cara menghilangkan senggugut

6 Cara Menghilangkan Senggugut Teruk Dengan Selamat & Berkesan Tanpa Painkiller

Saya teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu. Ada roomate kat hostel tiap kali datang bulan je mesti sampai tak dapat gi sekolah.

Saya pun dulu masa anak-anak dara pun asyik datang senggugut. Penyelesaian kami masa zaman tu adalah menelan Panadol Menstrual ni je. Penyelesaian yang paling mudahlah katakan. Lepas telan je terus tidur. Bangun tidur senggugut pun hilang… tadaa!

Lama-lama sampai dah bergantung supply pula ngan ubat ni. Sampai satu tahap, kalau tak ambil pil ni, berguling-gulinglah melawan rasa sakit senggugut tu.

Itulah masalahnya!

Dalam tak sedar, kami dah pun tempah pain killer setiap bulan.. Pain killer ni boleh bawak kesan yang buruk pada buah pinggang untuk jangka masa yang panjang jika diambil secara berterusan.  🙁

Apabila dah ada kesedaran, slowly saya ubah cara saya menangani senggugut. So, disebabkan saya tak nak saya sihat sorang-sorang, saya nak share cara menghilangkan senggugut yang selamat

6 Cara Menghilangkan Senggugut Yang Selamat

Cara Menghilangkan Senggugut 1: Sibukkan Diri/ Lakukan Senaman

Ni saya pernah apply masa duduk menumpang rumah parents seorang kawan sepanjang musim praktikal. Pagi hari minggu tu tetiba je senggugut yang teruk datang menyerang.

Kebetulan pula tengah nak sarapan pagi kat rumah tu.

Dalam hati fikir, takkanlah nak merengkok atas katil sambil layan sakit senggugut ni.

Akhirnya saya ambil keputusan sibukkan diri tolong mak kawan saya tu cuci pinggan mangkuk kat dapur. Cuci pinggan di sinki sambil berdiri selama 10- 15 minit. Alhamdulillah perlahan-lahan rasa senggugut tu hilang macam tu je.

Bagi yang buntu tak tau nak buat apa, buat je senaman regangan. Paling mudah, bukak je Youtube, ikut senaman aerobik dari rumah.  😉

cara menghilangkan senggugut

Boleh jugak rujuk panduan 5 senaman yang sesuai untuk melegakan sakit senggugut kat sini.

Cara Menghilangkan Senggugut 2: Minum Air Suam

cara menghilangkan senggugut

Sudah tentu ketika tengah datang senggugut, janganlah ambik makanan @ minuman yang sejuk.

Ambil air suam yang sederhana panas buat minum berulang-ulang.

Minum air suam yang secukupnya secara tidak langsung dapat membantu melancarkan peredaran darah kita.

Cara Menghilangkan Senggugut 3: Minum Teh Chamomile

cara menghilangkan senggugut

Terdapat suatu kajian yang telah direkodkan dalam Journal of Agriculture and Chemistry, teh chamomile mengandungi sifat memberikan kelegaan kepada kesakitan secara semulajadi.

Teh chamomile juga mampu berfungsi sebagai anti-radang yang semulajadi.

Teh ni ada dijual secara online kat kedai herbal.my ni. Kalau kat kedai/ pasaraya saya tak pasti ia ada dijual kat mana. Mungkin leh survey cari lah lepas ni.

Cara Menghilangkan Senggugut 4: Tungku Panas Di Ari-ari

cara menghilangkan senggugut

Kalau zaman saya sekolah dulu, ramai kawan yang isi air panas dalam botol air mineral tu untuk dijadikan tungku pada ari-ari.

Ada juga yang letak seterika beralaskan kain batik pada ari-ari.

Sekarang ni dah banyak juga tungku magnet yang boleh digunakan untuk melegakan otot-otot di sekitar ari-ari tu.

Ataupun guna pad air panas macam ni.

Cara Menghilangkan Senggugut 5: Mandi Air Suam

Mulakan menyiram air suam pada bahagian kaki seterusnya naik ke atas.

Elakkan untuk membasahkan rambut sepanjang permulaan kedatangan haid terutama ketika senggugut datang menyerang.

Ketika seorang perempuan kedatangan haid, banyak liang roma yang terbuka. Rambut akan bertambah gugur pada ketika ini.

Cara Menghilangkan Senggugut 6: Ambil Vitamin D Yang Secukupnya

Hasil dari suatu kajian yang dilakukan di Italy mendapati bahawa, pengambilan dos vitamin D3 yang tinggi dapat membantu mengurangkan kesakitan & kekejangan yang berlaku kepada wanita yang sedang kedatangan haid.

Oh ya saya ada nak share satu video pasal wanita yang berjaya hilangkan senggugut dia.

Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

Senggugut teruk kalau kena, bukan takat nak patah pinggang tapi serupa sakit macam nak beranak wo. Ini tips kalau nak lawan sakit senggugut tanpa sebarang pain-killer; selamat, semulajadi & sihat!

Wanita dalam video tadi guna Set Hilangkan Senggugut ni.

cara menghilangkan senggugut

Apa Peranan Set Hilangkan Senggugut ni?

(1) OsteMatrix

  • Selain mengandungi kalsium & magnesium, ia mengandungi sumber vitamin D3 yang diperlukan untuk membantu memberi kelegaan kepada otot yang kekejangan sepanjang senggugut berlaku.
  • Suplemen dari sumber yang semulajadi tanpa kesan sampingan seperti ubat tahan sakit.

(2) B Complex

  • Mengandungi sumber vitamin B6 & 7 lagi vitamin B lain yang diperlukan untuk membantu mengurangkan rasa stress & migrain yang biasanya dihadapi oleh wanita yang sedang dalam PMS.
  • Suplemen dari sumber yang semulajadi tanpa kesan sampingan seperti ubat tahan sakit.

Bagi wanita-wanita yang selalu sangat dihantui masalah senggugut ni, kalau dah cuba semua 5 cara menghilangkan senggugut yang kat atas tu tapi tak berjaya juga, bolehlah berikhtiar dengan Set Hilangkan Senggugut ni.

Call/SMS/Whatspp/ Telegram je ke no ni: 019-7646021

Untuk produk & konsultasi

Semoga artikel ini dapat membantu & memberikan manfaat 

Sumber Rujukan:

  1. http://www.medicaldaily.com/menstrual-cramps-6-home-remedies-247558
  2. British Medical Association Complete Family Health Guide (Dr. Tony Smith, Dorling Kindersley, 2000)

 

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge