7 Sebab Penyakit Jantung Boleh Menyerang Anda Dalam Sekelip Mata

Pernah tak anda seringkali mendapat berita tentang kematian mengejut seseorang rakan/ sahabat/ saudara mara yang berkait rapat dengan serangan penyakit jantung?

Saya pernah.

Sangat drastik.

Dalam keluarga besar ada 2 kes yang macam ni. 1, arwah pak sedara. Meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung. Kes yang kedua, Alhamdulillah belum ajal, masih muda tapi dah dikejarkan ke hospital selepas mendapat serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

7 Sebab Utama Yang Mengundang Penyakit Jantung

1) Sejarah Keluarga

Tabiat pemakanan & cara hidup yang sama dalam keluarga, sangat menpengaruhi bagaimana penyakit jantung juga boleh diwarisi.

Melainkan kita boleh mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat (bersenam secara rutin & mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat).

2) Tabiat Merokok

Seseorang yang merokok mudah mendapat risiko serangan penyakit jantung kerana

  • Bahan kimia dalam rokok merosakkan sel pembuluh darah
  • Merokok meningkatkan pengumpulan plak pada permukaan salur darah.

Untuk perokok, cubalah untuk ikhtiar berhenti merokok.

Kasihan isteri & anak-anak juga.

3) Masalah Kencing Manis

68% pesakit diabetes yang berumur 65 tahun ke atas meninggal dunia disebabkan penyakit jantung.

Dewasa yang menghidap kencing manis berisiko 2 atau 4 kali ganda terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang bukan pesakit kencing manis.

Ini kerana, mereka yang mengalami masalah diabetes tahap 2 atau mengalami masalah kerintangan insulin berisiko mempunyai sebatian yang boleh membuatkan salur darah tersumbat.

4) Masalah Kegemukan

Gemuk is not awesome.

Bukan semata-mata sebab penampilan luaran, tapi lebih kepada masalah kesihatan dalaman.

Mereka yang dalam kategori obesiti ni berkecenderungan mempunyai masalah

  • kerintangan insulin
  • penurunan HDL (kolesterol baik)

yang merupakan antara faktor yang menjurus kepada penyakit jantung.

penyakit jantung

5) Tekanan Darah Tinggi

Apabila berlaku tekanan darah yang tinggi, jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah.

Keadaan ini juga berkait rapat dengan faktor salur darah yang tersumbat dengan plak (atherosclerosis).

Otot yang tidak dapat menerima nutrien & oksigen dari darah (akibat salur darah tersumbat) seterusnya akan mengalami kegagalan fungsi.

Pada ketika ini, akan berlaku serangan jantung.

penyakit jantung

6) Tahap Kolesterol Yang Tinggi

Kolesterol jahat (LDL) & trigliserida boleh menjurus kepada penyempitan arteri darah (salur pembuluh darah).

Plak yang terbentuk akan membuatkan saluran darah tersumbat seterusnya menyebabkan ada permukaan otot dalam jantung yang tidak dapat menerima darah menjadi rosak.

Keadaan salur tersumbat ini biasanya tidak dapat disedari hanya setelah ia sudah terlambat => berlaku serangan jantung.

Tahap keseluruhan kolesterol yang seimbang sebaiknya di bawah paras 5.17 mmol /L

7) Tabiat Pemakanan

Dari masalah asas, punca paling banyak menjurus kepada penyakit jantung adalah dari darah yang tinggi dengan masalah kolesterol & lemak.

Jika kita cenderung mengambil makanan yang:

  • tinggi lemak
  • tinggi gula

Badan kita akan hasilkan lebih kolesterol & menyimpan lebih lemak (trigliserida).

Makanan yang kaya lemak politaktepu seperti marjerin, french fries & donat antara yang mempunyai lemak trans yang dapat meningkatkan kolesterol jahat (LDL) serta menurunkan kolesterol baik (HDL).

penyakit jantung

Sementara masih ada peluang, berikhtiarlah untuk mengawal tabiat pemakanan yang lebih baik. Tingkatkan anti-oksidan dalam diet harian.

vivix untuk penyakit jantung

Sekiranya anda atau ada kenalan/ saudara mara yang ada masalah seperti di atas, bertindaklah segera sebelum benar-benar dah terlambat.

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Rujukan:

  1. Heart Disease, Family Health Modern Diseases; Dr Bruce Miller DD, CNS; 2016; Oak Publication Sdn Bhd
  2. How Does Smoking Affect the Heart and Blood Vessels; https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/smo
  3. What Cause Diabetic Heart Disease? https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/dhd/causes
  4. Cardiovascular Disease ; http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/Diabetes/WhyDiabetesMatters/Cardiovascular-Disease-Diabetes_UCM_313865_Article.jsp#.WLdi8PmGPIV
  5. Obesity and Heart Disease ; http://circ.ahajournals.org/content/96/9/3248
  6. How Blood Pressure Can Lead to a Heart Attack ; http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HighBloodPressure/LearnHowHBPHarmsYourHealth/How-High-Blood-Pressure-Can-Lead-to-a-Heart-Attack_UCM_301823_Article.jsp#.WLeHnfl97IV

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.