makanan yang baik untuk pesakit asthma

7 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma Ambil Setiap Hari

Suami saya dulu ketika zaman kanak-kanak & persekolahannya juga penghidap penyakit asthma. Memang siap standby inhaler dalam kotak kecemasan persendirian.

Alhamdulillah sekarang dh tak perlu lagi sebab suami pun tahu apa yang dia perlu elak & perlu banyakkan dalam diet harian.

Saya ada share makanan pencetus asthma untuk dielakkan dalam artikel sebelum ni.

Selain mencadangkan suplemen yang sesuai untuk tingkatkan imuniti, mereka juga perlu tahu & amalkan makanan yang baik untuk pesakit asthma ambil setiap hari.

7 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma

makanan yang baik untuk pesakit asthma

Selain persekitaran yang bersih dari asap rokok, habuk & bulu haiwan, pesakit asthma perlu elakkan makanan yang boleh mencetuskan kehadiran mukus yang banyak.

Ini secara tak langsung dapat mengurangkan simptom & serangan sesak nafas kronik di kalangan mereka.

(1) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Buah-buahan & Sayur-sayuran

(i) Epal

Terdapat kajian di UK, mereka yang mengambil 2-5 biji epal seminggu dapat mengurangkan 32% risiko penyakit asthma berbanding yang tidak mengambilnya.

Terdapat fakta juga, flavonoid (khellin) yang terkandung dalam buah-buahan  sangat membantu membuka ruang pernafasan.

makanan yang baik untuk pesakit asthma

(ii) Oren & Semua buah yang mengandungi tinggi vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang membantu menentang radikal bebas khususnya untuk melindungi paru-paru daripada kerosakan

(iii) Lobak Merah & Semua sayur berwarna gelap/pekat

Antioksidan dari sumber beta karotena (vitamin A) ini juga sangat membantu imuniti di kalangan pesakit asthma.

(2) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3

Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 boleh didapati dari ikan laut sejuk seperti:

    • ikan salmon
    • ikan tuna
    • ikan sardin
makanan yang baik untuk pesakit asthma
ikan cod

 

makanan yang baik untuk pesakit asthma
ikan salmon

& juga dari tumbuh-tumbuhan seperti

  • flaxseed

Nak dapatkan asid lemak Omega 3 dengan mudah? Ambil je Omega Guard ni.

(3) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Minum Kopi

Kopi berkaffein dikatakan dapat membantu memperbaiki laluan pernafasan. Namun pengambilan secara sederhana perlu dipertimbangkan terutama di kalangan kanak-kanak.

makanan yang baik untuk pesakit asthma

(4) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Bawang Putih

Bawang putih mempunyai peranan sebagai anti-keradangan.

Selain itu, bawang putih juga mengandungi Allicin, yang turut berfungsi sebagai antioksidan, terbaik dalam menentang radikal bebas.

makanan yang baik untuk pesakit asthma

(5) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Avocado

Avocado mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai glutathione yang berfungsi melindungi sel badan dari serangan radikal bebas.

makanan yang baik untuk pesakit asthma

(6) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Minyak Zaitun (Extra Virgin)

Boleh tambahkan beberapa titis minyak zaitun di dalam makanan harian pesakit asthma.

(7) Tips Kurangkan Risiko Asthma: Herba

Antara herba yang sangat membantu mengurangkan risiko pesakit asthma adalah:

  • rosemary
  • halia
  • kunyit

 

Semoga panduan & senarai makanan yang baik untuk pesakit asthma ini sangat membantu mengurangkan kadar pergerakan membawa anak-anak yang ada masalah asthma ni ke unit kecemasan hospital  🙂

Rujukan:

  1. Nutrition for Life, Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling & Kindersley, 2005
  2. Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, Penguin Books, 2010
  3. British Medical Association (Complete Family Health Guide), Dr Tony Smith, Dorling & Kindersley, 2000
  4. https://farainspiration.com/penyakit-asma-lelah/
  5. http://www.health.com/health/gallery/0,,20672020,00.html
  6. http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=disease&dbid=12



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “7 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma Ambil Setiap Hari”

  1. Pingback: 8 Makanan Pencetus Asthma Yang Patut Dielakkan Supaya Penyakit Tidak Bertambah Kronik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge