sebab suplemen penting

7 Sebab Suplemen Penting Untuk Makan: Ikhtiar Supaya Tidak Mudah Sakit

Banyaknya orang jual suplemen… Macam-macam jenis ada. Yang murah ada, yang sederhana ada, yang mahal pun ada juga.

Kenapa dah jadi macam trend sekarang, orang asyik beli suplemen? Penting ke ambil suplemen? Boleh tak saja-saja je tak mahu ambil suplemen?

7 Sebab Suplemen Penting Untuk Diambil

(1) Persekitaran Yang Tercemar

sebab suplemen penting

Cuba kita tengok persekitaran kita.

Banyaknyalah kenderaan, habuk sana sini… Tu belum kira asap orang merokok lagi.

Bila banyak sangat pencemaran udara, secara tak langsung udara kita ni dah dipenuhi dengan pelbagai radikal bebas.

Radikal bebas juga terhasil dari persekitaran yang stress. Kerja banyak, semua nak cepat ikut target dateline, balik rumah tengok rumah bersepah… warghhhh… stressnya šŸ˜”Ā 

Inilah antara faktor & sebab suplemen penting untuk kita ambil.

Suplemen yang baik & berkualiti mampu menyahkan segala caj negatif radikal bebas serta memberi perlindungan tubuh kita dari kesan oksidatif ini.

 

(2) Badan Tidak Boleh Hasilkan Semua Nutrien

 

Badan kita ni bukanlah boleh hasilkanĀ semua nutrisi yang kita perlu.
Sebagai contoh vitamin C.

Badan kita sendiri tak boleh pun nak simpan lama-lama vitamin C ni.

Lepas guna atau lebih pada satu masa, terbuanglah ia

Nak cantik & handsome kan? Haa.. Mesti cukup nutrisi pada kulit.. Ada tak orang yang tak mahu cantik & kacak? Cuba angkat tangan?

Paling-paling pun, mesti tak mau nampak comot kan kalau pergi mana-mana ?

 

(3) Buah & Sayur Terdedah Dengan Sisa Racun Perosak

sebab suplemen penting

Siapa ambil buah & sayur setiap hari?
Wah.. bagus … Tahniah…

Tapi, siapa yang ambil buah & sayur hanya dari sumber organik saja?

Mahal kan yang organik? Tapi mahalnya bersebab… lebih berkhasiat..

Aritu saya belek kat AEON Taman U, 1 potong labu (saiz macam sepotong tembikai susu kecik) pun dah RM4 lebih.

Berbanding dengan yang ditanam secara organik, buah & sayur yang ditanam secara konvensional ni, biasanya terdedah pada sisa racun perosak.

Sayur kalau nak pilih yang elok tu, pilihlah yang daunnya paling banyak lubang. Dapat jumpa ulat hidup lagi kat daun tu lagi bagus. Tu bukti ulat pun lalu makan & tak mati lepas makan.

Maka kita lagilah selamat nak makanĀ  :mrgreen:

Bayangkan, berapa ramai yang betul-betul dapat khasiat buah & sayur sebenar?

Sebab tu, suplemen dari sumber yang berkualiti & semulajadi boleh topup kan semua nutrisi yang dah kurang pada buah & sayur akibat sisa racun kimia tadi.

Yang tak ambil buah & tak suka sayur langsung lagilah menjadi asbab & sebab suplemen penting untuk diambil, OK? šŸ™‚

(4) Gaya Hidup Yang KurangĀ Aktif & Kurang Sihat

Siapa setiap hari bersenam?

“Saya!”

Bagus… šŸ˜†

Yang tak sempat bersenam terutama yang kerjanya duduk menghadap komputer/ gajet setiap hari, paling berisiko untuk menanam lemak & kolesterol setiap hari.

 

sebab suplemen penting

Tambah lagi kalau yang setiap hari hanya duduk sambil memandu & parking dekat-dekat dengan tempat kerja &

pilih pula naik eskalator/ lif berbanding naik tangga.

