masalah kemurungan

7 Simptom Masalah Kemurungan | Awas Tanda ke 4 Banyak Di Kalangan Kita

“Aku dah tak berguna!!!”

“Aku nak mati!!!”

Itu antara kesan paling teruk dialami oleh mereka yang ada masalah depression atau kemurungan ini.

Kemurungan atau depression adalah antara masalah mental yang boleh berlaku di kalangan sesiapa sahaja.

masalah kemurungan

7 Tanda & Simptom Masalah Kemurungan

Simptom ini dirumuskan & dijelaskan oleh National Institute of Mental Health.

(1) Bosannya!

Ada tak kita rasa dunia ni dah tak menarik? Membosankan? Kalau ya, itu antara salah satu tanda kemurungan berlaku.

(2) Sedih & berasa kekosongan!

Hidup ini dirasakan kosong. Rasa macam dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Sering berasa sedih dengan diri sendiri

(3) Tidak berguna & tidak diperlukan!

masalah kemurungan

Sering berasa diri sendiri tidak boleh diharap. 

Kita sepatutnya boleh merasa kita ini unik & tersendiri. Kita ada kelebihan kita masing-masing. Namun apabila dilanda masalah kemurungan, kita tak nampak kita berguna untuk diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.

(4) Terlebih selera & hilang selera makan!

Selera makan kita dikawal oleh sejenis hormon yang disebut leptin. Hormon leptin meningkat memberi signal kepada otak bahawa kita tidak perlu makan lagi.

Hormon leptin yang menurun memberi risiko terhadap terlebih selera makan. Ada kalanya keadaan ini berpunca disebabkan oleh:

  • pengambilan makanan proses – meningkatkan keradangan dalam badan
  • kurang bersenam
  • tidak cukup tidur yang berkualiti
  • terlebih makan karbohidrat – meningkatkan trigliserida dalam darah
  • kurang ambil protein – meningkatkan kerintangan hormon leptin

(5) Hilang rasa ghairah terhadap pasangan!

Ni khas untuk pasangan yang dah berkahwin saja tau! Sepatutnya hubungan bersama suami-isteri tu setiasa rasa excited & teruja.

Tapi, dah terdetik masalah low-libido, hilang rasa ghairah pula; yang semakin kerap. Jika ada tanda ini, anda mungkin mengalami masalah kemurungan.

 

(6) Letih tidak bertenaga & sukar tidur waktu malam!

masalah kemurungan

Malam adalah waktu yang sepatutnya sesuai untuk kita semua berehat tidur melainkan anda pekerja shift malam.

Mereka yang sukar tidur malam mengalami insomnia, antara berisiko mendapat kemurungan ini.

 

(7) Ingin Bunuh Diri!

Jika anda orang yang beragama Islam, bunuh diri sepatutnya tiada dalam kamus hidup. Hidup kita ada tujuan, Allah Ciptakan kita ada tujuan & manfaaatnya.

Mereka yang mengalami gangguan masalah mental & kemurungan, dikaitkan dengan kurang amalan rohani yang mantap.

Berjumpalah dengan mereka yang anda rasa percaya untuk berkongsi masalah ini.

Semoga perkongsian ini membantu kita mahupun keluarga & rakan-rakan untuk menghindari dari masalah kemurungan yang semakin membarah di kalangan masyarakat.

Sekiranya anda memerlukan vitamin untuk mengatasi masalah kemurungan ini, hubungi saya untuk detail yang selanjutnya

pengedar Shaklee Skudai

 

Rujukan:

  1. Nutricures | Food & supplements that work with your body to relieve symptoms & speed healing; Alice Feinstein; Rodale; 2010
  2. Leptin and Leptin Resistance: Everything You Need to Know https://www.healthline.com/nutrition/leptin-101



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge