Hai selamat berhujung minggu untuk semua 🙂
Dah plan ke nak masak apa hari ni? Ke makan kat luar je hari ni? Almaklumlah di hujung minggu pertama di awal bulan pula tu kan..
Ok, hari ni saya nak share menu suku-suku separuh yang dah saya praktikkan selama 5 hari berturut-turut. Not bad. Tukar saiz portion je tapi Alhamdulillah setakat ni mengenyangkan!
Konsep Menu Suku-Suku Separuh
Apa yang beza nya?
Sebelum ni kita lihat, portion nasi je dah penuh separuh + pinggan, then lauk & akhirnya barulah muat-muat pinggan je sayur. Buah belum tentu ada dalam pinggan.
Untuk menu suku-suku separuh ni, saiz portion adalah:
- suku (1/4) pinggan untuk nasi @ karbohidrat
- suku (1/4) pinggan untuk lauk @ protein
- separuh (1/2) pinggan untuk gabungan sayur & buah-buahan
Menu Suku-Suku Separuh Day 1
Hari Selasa (1 Ogos 2017)
- Nasi beras perang
- Ayam goreng
- Sayur campur stir fry dengan pucuk ikan goreng
- Buah tembikai
Menu Suku-Suku Separuh Day 2
Hari Rabu (2 Ogos 2017)
- Nasi beras perang
- Ayam masak blackpepper
- Sayur kailan campur lada benggala
- Buah epal fuji
Menu Suku-Suku Separuh Day 3
Hari Khamis (3 Ogos 2017)
- Nasi beras perang
- Ikan goreng
- Sambal tumis ikan bilis & petai
- Sayur kailan campur
- Buah oren
Menu hari ni agak ramai sket sebab ada sambal ikan bilis petai tu. Fuh menguji & menggoda sungguh mintak ditambah nasi.
Tapi saya berjaya mengekang nafsu makan tu dengan kunyah perlahan-lahan & menghayati makan serat dari sayur & buah tu.
Alhamdulillah kenyang. Selamat dari menambah nasi.
Menu Suku-Suku Separuh Day 4
Hari Jumaat (4 Ogos 2017)
- Nasi beras perang
- Ikan goreng
- Sayur kailan campur pucuk ikan goreng bertelur
- Buah pir
Kali ni makan malam je ikut menu suku-suku separuh sebab masa tengaharinya tu, kitorang makan kat luar. Sukar sket nak follow portion ni..huahuahuahua.. 😆
Menu Suku-Suku Separuh Day 5
Hari Sabtu (5 Ogos 2017)
Makan tengahari & makan malam
- Mi yee telur
- Sup sayur campur bersama ayam
- Buah jambu batu
Hari ke 5 lebih lain dari yang lain sebab karbohidrat saya tukar dari nasi kepada mi yee ni. Almaklumlah weekend suami pun ada, maka masak ikut pilihan majoritilah.
Anak-anak vote for mi yee. So, kita ubah sket menu hari ni.
Walaupun mungkin kita akan rasa sedikit kurang puas nak makan, ye lah dah bertahun-tahun hidup saiz portion makan besar siap bertambah lagi, percubaan 5 hari agak not bad.
Tips Kenyang:
- Makan berat ketika perut tidak begitu lapar
- Minum air kosong sekurang-kurang 200ml sebelum makan
- Kunyah makanan dengan perlahan sebanyak 40 kali sebelum menelan
Jom praktik menu suku-suku separuh ni. Untuk berat badan yang lebih seimbang & kekalkan berat badan yang lebih sihat! Gemuk is not awesome tau
Selamat mencuba!
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
Pingback: Rawatan Untuk Cyst Ketika Hamil - ProVide Network
Pingback: Cara Merawat Gout Secara Konvensional & Alternatif Yang Mudah Diamalkan - ProVide Network
Pingback: Persediaan Kesihatan Untuk Pergi Umrah & Haji | Vitamin Untuk Naikkan Imun