hb rendah semasa mengandung

6 Sebab Hb Rendah Semasa Mengandung Yang Ibu Hamil Patut Ikhtiar Elak

Perkara paling penting ibu-ibu kena buat ketika mengandung adalah jaga kesihatan diri sebaiknya.

Sebab tu sebagai ibu hamil, kita wajib segera berjumpa doktor untuk buat temujanji pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kalau di klinik kesihatan ibu & anak (KKIA) di seluruh negara, ada buku merah yang akan didaftarkan untuk ibu ini dipantau setiap risiko kehamilan termasuklah jika ibu ada masalah hemoglobin atau Hb rendah semasa mengandung.

Berapa Bacaan Hb Rendah Semasa Mengandung?

Untuk ujian Hb ni, darah ibu akan diambil untuk diuji. Jangan risau ya puan-puan, sakit ketika dicucuk jarum ibarat semut gigit je bak kata Upin Ipin  😆

Bacaan Hb Rendah : Kurang dari 11 g/dL

Kalau bacaan dah 10 ke bawah tu, selamatlah menerima stiker hijau yang ditempek pada atas buku merah tersebut.

Saya pernah dapat stiker hijau ni masa pertengahan kehamilan Rafiuddin 8 tahun yang lalu. Elok-elok cun maintain stiker putih, ada gak rekod Hb drop ke 10  😥

Bahayakah Bacaan Hb Rendah Semasa Mengandung?

Selain masalah penghidap/ pembawa penyakit thalasemia, apabila disahkan Hb rendah, maknanya ibu hamil tersebut berisiko terhadap masalah anemia.

Bahayanya anemia ni sebab, oksigen boleh jadi kurang supply sampai kepada bayi.

Risiko bukan saja buat ibu jadi penat & kelihatan pucat, malah boleh membawa kepada masalah perkembangan bayi, seterusnya kepada kelahiran bayi pramatang.

6 Sebab Bacaan Hb Rendah Semasa Mengandung

(1) Kekurangan Zat Besi

Zat besi penting untuk menghasilkan hemoglobin (Hb) ni.

Hemoglobin pula adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang tugasnya untuk mengangkut Oksigen dari salur pernafasan bawak ke seluruh badan.

Antara makanan yang kaya dengan zat besi:

  • telur
  • ikan
  • hati
  • daging
  • sayur hijau
  • bijirin penuh

(2) Diet Vegetarians

Walaupun banyak lagi sumber zat besi yang lain, zat besi dari sumber haiwan adalah mudah diserap oleh tubuh berbanding zat besi dari sumber tumbuh-tumbuhan.

Yang terbaik, pelbagaikan sumber zat besi kita dari makanan yang pelbagai jenis.

(3) Kekurangan Zat Folate (Asid Folik)

Masalah anemia yang sebegini rata-rata berlaku pada ibu yang kurang gemar makan sayur, terutama yang berwarna hijau.

Tugas zat folate adalah membantu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat.

Disebabkan masalah ini, ibu hamil sangat disarankan ambil suplemen asid folik (vitamin B5) sebagai menyokong keperluan zat folate tadi.

Asid folik ni bukan saja penting untuk mengatasi anemia, malah baik untuk mengelakkan risiko kecacatan pada saraf tunjang bayi (spina bifida) & kelahiran bayi kekurangan berat badan.

4) Kekurangan Zat Vitamin B12

Sama seperti masalah kekurangan zat folate, zat vitamin B12 juga antara yang perlu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat.

Risiko ini lebih terjadi di kalangan ibu-ibu yang tidak makan/minum:

  • daging
  • hasil tenusu
  • telur

Yang mengakibatkan ibu-ibu boleh berisiko terhadap kelahiran bayi pramatang & risiko terhadap kecacatan pada bayi.

Sebab tu juga adalah perlu ibu-ibu untuk mengambil suplemen yang mengandungi semua zat vitamin B perlu.

(5) Kekurangan Vitamin C

Vitamin C (ascorbic acid), vitamin yang larut air ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

Ia sangat membantu tubuh menyerap zat besi dengan baik. Antara sumber vitamin C semulajadi:

  • buah-buahan sitrus seperti lemon, oren, nanas
  • jambu batu
  • epal, strawberi, kiwi
  • asparagus
  • sayuran hijau

Oleh sebab vitamin C antara yang paling tidak stabil dalam badan & mudah pula termusnah ketika dimasak, kita disarankan ambil vitamin C dari sumber suplemen & buah-buahan.

Had vitamin C di dalam badan adalah sekitar 1000 mg sehari & bergantung pada aktiviti seharian ibu-ibu terdedah pada persekitaran yang bagaimana.

Kalau terdedah dengan persekitaran udara yang tidak sihat seperti asap rokok & kenderaan, vitamin C adalah paling cepat termusnah.

Vitamin C yang berlebihan dalam badan akan disingkirkan melalui air kencing.

(6) Kurang Rehat

Secara sedar atau tak, cukup rehat juga antara elemen penting buat ibu hamil. Saya teringat saya ada masalah Hb rendah masa mengandung tiapkali balik dari travel jarak jauh.

Mungkin atas faktor pemakanan yang kurang seimbang di tempat orang & mungkin juga badan belum sempat nak recharged sepenuhnya.

Jadi untuk atasi masalah ini, selain cuba pastikan pemakanan yang seimbang semasa travel, cuba plan temujanji untuk checkup seterusnya minimum dalam 3-4 hari selepas pulang dari perjalanan yang jauh.

Bagi tubuh badan masa untuk rehat & dapatkan balik nutrisi yang selengkapnya.

Semoga info ini bermanfaat  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Rujukan:

  1. http://www.webmd.com/baby/guide/anemia-in-pregnancy#1
  2. https://www.whattoexpect.com/pregnancy/anemia/
  3. Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu Dan Bayi, Kak Engku & Dr Rosnah Mat Isa, Must Read Sdn Bhd, 2014
  4. Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, CNC, Avery, 5th Edition 2010
  5. Nutrition for Life, Lisa Hark & Dr Darwin, Dorling Kindersley, 2005
  6. Nutrien Untuk Keluarga Sihat, Ahmad Farizan (Pakar Dietician), Synergy Media

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge