faktor kesuburan lelaki

5 Faktor Kesuburan Lelaki Yang Mungkin Tiada Pada Suami Yang Belum Ada Anak

Satu pertiga daripada masalah kesuburan datangnya daripada keadaan wanita.

Satu pertiga lagi adalah faktor kesuburan lelaki. Manakala baki satu pertiga lagi boleh jadi kedua-dua wanita dan lelaki ini sama-sama mempunyai masalah kesuburan.

faktor kesuburan lelaki

Saya ada terbaca tentang factor kesuburan lelaki di Majalah i-Sihat ni. Saya share lebih lanjut juga beserta rujukan dari buku tambahan.

5 Faktor Kesuburan Lelaki Yang Tiada Pada Suami Yang Bermasalah Menghamilkan Isteri

Sebelum tu jom tengok video macam mana sperma lelaki bertungkus lumus untuk sampai kepada ovum wanita ketika proses persenyawaan berlaku.

(1) Faktor Kesuburan Lelaki – Sperma Yang Banyak

faktor kesuburan lelaki

Lelaki yang subur mempunyai kiraan sperma yang banyak.

Namun, tabiat yang kurang sihat seperti merokok, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan memakai pakaian yang ketat berisiko mempengaruhi kemerosotan bilangan sperma.

(2) Faktor Kesuburan Lelaki РSihatkah?

Sperma boleh terjejas teruk akibat dari penyakit-penyakit yang dialami seperti:

  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Beguk (mumps)
  • Masalah hormone tidak cukup

Dan atas faktor menjalani rawatan / prosedur pemeriksaan kesihatan akibat kanser

  • Kimoterapi
  • radioterapi

faktor kesuburan lelaki

(3) Faktor Kesuburan Lelaki – Suhu Tidak Panas

  • Suhu pada testis lelaki adalah sekitar 2 darjah celcius lebih rendah dari mana-mana suhu bahagian dalam badan.
  • Apa-apa sahaja factor yang memanaskan testis boleh menjejaskan bilangan sperma. Dengan erti kata lain, sperma mudah mati pada suhu yang tinggi.

(4) Faktor Kesuburan Lelaki – Pergerakan Sperma

Masalah paling popular adalah mati pucuk (impotence)

Di mana lelaki langsung tidak boleh mencapai ereksi. Akibatnya, sperma tidak mampu sampai kepada ovum wanita.

faktor kesuburan lelaki

Sperma yang sihat mampu berenang laju ke hadapan untuk sampai kepada ovum.

(5) Faktor Kesuburan Lelaki – Bentuk dan Saiz Sperma

Keadaan sperma yang cacat (kepala besar/ terlalu kecil) juga mempengaruhi ketidaksuburan seorang lelaki.

Bacaan Lanjut:

 Vitamin Untuk Suami

Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki

Zinc Plus Untuk Tambah Sperma Suami

pengedar Shaklee Skudai

Rujukan:

  1. Majalah i-Sihat November 2017
  2. Male Infertility: British Medical Association – Complete Family Health Guide; Dr Tony Smith; Dorling Kindersley; 2000
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “5 Faktor Kesuburan Lelaki Yang Mungkin Tiada Pada Suami Yang Belum Ada Anak”

  1. Pingback: Zinc Plus | Khusus Buat Yang Dah Lama Rindukan Zinc Complex

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge