5 Cara Mendidik Anak Pandai Membaca: Mulakan Seawal Ibu Sedang Hamil

Saya terfikir nak kongsikan tips ini apabila teringat ada kenalan yang pernah suarakan masalah anak-anak sukar nak membaca walaupun dah menginjak masuk umur 4-5 tahun.

Di tadika Rafiuddin juga, guru-guru ada maklumkan memang ada di kalangan rakan-rakannya yang sebaya pada tahun lepas agak perlahan dari segi pembacaan.

Tak seperti rakan sekelasnya yang lain, pada usia 5 tahun, Rafiuddin dengan mudahnya dapat membaca semua fail nama kawan-kawannya. Sampai dah jadi pembantu kepada cikgunya tiapkali nak mengagihkan fail kerja murid-murid. :mrgreen:

Tips & cara mendidik anak pandai membaca yang saya amalkan seawal mengandungkan Rafiuddin ini mungkin boleh dimanfaatkan untuk semua ibu hamil mahupun yang sedang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Cara Mendidik Anak Pandai Membaca 1: Ibu Hamil Yang Suka Membaca

cara mendidik anak pandai membaca

  • Sedar atau tidak, perlakuan & aktiviti ibu yang sedang hamil banyak mempengaruhi minat anak-anak. Mulakanlah dengan suka membaca bahan ilmiah seawal tempoh kehamilan lagi.
  • Tabiat membaca ini harus dipupuk walau di mana saja kita mempunyai kelapangan waktu.
  • Saya masih ingat lagi, tiap kali datang ke klinik untuk temujanji pemeriksaan kesihatan, banyak ketikanya saya terpaksa menunggu giliran dalam masa yang lama. Maka, setiap kali datang ke klinik saya pasti akan membawa buku untuk dibaca.

Cara Mendidik Anak Pandai Membaca 2: Doa Ibu Ketika Hamil

  • Bayi mendengar seawal dari dalam rahim ibu lagi
  • Amalkan doa ketika hamil ini bersama-sama suami.
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
penyembuhan yang tidak ada meninggalkan penyakit.
 
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik &
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau & kepada RasulMu.
 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah & selamat.
 
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal & pandai, alim & beramal.
 
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al Quran & hadith
dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
 
cara mendidik anak pandai membaca
 

Cara Mendidik Anak Pandai Membaca 3: Pertontonkan VCD/ Video Interaktif Seawal 1 bulan

  • Ketika Rafiuddin masih bayi, kami ada membeli beberapa keping VCD Your Baby Can Read untuk ditontonkan kepadanya setiap hari.
  • Anak-anak sangat peka & suka kepada muzik & perkara yang diulang-ulang
  • Anak-anak mudah mengenal huruf kecil berbanding huruf besar. Jadi pastikan bahan tontonan yang kita sediakan bersesuaian.

Cara Mendidik Anak Pandai Membaca 4: Tampal Perkataan Di Mana-Mana Dalam Rumah

  • Saya menggunakan poster-poster membaca yang ditampal di dinding ruang tamu supaya anak-anak sentiasa dapat melihat & membacanya setiap hari
  • Menurut Puan Rohani Sheikh Omar di dalam bukunya Didik Anak Jadi Pintar, kita boleh melabel setiap objek yang sering digunakannya. Seperti contoh: kerusi, meja, pintu, bola, kasut dll.

cara mendidik anak pandai membaca

Cara Mendidik Anak Pandai Membaca 5: Belikan Kad Imbasan/ Buku Berwarna-Warni

cara mendidik anak pandai membaca

cara mendidik anak pandai membaca

  • Cari kad imbasan & buku yang memperkenalkan objek-objek mudah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, haiwan peliharaan dll..
  • Dulu Rafiuddin masa kecilnya (1 tahun) tak begitu pandai gunakan kad imbasan ni. Malah buku keras warna warni tu pun ada yang dikoyaknya. Tapi yang bestnya, kad imbasan ni sekarang dah jadi mainan dia conteng tulis balik perkataan yang ada kat situ. Lunyai pun lunyailah.. sampai sayang nak buang sebab dah jadi mainan kesayangan dia pula

Semoga semua tips ini dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa.

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

2 Responses

  1. emalin mohd says:

    Didikan memang kena mula dari rumah. Ibu bapa kena luangkan masa bersama anak supaya minat membaca tu dapat dipupuk dari kecil lagi.
    emalin mohd recently posted…20 Sumber Milk Booster Atau Penggalak Susu Ibu SemulajadiMy Profile

  2. ayu says:

    Perkongsian yang sungguh bermakna..terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.