minyak ikan omega guard

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Minyak Ikan Omega Guard Berbanding Jenama Lain

Saya masih teringat, ketika masih kanak-kanak, mak saya ada berikan saya makan minyak ikan. Masa tu jenama yang ada kat TV zaman tu. Kalau korang masih ingat, yang lagu dia,

“mengail dengan ayah, ku rasa bertuah…pulang sebelum hujan.. sebab kami ada kawan…bernama Scott’s Emulsion..”

Masa tu saya masih ingat, ada 2 jenis minyak ikan jenama ni. Satu plain warna putih, satu lagi oren. Yang putih tu, ya Rabbi, tak lalu saya nak telan. Yang oren tu sedap sket.

Tapi yang peliknya anak-anak saya ni, masih kecik lagi dah boleh telan minyak ikan tau. Diorang suka giler minyak ikan Omega Guard.

5 Sebab Minyak Ikan Omega Guard Sangat Best & Terbaik

minyak ikan omega guard

Minyak ikan tu rasa dia pelbagai boleh jadi atas beberapa sebab. Antaranya dari faktor bahan minyak ikan tu sendiri.

(1) Minyak Ikan Omega Guard Dari Ikan Bilis

Macam jenama yang saya cerita kat atas tadi, diorang guna hati ikan. Minyak hati ikan yang besar macam ikan kod. Sebab tu minyak ikan macam ni sangat berbau. Nak bagi sedap, terpaksa letak perisa oren.

Manakala minyak ikan Omega Guard pula, tiada perisa tiruan tambahan. 100% rasa minyak ini adalah dari minyak ikan. Ikan bilis sedap kan? Sebab tu lah, anak-anak saya tak ada masalah langsung untuk kunyah kapsul minyak ikan ni.

(2) Minyak Ikan Omega Guard Tulen & Kurang Risiko Pencemaran Logam Berat

Disebabkan ia dari ikan bilis, minyak ikan Omega Guard adalah rendah risiko tercemar oleh sisa logam berat berbanding minyak ikan dari sumber ikan-ikan besar.

Selain faktor saiz permukaan yang kecil, minyak ikan Shaklee ini adalah sangat tulen kerana ia melalui proses penyulingan secara 3 kali berperingkat.

Minyak ikan Omega Guard juga adalah bergred Farmaseutikal, gred paling tinggi untuk suplemen.

(3) Minyak Ikan Omega Guard Mengandungi 7 Spektrum Penuh Asid Lemak Omega 3

Penyulingan secara berperingkat tadi menghasilkan minyak ikan yang kaya dengan 7 spektrum lengkap asid lemak omega 3 bukan sekadar hanya ada EPA & DHA malah lebih lagi seperti AA, ALA & lain-lain.

(4) Minyak Ikan Omega Guard Diiktiraf Friends Of The Sea

Ini adalah penting bagi menjamin kelangsungan bekalan ikan sehingga ke generasi akan datang. Shaklee memastikan sumber ikan yang diambil tidak mengganggu habitat & ekosistem ikan ini. Sentiasa ada backup kawasan ternakan ikan yang dipastikan sentiasa berterusan agar tidak mengalami kepupusan.

(5) Minyak Ikan Omega Guard Antara Suplemen Disarankan Hasil Kajian Penggunaan Lebih 20 Tahun

Pernah dengar tentang Landmark Study?

Ini adalah kajian yang dilakukan oleh pihak ketiga (University of California, Berkeley) bagi menguji tahap kesihatan mereka yang menggunakan suplemen dalam tempoh jangka panjang, lebih 20 tahun.

Pengguna suplemen Shaklee termasuklah minyak ikan Omega Guard antara yang didapati kurang berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular & lain-lain penyakit degeneratif seperti kencing manis & penyakit berkaitan otak.

Nak dapatkan minyak ikan Omega Guard? Hubungi saya di 019-7646021 atau klik link di bawah untuk direct whatsapp saya

pengedar Vivix

Berminat nak dapatkan lebih penjimatan sebagai ahli Shaklee sah? KLik link ini:

Jadi Ahli Shaklee Untuk Lebih Penjimatan


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge