5 Sebab Bangun Pagi Lebih Awal Boleh Elakkan Penyakit Mental

Samada kita sedar atau tidak, kita semua terdedah kepada risiko penyakit mental. Paling ketara jika kita semua berada di kawasan bandar yang penuh dengan kesibukkan. Contoh paling mudah adalah lihat trafik di jalanan sekitar jam 7-8 pagi hari bekerja.

Semua orang berkejar-kejar nak pergi kerja, sampai sesak betul jalan raya, kan?

Punca Penyakit Mental

75 % dari mereka yang mendapat penyakit mental adalah di kalangan mereka yang berumur 24 tahun. Muda lagi kan?

Rata-rata mereka yang dah dapat sakit mental ni tidak mahu mengakuinya. Ni antara punca-punca yang menyebabkan seseorang mudah dapat penyakit mental:

  • Kebimbangan
  • Malu
  • Kesibukkan
  • Tekanan perasaan
  • Ketakutan
  • Keserabutan

Penyakit mental boleh dirawat & diatasi.

Salah satunya adalah dengan mengubah tabiat tidur kita. Bangun tidur lebih awal setiap pagi.

5 Sebab Bangun Awal Pagi Boleh Elakkan Penyakit Mental

Antara tips yang boleh kita praktikkan untuk elak penyakit mental ni adalah menjadi orang yang sentiasa bangun awal pagi.

Kenapa?

(1) Otak & Badan Lebih Cergas

Mereka yang bangun tidur lebih awal mempunyai otak & badan yang lebih cergas.

Bila badan cergas, fikiran pun lebih fresh. Ala-ala macam refresh komputer/ smartphone. Clear gitu. Takde serabut-serabut.

Ramai orang hebat yang jenis bangun awal pagi ni. Antaranya:

  • CEO Apple – Tim Cook
  • Isteri mantan Presiden Amerika Syarikat – Michelle Obama

Pakar pengurusan masa & penulis buku “What the Most Successful People Do Before Breakfast” , Laura Vandekam pernah menemubual 20 eksekutif, 90% daripada mereka adalah bangun pagi sebelum jam 6.

Dalam rumusan beliau, mereka yang berjaya dalam kerjaya profesional ini meletakkan beberapa jam pertama dalam permulaan hari untuk dilaburkan kepada aktiviti paling penting sebelum keutamaan yang lain datang menerpa .

(2) Rutin Tidur Lebih Baik

Mereka yang konsisten bangun awal pagi, kebiasaannya mempunyai rutin tidur yang lebih baik.

Sebab biasanya, mereka yang mudah bangun awal pagi setelah tidur malam, adalah mereka yang telah mendapat nikmat tidur berkualiti pada masa tidur yang optimum.

Itulah asbab & hikmahnya kejadian siang & malam ni.

Allah Suruh masa malam tu pejam mata, rehat & bangun sebelum matahari mula nak naik.

Elakkan selalu sangat berjaga overnight macam burung hantu. Memang bahaya untuk hati sebab terbeban simpan banyak toksin akibat tak tidur malam.

(3) Fikiran Lebih Tenang

Beza betul dengan mereka yang selalu bangun lambat.

Saya pernah masa di asrama, ada kawan yang jenis suka bangun lambat, bila dia terjaga tu, macam kacau bilau orangnya. Seolah-olah tengah berserabut fikiran.

Sedangkan mereka yang dah bangun lagi awal pagi, boleh lihat fikiran dia lebih tenang.

Maklumlah, awal-awal pagi bangun, banyak Oksigen fresh masuk, tak banyak lagi Karbon Dioksida yang dilepaskan, itu yang buat segar je.

(4) Elak Sikap Terburu-buru

Terburu-terburu, terkocoh-kocoh tu antara sikap orang yang kurang well-planned.

Nampak serabut.

Bila bangun lambat, mulalah kelam kabut sana sini, dengan nak kejar masa lagi. Tu yang buat ramai stress bila terburu-buru.

So, latih bangun tidur lebih awal, boleh siap ke tempat kerja lebih awal. Trafik pun in shaa Allah lebih lancar.

(5) Sarapan Lebih Terjaga

Dah tentu, orang yang bangun tidur lebih awal, tiada masalah langsung untuk tidak bersarapan. Bukan alasan lah kalau kata tak sempat sarapan.

Sarapan tu sangat penting untuk mulakan hari kita.

Lebih baik bersarapan dulu di rumah. Sampai office boleh terus fokus siapkan kerja.

Kalau tunggu kat office baru nak keluar sarapan, mulalah mendatangkan kurang produktif. Mana taknya, baru sampai office dah sibuk nak keluar office lama-lama gi sarap/ mengopi/ mengeteh.

Kan dah mengganggu masa kerja kita tu?

 

Tips Bangun Tidur Lebih Awal

Pukul berapa tu nak bangun?

Kajian mendapati bangun pagi seawal jam 4 pagi adalah antara waktu afdhal untuk badan mula bekerja.

Manakala menurut Dr Muhammad Najib, perunding psiakiatri dari Hospital Pakar An-Nur, seorang dewasa hanya perlu tidur antara 6-8 jam sahaja pada waktu malam.

Maka, jika nak bangun jam 4 pagi, perlu tidur sekitar jam 10 malam.

  • Tetapkan jam penggera untuk bangun pada waktu yang sama setiap pagi termasuk pada hujung minggu @ hari bercuti

  • Elak tidur siang
  • Elak bersenam di malam hari – tukar waktu bersenam pada waktu petang

 

  • Elak minuman ber kaffein (kopi/ teh/ minuman berkarbonat) selepas waktu tengah hari
  • Minum segelas susu panas sebelum tidur. Untuk mereka yang ada masalah untuk minum susu, boleh ikhtiar ambil Ostematrix ni setiap malam

  • Mandi dengan air suam sebelum tidur
  • Lakukan aktiviti yang membosankan sebelum tidur. Teringat cerita Mr Bean tu. Dia kira jumlah kambing dalam gambar.. hehe.. bolehlah try buat  :mrgreen:

Semoga perkongsian untuk kita kawal penyakit mental ni bermanfaat.

Rujukan:

  1. Majalah i-Sihat, Jun 2017: Bangun Awal Hindari Penyakit Mental
  2. British Medical Association – Complete Family Health Guide, Dr Tony Smith, Dorling Kindersley :Mental Health Disorder
  3. https://www.psychiatry.org/patients-families/what-is-mental-illness :Mental Illness



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.