Lagi parah yang suka merokok atau sekeliling dia ada orang yang merokok.
Ada kes di hospital, secondary smoker yang meninggal dunia terlebih dahulu sebab kanser paru-paru.


Walaupun perokok tu mungkin tak hembus nafas depan muka kita, tapi udara & nafas yang dibawa mereka boleh merosakkan sistem pernafasan kita.

Jadi, sebab tu penting suplemen ni untuk kita ambil sebagai perisai imuniti dalam badan kita sendiri.

(5) Diet Pemakanan Yang Kurang Seimbang

Banyak sangat kan iklan viral tentang makanan yang enak, tapi belum tentu sepenuhnya menyihatkan.

sebab suplemen penting

 

Berbanding iklan sayur, lagi banyak dapat like kalau muncul iklan shellout penuh semeja/ ayam goreng rangup bersos keju/ aiskrim bucket warna warni lintas depan newsfeed kan?

Meleleh air liur gitu..Ā  :mrgreen:

Sekarang ni nak jumpa sayur dalam nasi ayam pun macam x jumpa. Adalah sekeping timun/ sehelai salad/ separuh bulatan kepingan tomato.

Ni langsung x de sayur.. adalah tu daun bawang sikit dalam sup šŸ˜›

Nampak kan, yang kita makin kurang makan makanan yang seimbang? Ā Saiz portion untuk sayur tu patut ambil bahagian saiz nasi.

(6) Serapan Nutrient Terganggu Akibat Gula & Garam Berlebihan

Ramai orang sangat suka & gemar minum kopi & teh setiap hari. Malah macam jatuh wajib pula. Tak minum berdosa.. ahahah.. tak lah gurau jeĀ  šŸ˜€

sebab suplemen penting

 

Pastu kalau makan mesti nak kena hidang air berperisa. Paling sempoi & bajet air sirap.

Kalau makan tak order air, mesti tauke kedai makan pelik. “Eh.. nanti awak tercekik…”

Gambar sekadar hiasan – ihsan Sinar Harian

Belum kira lagi kat dalam lauk yang banyak bubuh garam kat ayam/ ikan goreng. Perasa & gula dalam sambal. Hm… sedap aih..

Bila banyak sangat elemen gula putih, kaffein, garam dalam tubuh kita, organ seperti hati & buah pinggang kita sendiri boleh terjejas. Gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pankreas rosak akibat kencing manis.

Masa tu, mulalah badan kita semakin kurang dapat serap nutrisi secara terus dari makanan. Hati yang berlemak antara yang payah nak tukarkan nutrisi dari makanan menjadi zat penting.

 

(7) Cara MemasakĀ Yang Menjejaskan Kualiti Nutrisi Pada Makanan

Kita claim kita makan sayur, kita makan buah, kita dah cukup protein dari telur/ ayam/ daging/ ikan.. tapi..

 

adakah cara memasak kita tu menjamin kesegaran vitamin yang sedia ada dalam bahan mentah tadi?

yang masak sendiri beruntunglah, boleh plan bahan mentah segar setiap hari (ye ke pergi pasar setiap hari?) dan masak guna minyak masak terbaik..

Tapi kalau jenis makan beli lauk kedai, confirmed,
At least boleh tengok ikan & seafood yang diguna antara yang selalu dapat tak berapa fresh jika beli dekat tempat makan biasa la.

Lepas tu, jarang jugaklah nak lihat boleh dapat sayur yang digoreng sekejap & tak senang jugak nak jumpa ulam setiap hari kat tengah-tengah bandar.

Maka, jadilah kewajipan untuk kita ikhtiar pelihara & tingkatkan kesihatan kita dengan mengambil suplemen setiap hari.

Carilah suplemen dari sumber semulajadi & berkualiti yang terbukti ada kajian kesan jangka panjang ke atas kesihatan kita seperti Landmark Study ni.

sebab suplemen penting



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “7 Sebab Suplemen Penting Untuk Makan: Ikhtiar Supaya Tidak Mudah Sakit”

  1. Pingback: Vitamin Asas Untuk Lelaki Dan Wanita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge