idea snek yang sihat

5 Idea Snek Yang Sihat, Sedap & Mudah Disediakan Untuk Anak-Anak

idea snek yang sihat

Suka topik ni sebab saya sendiri memang kadang kalanya buntu jugak nak bagi snek apa untuk anak-anak yang sedang nak membesar ni.

Dalam mencari-cari tu, saya terjumpa buku resepi yang saya beli kira-kira 5 tahun yang dulu.. hahaha.. :mrgreen:

idea snek yang sihat

Buku ni sebenarnya lebih kepada kompilasi hidangan untuk anak-anak kita seawal diorang boleh makan makanan pejal.

Oleh sebab saya nak fokus pada idea snek yang sihat, saya pilih beberapa menu yang kita boleh sama-sama buat kat rumah masing-masing ya  😉

Idea Snek Yang Sihat 1: Orange Papaya Shake

idea snek yang sihat

Namanya pun dah glemer kan? Hihi.. Jom kita catat apa bahan-bahan yang kita perlukan

Bahan-bahan untuk membuatnya:

540 gm yoghurt vanila rendah lemak

200 ml jus oren

150 ml susu skim

8-10 ketul ais

1 biji betik (bersaiz kecil yang dibuang kulit & dipotong dadu)

2 sudu besar madu

=============================

Cara-cara untuk membuatnya pula:

  1. Letak yoghurt, 3/4 bahagian betik, jus oren, susu skim, separuh daripada semua ketulan ais tadi & madu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini.
  2. Tuangkan ke dalam gelas hingga separuh penuh
  3. Tambahkan baki betik yang selebihnya beserta baki ais yang separuh lagi tadi sebelum dihidangkan. Nyum!  🙂

Idea Snek Yang Sihat 2: Sunset Jelly

idea snek yang sihat

Kalau dapat makan masa tengah panas ni mesti best!

Bahan-bahan untuk membuatnya:

250 ml air kosong

1 paket serbuk jeli strawberry

Campuran buah-buahan seperti nanas, betik, epal & sebarang buah kegemaran yang lain (dipotong dadu)

===================================

Cara-cara untuk membuatnya pula:

  1. Cairkan serbuk jeli dengan air yang sedang mendidih
  2. Masukkan campuran buah-buahan ke dalam satu mangkuk yang besar lalu kita bahagikan pula kepada mangkuk-mangkuk yang kecil
  3. Tuang jeli yang telah siap dicairkan tadi ke dalam mangkuk-mangkuk kecil yang telah kita isikan buah-buahan campuran tadi.
  4. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dimakan

Idea Snek Yang Sihat 3: Puding Keju Strawberi

idea snek yang sihat

Tertarik untuk pilih menu ni sebab anak-anak saya & saya juga sukakan buah strawberi  🙂

Bahan-bahan untuk membuatnya:

250 gm krim keju

250 ml air kosong

160 gm gula kastor

150 ml krim putar (dipukul sehingga kental)

100 gm buah strawberi (dicincang halus)

60 ml susu segar

10 gm serbuk agar-agar

=========================

 Cara-cara untuk membuatnya pula:

  1. Masukkan krim keju, gula, susu segar & strawberi ke dalam periuk
  2. Kacau di atas api yang perlahan sehingga krim keju menjadi cair. Ketepikan bahan ini, biarkan ia suam seketika
  3. Masak agar-agar dengan air hingga larut
  4. Agar-agar yang telah larut dimasukkan ke dalam krim keju tadi lalu dipukul/ dikacau sehingga rata. Biarkan suam sedikit.
  5. Campurkan krim putar yang telah kental ke dalam bahan yang kita telah suamkan sebentar tadi.
  6. Kacau semua bahan sehingga menjadi rata lalu dimasukkan ke dalam acuan & disimpan sejuk sebelum dihidang.

Idea Snek Yang Sihat 4: Sweet Corn Pie

idea snek yang sihat

Ini juga rasa sangat-sangat nak cuba buat. Antara sebabnya Auni & Din sangat suka jagung manis.

Cuma perlu diingatkan untuk anak-anak yang ada alahan terhadap telur, resepi ini mungkin boleh diubahsuai atau tidak perlu dibuat untuk anak itu.

Sediakan juga beberapa acuan pai yang bersaiz comel!

Bahan-bahan untuk membuat pastri:

500 gm tepung gandum

180 gm mentega

180 gm air sejuk

10 gm garam

========================

Bahan-bahan untuk menyediakan inti:

50 gm susu

50 gm krim segar

1 labu bawang besar (dikisar- baguslah! Din memang x suka makan potongan bawang)

1 biji telur

1 cawan jagung manis

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada sulah

Sedikit mentega untuk menumis

Sedikit keju parut

=========================

 Cara-cara untuk membuatnya pula:

  1. Satukan bahan-bahan pastri, gaul & jadikan alas di tepi & dasar acuan pai, ketepikan.
  2. Bancuh telur, susu & krim, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit mentega, tumis bawang hingga wangi
  4. Masukkan jagung manis, garam & serbuk lada sulah dalam tumisan bawang tadi, kacau sehingga masak. Tutup api.
  5. Isikan inti yang siap dimasak tadi ke dalam bekas pai yang telah mengandungi pastri, lalu dicurahkan bancuhan telur tadi ke atasnya.
  6. Taburkan keju parut serta bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 – 30 minit.

Idea Snek Yang Sihat 5: Mini Burger

idea snek yang sihat

Yang manis dah ada banyak kat atas, kali ni saya pilih resepi yang bukan manisan pula.

Bahan-bahan untuk membuatnya:

1/2 kg daging cincang

3 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 biji telur

1/2 mangkuk serbuk roti*

1/2 susu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

*saya pernah baca, kita boleh sediakan serbuk roti sendiri dari roti putih yang dibakar lalu dikisar kering

============================

 Cara-cara untuk membuatnya pula:

  1. Telur, garam, bawang putih & serbuk lada sulah dicampurkan & dipukul rata
  2. Campurkan adunan bersama daging cincang & serbuk roti (tak perlu dihabiskan, ikut pada saiz & tekstur daging). Gaul sebati.
  3. Ambil segenggam kecil (ikut saiz anak-anak mudah makan), kepal-kepal & leperkan seperti daging burger. Ketebalan 3/4 inci atau ikut citarasa masing-masing ya!
  4. Sedia untuk dipanggang/ digoreng.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya  😉

Rujukan & Kredit:

  1. Kompilasi Hidangan Si Manja (Patonah Chai Choh, Alaf 21 Sendirian Berhad, 2006)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge