sembelit ibu hamil

6 Tips Elak Sembelit Ibu Hamil Yang Memendekkan Masa Lama Di Tandas

Ada tak ibu hamil yang sedang bermasalah untuk buang air besar kat sini? Saya pun pernah dapat sembelit masa mengandung. Seingatnya masa anak sulong dulu. Letih la asyik kena menunggu lama dalam tandas.

sembelit ibu hamil

Lagi perit kalau najis sampai dah keras & perlu meneran lama.. huhu… kalah nak bersalin oooi! 😆

Faktor Sembelit Ibu Hamil

Pernah tak kita terfikir kenapa ibu hamil antara golongan yang mudah dapat masalah sembelit ni?

Jom kita fahami.

Menurut Kak Engku & Dr Rosnah Mat Isa yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan & perubatan kesihatan keluarga, ibu hamil memang sinonim dengan masalah sembelit atas faktor perubahan hormon yang berlaku.

Hormon progestron yang dirembeskan sepanjang ibu hamil ini menyebabkan otot usus menjadi kendur. Akibatnya najis akan menjadi keras disebabkan masalah pencernaan yang menjadi lambat.

Faktor bayi yang semakin membesar, memberi tekanan pada usus ibu juga antara yang mempengaruhi sembelit ibu hamil.

Cara Elak Sembelit Ibu Hamil Yang Pasti Berkesan

(1) Cukupkan Keperluan Minum Air Kosong

Saya faham sangat, ibu hamil ni ramai juga yang tak berapa gemar banyak minum air sebab tak suka asyik kena berulang ke tandas.

Namun penting sangat untuk pastikan air dapat diminum sekitar 6-8 gelas sehari. Minum sedikit-sedikit tapi kerap.

Atau lagi bagus disukat mengikut keperluan berat badan. Setiap berat 25kg perlu sekurang-kurang 1 liter air.

Jika ibu-ibu ada masalah kesihatan tertentu seperti masalah buah pinggang, rujuklah dengan doktor anda untuk keperluan minum air kosong ini.

(2) Makan Makanan Kaya Serat

Ambil banyak sumber serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga roti serat penuh setiap hari.

(3) Buat Senaman Ringan Secara Konsisten

Senaman yang ibu-ibu boleh cuba amalkan konsisten seperti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

  • window shopping (wah best sangat niii  :mrgreen: )
  • kerap ke tandas

(4) Amalkan Air Rebusan

Yang ni saya tak pasti sukatan yang tepat. Risau cirit birit pula. Rujukan yang lagi sahih serta tepat dengan sukatan tertentu perlu dibuat sebelum ibu-ibu amalkannya.

Dalam buku yang ditulis oleh Kak Engku ni, ada menyatakan 2 petua untuk mengelak sembelit dengan ramuan berikut:

  • Petua 1: Biji ketumbar, jintan manis, bawang putih, halia, asam jawa, sedikit garam, gula kabung – rebus semua bahan dengan air & jadikan sebagai minuman. Minum 3 kali sehari
  • Petua 2: Daun senna/ cinamaki, 2 gelas air, gula melaka – rebus kesemua bahan sehingga menjadi segelas air

(5) Dapatkan Zat Besi Yang Cukup

Selain konsisten suplemen zat besi yang bagus, ibu-ibu boleh pastikan keperluan zat besi cukup dengan makan sumber zat besi seperti:

  • bayam
  • hati ayam/ daging (hadkan pengambilan untuk beberapa kali saja dalam seminggu)
  • sayur pucuk paku
  • kacang kuda

(6) Amalkan Ostematrix

Ostematrix ni adalah suplemen kalsium yang lengkap dengan vitamin D, magnesium dan beberapa jenis mineral surih yang lain.

Ostematrix sangat membantu mengatasi masalah sembelit ibu hamil kerana kandungan Magnesium yang ada dalamnya bertugas seperti pengangkut & yang membantu otot-otot menolak najis keluar dengan mudah.

Selain memang bagus untuk keperluan tumbesaran tulang bayi & keperluan kalsium seimbang untuk ibu, elok sangat amalkan Ostematrix ni masa hamil bagi mengelak sembelit teruk.

sembelit ibu hamil
klik jika ingin order beli terus guna kad kredit/ kad debit tanpa caj tambahan

Sekiranya ada apa-apa yang ingin ditanyakan lanjut mengenai Ostematrix ini & ingin mendapatkannya, boleh terus hubungi saya di 019-7646021 atau klik wasap saya tanpa perlu simpan niombor.

pengedar Shaklee Skudai

 

Semoga tips ini membantu ibu-ibu semua. Take care  🙂

Rujukan:

  1. Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu Dan Bayi – Himpunan 4 Disiplin Ilmu (Syariat Islam, Sains Perubatan Moden, Perbidanan Melayu, Perubatan Tradisional Melayu); Kak Engku @ Tengku Azmanira Raja Husin; Must Read Sdn Bhd; 2014
  2. Pregnancy to Parenthood: A Complete and Up to Date Guide to the Next Nine Months and Beyond – Your Personal Step By Step Journey Through the Childbirth Experience; Linda Gildberg et al; Magna Publishing Co. Ltd.; 1999



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 thoughts on “6 Tips Elak Sembelit Ibu Hamil Yang Memendekkan Masa Lama Di Tandas”

  1. Pingback: Testimoni Masalah Sembelit : Mereka Gembira Kesannya Membahagiakan - ProVide Network

  2. Info penting untuk ibu hamil elak sembelit dengan 6 tips yang selamat dan berkesan. Ditambah lagi dengan Shaklee OsteMatrix Insya-Allah membantu dalam mengatasi masalah ini. Perkongsian hebat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge