5 Cara Mengatasi Masalah Sembelit Di Kalangan Ibu Hamil & Ibu Berpantang

Menjadi ibu bukanlah mudah.

Ketika hamilnya si ibu, perlu menghadapi saat sukar berdepan dengan morning sickness. Membawa perut yang semakin membesar & memberat ke mana-mana jua selama sekurang-kurang 9 bulan.

Tak kurang juga ketika saat melahirkan. Bertarung nyawa lagi demi si anak. Subhanallah, hanya Allah saja yang Membalas semua jasa ibu.

Selain cabaran ini, ibu-ibu juga ada kalanya berdepan dengan masalah sembelit.

Kenapa Ibu Hamil & Ibu Berpantang Ada Masalah Sembelit?

Ibu Hamil

Selain faktor pemakanan, ibu hamil mudah mendapat sembelit kerana faktor kandungan yang semakin memberat & menghimpit

Masalah pencernaan menjadi lambat disebabkan otot usus dikendurkan oleh hormon progesteron

Ibu Berpantang

ibu berpantang

Secara normal, ibu yang dalam proses bersalin yang lama di dewan bersalin tidak akan membuang dalam sehari hingga 2 hari kerana tiada makanan untuk dinyahtinja sebab tak makan sepanjang bersalin.

Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan mungkin lebih lama sekitar 4-5 hari

Bagi ibu berpantang yang bersalin secara normal & mempunyai luka jahitan di bawahnya pula akan mempunyai rasa seriau & takut untuk buang air besar berbanding ibu yang bersalin secara pembedahan.

Rasa nyeri bertambah sekiranya luka jahitan tertetas akibat proses meneran najis yang keras.

cara lawas buang air besar

5 Tips & Cara Mengatasi Sembelit Yang Mudah

(1) Minum air kosong

  • Cukupkan keperluan minum air kosong dalam sehari.
  • Sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
  • 1 gelas bersamaan 200-250 ml isipadu.

(2) Ambil Serat

  • Cukupkan keperluan serat dalam sehari
  • Serat terbaik dari sayur, buah-buahan & bijirin penuh
  • Ambil 4-5 hidangan sayur & buah dalam sehari
  • Pilih untuk minum jus buah yang dikisar tanpa ditapis seratnya

(3) Senaman

  • Lakukan senaman ringan secara konsisten
  • Minimum 20 minit setiap kali
  • Contoh senaman ringan: Berjalan kaki selama 20 minit.

(4) Minum Rebusan Air

  • Resepi 1: Biji Ketumbar, jintan putih, bawang putih, halia, asam jawa, sedikit garam & sedikit gula kabung direbus. Minum 3 kali sehari.

masalah sembelit

  • Resepi 2: Daun senna/cinamaki, gula melaka direbus dalam 2 gelas air sehingga pekat menjadi 1 gelas air sahaja.

(5) Magnesium & Asid Lemak Omega 3

  • Magnesium adalah antara mineral yang tugasnya menguatkan otot. Peranannya dalam masalah sembelit adalah ia membantu menguatkan otot dalam usus seterusnya menggerakkan najis untuk dinyahtinja
masalah sembelit
Magnesium terkandung di dalam Ostematrix; Asid lemak Omega 3 ada dalam Omega Guard

 

  • Asid lemak Omega 3 sangat membantu melarut & mencairkan najis yang keras. Selain itu ia juga mampu mengurangkan keradangan & bengkak yang mungkin berlaku dalam usus besar

 

Semoga tips & cara mengatasi masalah sembelit ini membantu  🙂

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Rujukan:

  1. Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu Dan Bayi, Tengku Azmanira Raja Husin & Dr. Rosnah Mat Isa, Must Read Sdn Bhd, 2014
  2. Nutricures: Foods & Suplements That Work With Your Body to Relieve Symptoms & Speed Healing, Alice Feinstein, Rodale Inc, 2010
  3. Majalah PAMA, Januari 2010
  4. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/postnatal-exercise
  5. https://www.babycenter.com/0_postpartum-constipation_11707.bc
  6. http://www.momjunction.com/articles/internal-causes-external-causes-postpartum-constipation_0084675/#gref

 

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “5 Cara Mengatasi Masalah Sembelit Di Kalangan Ibu Hamil & Ibu Berpantang”

  1. Pingback: Testimoni Masalah Sembelit : Mereka Gembira Kesannya Membahagiakan - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge