5 Tips Hilangkan Rasa Sakit Bersalin Sampai Mudah Melahirkan

Alhamdulillah hari ni dh masuk hari ke 38 berpantang

Pejam celik tinggal kurang seminggu je lg utk merdeka.. hooray..hahah.. pantang yg 100hr tu wajib diteruskan la  😆

Semalam terbuka topik saat ketika nk bersalin kt 1 group wsap ni. Ada yg share tips hilangkan rasa sakit bersalin. To me, bagus juga share pasal ni sbb dlm byk tips tu, ada 1 yg memang sy dh praktik & rasa. Seriously sgt membantu.

5 Tips Hilangkan Rasa Sakit Bersalin Yang Membantu Ibu Mudah Saat Melahirkan

hilangkan rasa sakit bersalin

1) Selawat Syifa

Tips ni nak kena amal & praktis bagi senang ingat. Saya ada juga amalkan ketika dtg contraction kuat dlm kereta on the way nak ke hospital.

Selawat syifa ni pjg.

Dulu masa anak pertama, abang ipar sms ayatnya. Time tu memang tak berapa biasa.

Utk mudah hafal dan baca, sy praktis mengalunkan selawat ni mcm nasyid Hijaz tu. Mcm ni

Kalau hayati selawat ni sambil dialunkan, mmg boleh drive away rs sakit tu

2) Pernafasan Alpha

Amalkan pernafasan alpha juga sangat membantu hilangkan rasa sakit bersalin.

Macam mana pernafasan alpha tu ya?

Ibaratnya macam pernafasan yg kita buat bila kita nak masukkan jarum dalam benang. Boleh bayang kan? Slow je kita bernafas sambil fokus lihat pada lubang jarum tu.

Gelombang alpha adalah gelombang minda yg tenang.

Minda & jiwa yg tenang sgt membantu tubuh menghadapi setiap situasi dgn baik & positif

Utk mencapai gelombang alpha, pernafasan mesti perlahan. Pernafasan yg perlahan meningkatkan fokus & tumpuan.

3) Lawan Genggam Tangan Dengan Suami

hilangkan rasa sakit bersalin

Biasa kita disuruh pegang palang besi katil @ pegang kaki kita kan ketika nak bersalin?

Kali ni apa kata mintak suami genggam tangan kita & kita lawan genggam tangan.

Sape lg kuat genggam?
In shaa Allah, i tell u,
Suami pasti kalah  😉

Kita alirkan tenaga rasa sakit tu kepada tenaga kekuatan tangan menggenggam.

Ada kawan share memang membantu sangat.

4) Kata semangat & pujian

Masa sy nk teran keluar baby Lutfi ni, tak tau kenapa tiba-tiba boleh lost cara pernafasan yg betul.

Kuat suara meneran dari kuatnya daya meneran. Tu yg jadi slow. Penat pun penat. Sampai dahaga rasanya.

Tapi, Alhamdulillah nurse yg bidan sambut ni sangatlah memberi kata semangat sepanjang nak keluarkan baby Lutfi ni

“Ok.. sikit lg tu.. pandai… ok.. haa.. macam tu.. terus push.. tarik nafas dalam.. push… sambung… sikit lagi.. ok.. pandai…”

Sbb sy dgr kata-kata nurse tu la, buat sy x putus meneran. Lega bila terasa kepala Lutfi dh keluar sikit then rasa bahu dia.. & there you are… uweekkk si baby Lutfi berjaya pun keluar

5) Usapan & Belaian Suami

hilangkan rasa sakit bersalin

Kalau suami sempat masuk memang untung sgt.

Boleh temankan & buat memberi semangat juga.

Ingat lagi, sebaik saja lepas penat & sakit mengeluarkan baby Lutfi tu, suami usap ubun-ubun kepala.

Rasa tenang & lega sangat. Hilang sekejap rasa sakit.

Alhamdulillah lepas selesai proses jahit luka yg terkoyak, badan rasa bertenaga balik. Padahal sepanjang tengah nurse jahit tu dh fikir nk qada rehat & tidur.

hilangkan rasa sakit bersalin

Baru teringat yang petang dalam kereta sebelum nak masuk labour room tu saya sempat telan 1 sudu Vivix.

Tak sangka malam tu mata tak boleh lena. Sibuk pula menaip wasap sana sini. Qada baca ucapan tahniah sahabat-sahabat dan kawan-kawan.

Untuk bakal ibu, just bertenang OK.

Semoga tips & perkongsian cara hilangkan rasa sakit bersalin ni sangat membantu  🙂

Rujukan:

  1. http://husnuzzonloa.blogspot.my/2011/01/antara-rahsia-disebalik-latihan.html?m=1
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

hilangkan rasa sakit bersalin

hilangkan rasa sakit bersalin

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge