seawal isteri tu mengandung lagi? Jom semak ada tak kita buat

5 Amalan Ketika Hamil Terbaik JIka Suami & Isteri Sama-Sama Praktikkan

amalan ketika hamil

(1) Bersedekah

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Bersedekah menambah lagi rezeki.

Pernah dengar ayat-ayat ni kan? Sedekah juga tak perlu time ada duit. Tengah sesak, cubalah bersedekah, in shaa Allah bertambah lagi rezeki yang bakal datang.

& banyak juga kisah benar dari bersedekah yang menjadi asbab mudahnya urusan harian.

Bersedekah suami & isteri ketika hamilnya si isteri membantu urusan kedua-duanya sehingga saat isteri melahirkan, in shaa Allah.

(2) Banyakkan Membaca Al Quran

Apabila hamil, ada ketika mood & jiwa ibu menjadi tersangat sensitif. Perubahan hormon membuatkan ada ketika ibu rasa risau, cemas.

Membanyakkan alunan & bacaan ayat Al Quran boleh menjadi terapi.

Ibnu Masa’ud ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Orang yang membaca satu huruf dalam Al-Quran mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan itu lalu dilipat gandakan 10 kali. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim’ sebagai satu huruf. Tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf..” [Riwayat At Tirmizi]

Antara surah yang baik untuk diamalkan:

  • Surah Al Fatihah (menerangkan hati & kuatkan ingatan)
  • Surah Luqman (mendapat anak yang cerdik akal & jiwa) – minggu ke 24 kandungan
  • Surah Maryam (mudahkan ibu bersalin & mendapat anak yang soleh)
  • Surah Hujurat (membanyakkan susu ibu & anak memiliki sifat berhati-hati)
  • Surah Yusuf (mendapat anak yang cantik rupa & akhlak) – minggu ke 16 kandungan
  • Surah An Nahl :ayat 78 (mudahkan ibu bersalin dengan izin Allah)
  • Surah Yasin (memohon anak yang teguh hati & tidak terpengaruh oleh maksiat)
  • Surah Al Baqarah : ayat 255 (melindung diri dari sebarang godaan syaitan & kemudaratan)

(3) Banyakkan Berzikir

Amalan ketika hamil seperti berzikir dapat menghindar dari perbuatan yang sia-sia seperti mengunmpat, berbual kosong & lain-lain perkara yang melalaikan.

(4) Berbuat Baik Sesama Pasangan

Suami yang berbuat baik kepada isteri juga mendorong kelahiran anak-anak yang baik amal perbuatannya.

(5) Memperbanyakkan Berdoa

Berdoalah yang baik-baik demi kesihatan ibu & bayi. Berdoa juga dapat menghindarkan ibu dari gangguan.

Baca perkongsian saya tentang doa semasa hamil untuk zuriat yang cerdik

Selamat menempuh alam kehamilan buat ibu. Semoga amalan ketika hamil ini dapat sama-sama kita praktikkan bersama suami & isteri  😉



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Rujukan:

  1. Manual Kehamilan-Penjagaan Ibu & Bayi, Kak Engku & Dr Rosnah Mat Isa, Must Read, 2014
  2. Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi, Abu Afiqah, Darul Nu’man, 1996

2 thoughts on “5 Amalan Ketika Hamil Bagus Untuk Suami & Isteri Sama-Sama Buat”

  1. Nice sharing… Apa yang kita buat masa hamil boleh diikut oleh anak yang akan lahir… jika baik kita, baik lah anak… sebab mereka mendengar apa yang kita buat….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge