membeli belah bersama anak-anak

7 Tips Membeli Belah Bersama Anak-anak Yang Mencabar Tapi Best

Ramai di antara kita yang lagi memilih untuk membeli belah seorang diri daripada membeli belah bersama anak-anak terutama jika suami/ isteri tiada bersama.

Betul tak?

Itu sayalah. Sewaktu masih bekerja makan gaji, memang selalu cari masa untuk shopping sendiri ketika lunch hour atau sebelum ambil anak di tempat jagaan.

Ada kenalan pun share, membawa anak-anak ketika kita bersendirian shopping tanpa suami/ isteri agak sukar sebab dengan nak layan karenah anak-anak lagi, dengan nak mencari keperluan lagi, pastinya membuatkan masa membeli belah jadi sangat serabut, panjang & agak memenatkan.

Tapi bagaimana pula jika kita memang terdesak untuk lakukannya sendiri? Ini cara saya membeli belah bersama anak-anak yang saya praktikkan untuk atasi masalah tadi.

7 Tips Membeli Belah Bersama Anak-anak Yang Pastinya Tidak Memenatkan Walaupun Agak Mencabar

Ni adalah tips dari bakal ibu beranak 3  yang membeli belah ketika suaminya sedang bekerja 😎

Sorang dah sekolah, sorang lagi kategori toddler & sorang anak lagi masih di dalam kandungan (hampir memasuki trimester ke 3).

membeli belah bersama anak-anak

Bagi yang ada anak lagi ramai, mungkin ada lagi cara yang lebih spesifik/ kreatif. Yang tu saya kena explore lagi la akan datang, in shaa Allah  :mrgreen:

Di sebalik cabaran menguruskan anak-anak sepanjang membeli belah ni, ikatan kemesraan kita & anak-anak dapat dieratkan. Ketika mereka masih kecil inilah, kita boleh ajar macam-macam Do & Donts ketika berada di tempat awam.

So face it & have fun!  😆

Tips 1: List Down Barang Yang Ingin Dibeli

Yang ni wajib buat.

membeli belah bersama anak-anak

At least item paling penting & paling perlu dibeli. Kalau tak buat list ni, alamatnya,memang lagi lamalah duk memikir dalam shopping mall tu apa nk beli. => lagi serabut jadinya nanti.

Tips 2: Pilih Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Belah

Walaupun tengah sale besar di AEON Taman Universiti ni, saya pilih untuk pergi ketika tidak ada ramai orang sangat dalam kawasan Shopping Mall tu.

membeli belah bersama anak-anak

Sebagai ibu yang bekerja sendiri dari rumah, of course saya pilih untuk shopping ketika orang bekerja belum balik/keluar rehat.

Selain atas faktor parking, masalah kesesakan dapat dikurangkan.

Tips 3: Pastikan Anak Kecil Telah Tidur Sebelum Keluar Membeli Belah

Sebagai ibu yang memang menjaga sendiri anak-anak, saya memang dah faham sangat dah bila masa tidur siang si Auni yang berumur 3 tahun ni.

At least bagi dia rehat about 1-2 jam pun ok.

Alhamdulillah sejak dah tak boleh nak kendong si Auni ni, Auni agak memahami bila masanya untuk bangun tidur & ikut saya keluar ke mana-mana tanpa perlu didukung.

Tips 4: Pastikan Semua Telah Kenyang

Yang ni ada masa boleh dipastikan. Ada masa tak boleh. Bergantung pada situasi.

Biasanya kalau memang ada makanan dari rumah (buah/ apa-apa kudapan) memang saya akan pastikan anak-anak alas perut dulu.

Kalau takde, saya memang akan pergi ke kedai/ ruangan yang boleh beli roti/ apa-apa yang boleh alas perut mereka sebelum membeli barang keperluan yang lain.

Tips 5: Pastikan Anak-anak & Sendiri Telah ke Toilet Terlebih Dahulu

Ini penting terutama bila anak-anak dah tak pakai lampin.

Lagi parah kalau kita sendiri tengah sarat hamil, asyik nak terkucil je  :mrgreen:

So, sebelum ambil troli, terbaik sangat untuk memastikan semua orang dah settle kat toilet ni.

Tips 6: Gunakan Troli Supermarket & SSC Untuk Menggendong Bayi

Bagi yang boleh menggendong bayi, gunalah SSC yang betul & selesa. Kalau anak dah toddler boleh guna SSC yang sesuai untuk toddler.

Macam saya yang dah xselesa nak menggendong ni, saya letak je Auni di atas troli supermarket ni.

membeli belah bersama anak-anak

Make sure anak kita bila dalam troli duduk di ruangan yang betul & tidak berada di hujung troli depan.

Kalau sorang-sorang saya memang tak prefer guna stroller.

Siapa pulak yang nak sorong troli supermarket tu nanti?  😆  Unless stroller kita tu boleh 2 in 1, bawak anak & juga bubuh barang yang nak dibeli.

Anak yang dah sekolah macam si Din tu, saya selalu pesan-pesan untuk berada berdekatan dengan saya. Diorang ni ada masa sangat explorer. Kalau tak selalu pesan, jauh melencongnya nak ke tempat lain.

Tips 7: Belanja Anak-anak Makanan/ Minuman Yang Sesuai

Untuk atasi masalah anak-anak merengek nak itu & ini, saya latih anak-anak untuk pilih 1 jenis makanan/ & minuman yang sesuai untuk mereka.

membeli belah bersama anak-anak

Jajan/ gula-gula tu memang jauh dari list lah so far. Sentiasa educate & pesan anak-anak kenapa tak boleh ambil makanan takde khasiat tadi.

So, antara yang saya benarkan mereka pilih:

  • susu
  • jus buah
  • buah
  • roti
  • ayam goreng (sesekali)
  • fries (sesekali)

Saya & suami kurang galakkan mereka membeli mainan tiap kali membeli belah.

Antara sebabnya, nak latih mereka appreciate yang mainan tu adalah hadiah yang jarang-jarang dapat tapi akan dapat bila mereka behave on sesuatu perkara.

Ok cukupla tu 7 tips!

Bila ada masa kecemasan terutama ketika suami jarang dapat meluangkan masa untuk sama-sama mencari keperluan harian, saya pilih untuk berdikari  😉

Namun begitu, aktiviti membeli belah bersama anak-anak ni tetap terbaik dilakukan bersama suami & isteri  :mrgreen:

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat  🙂

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge