manfaat kolagen

7 Manfaat Kolagen Yang Kita Mungkin Tak Tahu Ia Penting Dalam Hidup Kita

Saya dulu bila sebut kolagen je, terus terbayang minuman untuk kecantikan.. hehe.. Sebab itu je yang banyak dalam iklan kat pasaran kan?

Sebenarnya, ada banyak sangat lagi manfaat kolagen yang sebenarnya menjadi tunjang dalam hidup kita!

man

7 Manfaat Kolagen Yang Ramai Mungkin Tak Tahu

Tahukah kita, kolagen ni badan kita pun memang ada hasilkan sendiri.

Cuma, sejajar dengan usia, atau lagi spesifik, di usia 30-an, penghasilan kolagen akan mula merosot & menjadi perlahan.

Ini juga berlaku atas faktor:

  • pendedahan terhadap cahaya matahari
  • ancaman dari tabiat merokok/ hidu asap rokok
  • diet pemakanan yang kurang seimbang
  • risiko terhadap penyakit tertentu

Antara sebab utama muda-muda lagi dah dapat kesan kekurangan kolagen ni

Manfaat Kolagen 1 – Menyokong Kesihatan Sendi

Terdapat kajian pada tahun 2009 yang dilakukan ke atas beberapa orang pesakit radang sendi (arthritis) yang diberikan suplemen kolagen dari tengkuk ayam selama 90 hari.

Hasil kajian mendapati, selepas 90 hari, simptom osteoarthritis yang dialami mereka berkurang sebanyak 40%.

Manakala pada kajian tahun yang terdahulu, sekitar 1993, pesakit dengan masalah Rheumatoid Arthritis yang teruk telah mengalami kurang benjolan & bengkak pada sendi mereka setelah pengambilan suplemen kolagen yang sama.

Jadi, jika kita nak kurangkan risiko sakit lutut seawal usia muda ni, elok sangatlah kita ambil kolagen tambahan.

Manfaat Kolagen 2 – Bantu Bina Otot & Bakar Lemak

Wah yang ni mesti ramai suka kan?

Kolagen adalah protein yang menjadi komponen utama & paling besar dalam tisu otot.

Kolagen juga mengandungi banyak glicine, sejenis asid amino yang berfungsi dalam sintesis menghasilkan creatine (gentian yang wujud dalam sel otot secara semulajadi).

Apabila kolagen mencukupi & lebih dalam badan, ia bukan saja menambahkan jisim otot, malah berkuasa membakar lemak yang berlebihan dalam badan kita.

Manfaat Kolagen 3 – Melambatkan Penuaan Pada Kulit

Manfaat kolagen yang ini sudah tentu ramai yang dah faham & tahu.

Kolagen mampu menjadikan kulit wajah kita:

  • lebih cerah
  • lebih tegang
  • lebih lembap
  • kurang garis kedutan

Terdapat kajian yang dilakukan ke atas beberapa wanita berumur 35-55 tahun, di mana selepas mereka konsisten pengambilan suplemen kolagen,

  • tahap kekenduran & ketegangan kulit wajah semakin baik selepas 4 minggu
  • garis kedutan semakin berkurangan selepas 8 minggu

Manfaat Kolagen 4 – Kurangkan Selulit

Selulit ni kita boleh lihat banyak kat kawasan kulit yang menggeleber akibat lemak.

80-90 % wanita memang ada masalah selulit ni & ia bukanlah masalah yang serius terhadap kesihatan. Selulit hanyalah mengganggu pandangan mata jerĀ  :mrgreen:

Tapi, kalau nak ikhtiar hilangkan juga selulit degil, usahalah ambil kolagen. Memang ada kajian yang membuktikan pengambilan kolagen dalam tempoh 6 bulan, tekstur kulit menjadi lebih baik.

Manfaat Kolagen 5 – Bantu Sistem Pencernaan

Kolagen penting juga tau dalam sistem penghadaman kita.

Ia membentuk gentian yang melapisi permukaan perut kita dari kebocoran yang membenarkan partikel menembusi saluran darah.

Manfaat Kolagen 6 – Menegangkan Aset Yang Kendur

Yang ni pun ramai dah maklum.

Biasanya pengambilan kolagen secara konsisten bantu memejal & menganjalkan aset-aset wanita seperti payudara & punggung terutama di kalangan wanita yang telah habis tempoh menyusukan bayi.

Manfaat Kolagen 7 – Perbaiki Masalah Liang Pori & Kulit Kering

Liang pori yang besar mengundang banyak masalah seperti terdedah pada penyumbatan pori sehingga mengakibatkan risiko acne/ jerawat berterusan.

Kolagen membantu merapatkan kembali pori yang terbuka luas ini.

Kolagen juga membantu meningkatkan daya lembapan pada kulit yang kering.

Ok, tu antara 7 manfaat kolagen yang dapat saya kongsikan.

Sekiranya berminat nak dapatkan kolagen berkualiti & disaring rapi di dalam makmal pemyelidikan, pilihkan Shaklee Collagen Powder ni.

Ia diperbuat dari sumber kolagen premium, yakni sisik ikan merah dengan saiz molekul paling optimum dalam daya serapan (1000 dalton)

 

manfaat kolagen

 

 

 

Nak tahu lebih lanjut tentang kolagen Shaklee ni? Boleh terus klik di bawah untuk hubungi saya secara whatsapp

pengedar Shaklee Skudai

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/collagen-powder-benefits#top-benefits

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

1 thought on “7 Manfaat Kolagen Yang Kita Mungkin Tak Tahu Ia Penting Dalam Hidup Kita”

  1. Pingback: Promosi Shaklee Julai 2018 : Untuk Bayi Sampai Dewasa!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge