cara mengatasi rasa mengantuk

6 Cara Mengatasi Rasa Mengantuk Memandu Dalam Kesesakan Sepanjang Perayaaan

Dapat lihat maklumbalas dari rata-rata pengguna jalan raya utama & lebuhraya utara-selatan, kenderaan semakin bertambah sesak di tengah jalan raya semenjak 2 hari lepas lagi.

Semua perantau kembali ke kampung halaman masing-masing.

Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Biasanya dalam mengharung kesesakan lalulintas, ramai pengguna jalan raya mengambil pendekatan bawa kenderaan laju ketika memandu.

Maaf, ia sangat bahaya.

Memandu Laju Elak Mengantuk Mengundang Bahaya

Saya terpanggil untuk kongsikan beberapa tips & cara mengatasi rasa mengantuk ni terutama di tengah-tengah kesesakan sepanjang musim perayaan.

Malam tadi, kami sendiri baru je melintasi satu kemalangan jalan raya di sekitar daerah Mersing. Ia melibatkan 2 buah kenderaan yang terbabas ke kanan & ke kiri jalan.

Naudzubillahi mindzalik.

Menurut suami, beliau perasan kenderaan yang terlibat tu antara kenderaan yang memandu laju rapat dalam satu escort sebelum kami. Wallahu’alam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita supaya memandu dengan lebih berhati-hati & pastikan jarak memandu yang selamat.

6Ā Cara Mengatasi Rasa Mengantuk Walau Anda Sedang Memandu Perlahan Dalam Kesesakan Lalu Lintas

Cara Mengatasi Rasa Mengantuk (1): Mengunyah

  • Tiap kali memandu dalam jarak yang jauh (JB-Kedah/ JB-Terengganu/ JB-KL) kami akan pastikan ada sesuatu yang boleh dikunyah.
  • Biasanya kami pastikan ada kuaci/ kerepek/ keropok ada sepanjang perjalanan.

Cara Mengatasi Rasa Mengantuk (2): Dengar Lagu

cara mengatasi rasa mengantuk
Dengar sambil fokus pada pemanduan ya

 

  • Tak kisah lah korang suka dengar lagu apa.
  • Kalau suka rentak yang rancak, pun ok. Banyak je pilihan lagu yang rancak sekarang.
  • Kalau boleh biarlah lagu yang boleh mendidik jiwa gitu. Ala-ala isi liriknya bermanfaat lah untuk didengar seisi kenderaan. Bukan apa, kalau ada anak-anak kecik, diorang pun leh tolong nyanyi sama

Teringat zaman saya masih kanak-kanak dulu, tiap kali dalam perjalanan jauh, ayah suka perdengarkan kami lagu nasyid Arab.

Ada juga lagu Hetty Koes Endang. Lagu Tan Sri S.M Salim pun ada. Hihi.. šŸ˜† Kami adik beradik sampai nyanyi-nyanyi macam sebuah kumpulan lagiĀ  :mrgreen:

Time raya ni, apa lagi, dengar jelah lagu raya. Evergreen gitu!

Ni antara lagu raya kegemaran saya:

:mrgreen:

Anda suka lagu raya apa?Ā  šŸ™‚

Cara Mengatasi Rasa Mengantuk (3):Ā Bersuara

Wah bersuara? Bercakapkah? Kalau co-pilot tidur macam mana? Nak cakap dengan siapa?Ā  :mrgreen:

Bukan bercakap dengan telefon ya. NEHI!

Tapi bercakap dengan orang yang di dalam kereta.

Kalau takde teman nak bercakap (sebab semua dah tertidur ke.. šŸ˜€ ) , saya pilih untuk menyanyi @ mengikuti perbualan radio.

Alahai ok je cakap sorang-sorang.

Tengah-tengah bermusafir tu, bagus sangat-sangat sambil bercakap sorang-sorang sebut doa apa yang kita nak mintak Allah Makbulkan.

Doa orang yang bermusafir kan antara doa yang tiada hijab. Berdoalah. Mintak yang baik-baik saja. CubalahĀ  šŸ˜‰

Cara Mengatasi Rasa Mengantuk (4): Kurangkan Makanan Berat

cara mengatasi rasa mengantuk
Elak dulu ambil hidangan yag berat & lengkap macam ni. Ambillah hanya ketika dah sampai ke destinasi

Macam semalam, kami berbuka puasa simple je dalam kereta. Cukup dengan kurma, air & beberapa keping nugget ayam.

Alhamdulillah memadai untuk kami recharged tenaga & teruskan memandu.

Saya & suami akan bergilir-gilir memandu. Kalau dah dengar salah sorang tengah mendengus macam tahan ngantuk tu, cepat-cepatlah kami cuba henti di sebelah bahu jalan (pastikan kawasan yang selamat) & tukar pemandu.

Kalau dah 2-2 mengantuk?

Berhenti & rehat dahulu, k

Cara Mengatasi Rasa Mengantuk (5): Berhenti &Ā Cuci Muka

Bagi umat Islam, apakata, kita berhenti dulu di sebelah bahu jalan yang selamat & cuci muka/ ambik wudhu’ terus leh dapat pahala.

Bagi perjalanan yang melalui lebuhraya utara-selatan, inshaa Allah banyak hentian rehat (R&R) di sepanjang jalan.

Tapi bagi perjalanan yang melalui jalan biasa macam laluan Tanah Merah – Gerik, saya sarankan bawaklah bekal air kosong untuk buat basuh muka ni.

Paling senang, laplah muka guna baby wet wipes tuĀ  šŸ˜€

Cara Mengatasi Rasa Mengantuk (6): Minuman KecergasanĀ Tanpa Kaffein

Yang ni part paling best.

Ramai yang pilih untuk minum kopi. Suami saya pun dulu macam tulah. Tapi…

Masalah yang akan timbul adalah, dia nanti akan mudah nak ke tandas.

Time sesak macam di musim perayaan ni, bukan mudah nak berhenti ke tandas. Lagi pula kalau asyik sesak dengan orang lain.

Jadi, saya sarankan ambillah minuman kecergasanĀ tanpa kaffein seperti Performance Drink ni.

Oklah, saya rasa cukuplah 6 tips ni.

Apa-apa pun sebelum memulakan perjalanan, baca bismillah & doa naik kenderaan dulu ya!

Semoga bermanfaat untuk kita semua & selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin jika ada sebarang kekasaran bahasa di mana-mana.

 

3 thoughts on “6 Cara Mengatasi Rasa Mengantuk Memandu Dalam Kesesakan Sepanjang Perayaaan”

  1. Pingback: Segmen Blogwalking Lepas Raya! - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge