tanda bersalin

5 Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ibu-Ibu Hamil Wajib Tahu

Saya belum banyak pengalaman tentang ni. Tapi, bolehlah nak share 2 pengalaman berbeza sepanjang melahirkan 2 anak kami.

Ketika anak pertama, saya tak begitu memahami yang mana satu tanda bersalin yang sebetulnya. Akibat dari ini, saya ditahan wad selama 2 hari kerana jalan (bukaan rahim) belum buka walau 1 cm pun. Saya masih ingat, malam tu sebelum ke hospital, saya dapati tanda darah yang sedikit tanpa kontraksi yang kerap.

Kenali Tanda Bersalin Yang Betul

Setelah melalui pengalaman pertama sebelum melahirkan yang agak meresahkan (sakit/letih & lain2 sepanjang menunggu di wad), saya mengambil inisiatif untuk study lebih mendalam tentang tanda bersalin yang betul.

Alhamdulillah setelah memahami false alarm @ Braxton Hicks contraction, saya betul-betul dapat merasai tanda bersalin yang betul ketika ingin melahirkan anak kedua kami, Auni Batrisyia.

Saya mencatat tempoh kontraksi yang semakin kerap bermula pada jam 12+ tengah malam. Air ketuban mulai pecah ketika jam menunjukkan sekitar 2+ pagi. Kami tiba ke hospital kira-kira jam 3 pagi & nurse mengesahkan bukaan rahim saya ketika itu telah mencecah 9 cm.

Laju sungguh si Auni ingin keluar. Kurang sejam selepas itu, Auni dilahirkan secara normal. Alhamdulillah.

So, saya nak share beberapa tanda bersalin yang mungkin membantu ibu-ibu yang sedang menunggu hari terutama buat ibu anak pertama¬† ūüôā

tanda bersalin

5 Tanda Bersalin Semakin Hampir

Penting untuk tahu apa rasanya kontraksi itu. Kontraksi (contraction) seumpama rasa sakit senggugut yang kuat di bahagian ari-ari, pangkal peha & belakang juga.

Kontraksi berlaku apabila otot rahim berlaku aktiviti mengecut dan meregang.

 

  • Kontraksi berasa lebih kuat di bahagian belakang

tanda bersalin

  • Kontraksi berasa semakin kuat dalam tempoh yang lebih lama & semakin hampir di antara masa yang sebelumnya
  • kontraksi yang hadir secara tidak teratur & agak lemah belum menandakan tanda kelahiran yang betul. Inilah yang kita katakan sebagai Braxton Hicks.
  • kontraksi yang menandakan kelahiran semakin hampir adalah seperti contoh berikut:

Waktu Kontraksi           Tempoh

12:00 tengah malam  ==>  45 saat

12:10 tengah malam   ==> 45 saat

12:15 tengah malam   ==> 55 saat

12:20 tengah malam   ==> 55 saat

12:25 tengah malam   ==> 60 saat

12:30 tengah malam  ==> 60 saat

Perhatikan sela masa yang hampir/ sama (5  minit yang konsisten), berlakunya kontraksi dengan tempoh yang makin panjang. Bersiap sedia untuk ke hospital pada ketika ini

  • Mukus discaj yang bercampur darah semakin kerap kelihatan
  • Kontraksi semakin berulang & semakin kuat apabila berlaku perubahan aktiviti atau setelah mandi suam

tanda bersalin

  • Pecah air ketuban. Jangan tunggu lagi ya wahai ibu! Teruslah ajak suami untuk ke hsopital segera!

Sekiranya ada antara tanda bersalin seperti di atas, teruslah ke hospital berdekatan dengan segera. Ingat juga untuk membawa beg persiapan bersalin ke hospital ini.

 

Rujukan:

  1. Pregnancy to Parenthood, Linda Goldberg et al, Magna Publishing, 1999
  2. Manual Kehamilan, Tengku Azmanira Raja Husin, Must Read Sdn Bhd, 2014
  3. Majalah Pa&Ma, ‘Kontraksi hendak bersalin atau Braxton Hicks?’, Februari 2016
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge