sakit jantung

5 Asas Penting Kekal Sihat | Aktif Bersenam Bukan Tiket Tidak Sakit Jantung

Al Fatihah buat semua insan sekeliling kita yang telah pergi. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan takziah buat semua yang telah kehilangan insan-insan tersayang, samada ahli keluarga, sahabat mahupun kenalan.

Post ini tidak bertujuan untuk menuding kepada sesiapa yang telah pergi.

Ia adalah nota untuk diri saya, untuk ahli keluarga saya, sahabat saya & juga semua yang sudi membaca blog ini. Sakit jantung adalah penyakit yang kronik, yang berlaku tiba-tiba, boleh terjadi kepada sesiapa saja.

sakit jantung

Punca Serangan Sakit Jantung (Myocardial Infarction)

sakit jantung

Saya merujuk kepada beberapa rujukan.

Saya bukan doktor, namun, sebagai seseorang yang ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, saya nak berkongsi, yang kita kena selalu lah berpesan-pesan dengan sabar.

Ada beberapa sebab kenapa seseorang boleh mendapat serangan sakit jantung. Antaranya:

  • salur darah yang sempit akibat kolesterol yang tinggi
  • merokok
  • kurang bersenam
  • suka makan makanan yang berlemak
  • obesiti
  • stress
  • tidak cukup rehat

& mungkin ada banyak lagi sebab terutama di zaman serba moden ni. Yang pasti lifestyle yang tidak seimbang, antara punca kita mudah terdedah dengan risiko terhadap banyak penyakit.

Gaya Hidup Sihat – 5 Asas Penting Untuk Kekal Sihat | Ikhtiar Kita Untuk Elak Serangan Sakit Jantung

Baru-baru ni saya ada buat 1 perkongsian dalam group kami aktif berlari.

Saya dah kembali aktif berlari sejak DNF dalam cabaran team run streak pada hari ke 45 yang lepas. Sakit kaki yang teramat, namun Alhamdulillah semakin recover. Dapat buat 2km daily pun bersyukur.

Alhamdulillah, ada 1 perbincangan berkaitan dengan aktif bersenam, rajin lari dengan kes kematian mengejut akibat serangan sakit jantung di kalangan mereka yang kelihatan sangat fit, sihat tubuh badan.

Kata mentor saya,

Healthy Lifestyle pada zaman moden ada 5 cabang. Physical activity, healthy eating, supplements, emotional health & spiritual health.

Ramai orang ingat, bila dah aktif bersukan, kita dah sihat.

Sebenarnya ahli sukan paling rosak badan. Bila bersukan, tubuh kita akan hasilkan lebih banyak radikal bebas, lebih banyak dari biasa.

Orang biasa, ambil healthy lifestyle takat 2 cabang je (Healthy Eating & Physical Activity)

Zaman tok nenek kita dulu bolehlah… Makanan diorang tinggi nutrisi kot, takde pencemaran, stress pun jarang-jarang.

Sekarang, stress saja dah rosakkan badan, pencemaran, bersenam lagi. Kalau tak amalkan suplemen, rasa macam sihat jer.. tapi… betul ke dah terjamin sihat?

So, 5 asas penting untuk kita kekal sihat adalah:

  • aktif bersenam secara fizikal
  • makan makanan berkhasiat & seimbang
  • ambil suplemen secara bijak
  • sihat emosi
  • sihat rohani

Saya tak nak ulas bab bersenam & jaga makan tu. Ramai lagi pakar & dah tahu kan? Saya nak sentuh 3 asas yang terakhir.

Ambil Suplemen Dengan Bijak

Banyak jenis suplemen ada di pasaran. Hati-hatilah ketika membeli. Memang ada doktor marah bila kita ambil suplemen yang bukan-bukan. Memang wajar kena marah kalau ambil suplemen membuta tuli untuk ganti peranan ubat.

Suplemen bukan untuk merawat.

Tapi suplemen bantu lengkapkan lopong nutrisi yang kita tak dapat ambil dari makanan harian kita. Atas banyak faktor, termasuklah faktor bahan mentah kita dah makin kurang zat.

Pilihlah suplemen yang diyakini boleh diambil dalam jangka masa yang panjang, yang ada kajian oleh pihak ketiga seperti yang dijalankan & diketuai oleh Prof Emerita Dr Gladys Block (Landmark Study ) ini.

Sihat Emosi

Emosi yang sihat, termasuklah boleh kawal stress dengan baik.  Tidak mudah panas baran. Sentiasa boleh bertenang dalam apa jua keadaan.

Sihat Rohani

Jasad kita & roh kita adalah saling berhubung.

Roh yang sihat, dapat memandu jasad kita ke arah yang lebih baik. Banyak-banyakkan lah kita rapat dengan Tuhan kita. Untuk umat Islam, selalulah kita isi jiwa & roh kita dengan ayat-ayat Al Quran & penghayatan yang sepenuhnya kita sebagai hambaNya.

Semoga segala yang saya tulis ini memberi manfaat & mengalir jua pahala buat kedua mak ayah, guru-guru & mentor saya. Aamiin.

Rujukan:

  1. British Medical Association| Complete Family Health Guide; Dr Tony Smith; Dorling Kindersley Book; 2000
  2. Family Health Modern Diseases | Causes, Symptoms & Prevention; Dr Bruce Miller DD, CNS; 2016



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge