7 Makanan Pelindung Kulit Daripada Sinar Matahari Terbaik Buat Orang Asia

Berada di luar rumah & terdedah di persekitaran cahaya matahari pada sekitar 10 pagi hingga jam 3 petang adalah paling mendedahkan kita terhadap risiko penyakit kanser kulit.

Ini kerana pancaran sinaran UV adalah paling kuat di sekitar jam 10 pagi hingga jam 3 petang.

Penggunaan sunblock/ sunscreen yang berkualiti tinggi sangat memainkan peranan.

Namun, tahukah kita ada makanan pelindung kulit yang bagus utk protect kita dari kerosakan sinaran UV ini dari dalam?

Meh nak share  😉

7 Jenis Makanan Pelindung Kulit Dari Sinar Matahari Yang Patut Kita Amalkan

Makanan Pelindung Kulit (1) Minyak Zaitun

makanan pelindung kulit

  • Mengandungi lemak mono tidak tepu

    Lemak mono tidak tepu mengurangkan kadar penyakit jantung & kanser

  • Mengandungi polifenol

    Polifenol adalah antioksida yang kuat menentang kerosakan sel

Makanan Pelindung Kulit (2) Bunga Kubis, Brokoli & Kale

makanan pelindung kulit

  • Sayur-sayuran ini antara yang mengandungi sulforaphane

    Sulforaphane membantu kulit dilindungi dari kerosakan sel & kanser

Makanan Pelindung Kulit (3) Ikan

makanan pelindung kulit

  • Ikan yang dimaksudkan di sini adalah dari jenis ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 seperti ikan salmon & ikan tuna.
  • Asid lemak Omega 3 bersifat anti-keradangan yang sangat membantu melindungi sel dari kerosakan yang berpunca dari matahari.
  • Penambahan 1 hidangan Omega 3 dalam diet boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari penuaan & kanser.

Makanan Pelindung Kulit (4) Kacang

  • Kacang kaya dengan lemak tidak tepu

makanan pelindung kulit

  • Kacang mengandungi banyak vitamin & mineral termasuklah antioksida.
  • Terdapat satu kajian mendapati bahawa segolongan masyarakat yang mengamalkan diet tinggi kacang hidup lebih lama & tampak lebih muda berbanding usia mereka

    Nikmati khasiat kacang ini dengan pelbagai cara mudah; samada dengan menambahkannya dalam salad atau kisar bersama di dalam smoothie

Makanan Pelindung Kulit (5) Teh

makanan pelindung kulit

  • Teh terutama dari kalangan teh hijau & teh hitam yang berkualiti tinggi mengandungi polifenol
  • Polifenol inilah yang berperanan menentang penuaan & kerosakan berpunca dari sinar matahari
  • Polifenol juga bertindak menyekat pengaliran darah ke kawasan sel yang telah dijangkiti kanser

    Minumlah teh hijau/ teh hitam tadi tanpa gula! Ia lebih enak & menyihatkan  😆

Makanan Pelindung Kulit (6) Coklat

makanan pelindung kulit

  • Coklat gelap mengandungi flavonoid yang paling tinggi berbanding coklat lain
  • Flavonoid membantu memperbaiki sistem pertahanan kulit untuk menentang radikal bebas
  • Flavonoid juga membantu mengekalkan oksigen & kelembapan pada kulit wajah

    Coklat gelap juga sangat best sebab ia kurang manis! 🙂

Makanan Pelindung Kulit (7) Makanan Tambahan

Menurut buku Prescription for Nutritional Healing, pengambilan suplemen atau makanan tambahan berikut sangat membantu kulit dilindungi dari serangan radikal bebas & kerosakan berpunca dari sinaran UV.

Antaranya ialah:

 

Ambil suplemen lebih mudah. Pastikan kita mengambil suplemen yang semulajadi ya  😉

 

Semoga tips & perkongsian mengenai makanan pelindung kulit yang kita boleh ambil dari dalam ini memberikan manfaat  🙂 Terima kasih sudi baca  😎

Rujukan:

  1. Pearl, issue 91 July & August 16
  2. Prescription for Nutritional Healing, 5th Edition, Phyllis A. Balch
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.