tips penjagaan mata

7 Tips Penjagaan Mata Supaya Kekal Cantik & Jelas Melihat Ciptaan Tuhan

Sapa yang tak suka mata cantik..cantik? Sapa yang tak suka untuk melihat indahnya semua yang ada kat dunia ni? Kompem takde yang angkat tangan… betul ke betul? :mrgreen:

Sebab tu lah terfikir untuk tulis ni.

Petang semalam, exhausted sangat mata ni rasa. Rupa-rupanya sebab kurang minum air & kurang rehat. Risau gak drive nanti tak nampak ke hape kan (nauzdubillahi mindzalik).

So, kat sini jap lagi saya share beberapa tips penjagaan mata yang saya jumpa dalam buku ala-ala macam kamus ni, Prescription for Nutritional Healing..

tips penjagaan mata

hihi.. macam kamus, beb… sebab jumlah mukasurat adalah 883 tak termasuk kulit & macam-macam intro kat depan tue… ­čść

7 Cara & Tips Penjagaan Mata Supaya Mata Tidak Rosak

tips penjagaan mata

Tips Penjagaan Mata 1: Elakkan Buat Kerja-kerja Melihat/ Membaca Dalam Suasana Gelap

Haha.. ni memang dari dulu asyik  kena marah dengan mak masa kecik-kecik. Sebab apa tau, saya ni dulu suka sangat membaca buku cerita/ novel kanak-kanak siri penyiasatan macam Enid Blyton tu.

tips penjagaan mata

Memang akibatnya, mataku telah mula dikesan rabun masa awal tahun tingkatan 1. Tup tup darjah kerabunan jauh pada mata┬ákiri dah 150,┬ádarjah kerabunan jauh pada mata kanan dah 125 … sobs..sobs… ­čśą

tips penjagaan mata

Gelap tu merujuk bukan hanya pada pencahayaan yang cukup, tapi elakkan juga membaca buku sekitar waktu peralihan cahaya macam waktu lewat Asar atau menjelangnya waktu Maghrib @ waktu senja

Tips Penjagaan Mata 2: Elakkan Kerja-kerja Menumpu/ Fokus Terlalu Lama Terhadap Mata

Apa lagi kerja mata kita setiap hari? Jom listkan..

  • memandu kereta/ bawak motor…
  • membaca buku/ majalah/ suratkhabar/ email …
  • melihat anak-anak berlari.. membesar…
  • menonton TV/ wayang/ rancangan-rancangan di internet..
  • menghayati indahnya pemandangan sekeliling…

tips penjagaan mata

Subhanallah banyak kan kerja mata?

Jadinya, jika kita sedang membaca, menulis sesuatu, pastikan kita ada gap/ sela waktu untuk kita berehat sebentar.

Tips Penjagaan Mata 3: Pakai Cermin Mata Gelap Apabila Terdedah Kepada Sinaran Matahari

Sinaran matahari mengandungi sinaran ultralembayung yang berbahaya atau lebih femes kita sebut sinar UV.

Sinaran UV pun ada 2 jenis:

  • UV A (panjang gelombang yang lebih panjang; sehingga boleh tembus lapisan ozon) &
  • UV B (panjang gelombang yang lebih pendek; kebanyakkannya dapat diserap oleh lapisan ozon), namun serpihan yang menembusi ozon boleh mengakibatkan penyakit seperti katarak & pterygia pada mata serta barah┬ákulit juga.

Gunakan sunglasses (cermin mata hitam) yang benar-benar boleh menapis kedua-dua jenis sinaran UV ini terutama sepanjang melakukan aktiviti terdedah kepada sinaran matahari secara berterusan.

tips penjagaan mata

 

Biasanya kalau mata kita memang perlu pakai kacamata sebab rabun, in shaa Allah kita boleh pilih untuk dapatkan cermin┬ámata yang mempunyai fungsi “transition”.

tips penjagaan mata

Cermin mata sebegini akan secara automatik berubah dari “clear” kepada warna gelap setiap kali terdapat sinaran matahari yang terik

Tips Penjagaan Mata 4: Elakkan Terdedah Kepada Asap Rokok

Asap rokok telah kita ketahui mengandungi partikel yang berbahaya bukan saja kepada mata, malah untuk seluruh sistem pernafasan kita juga.

tips penjagaan mata

Pakcik-pakcik/ abang-abang yang merokok, tolonglah jauhi kanak-kanak & ibu hamil ya jika kalian ingin merokok, kesian mereka┬á ­čśą

Tips Penjagaan Mata 5: Pastikan Cukup Minum Air

Setiap 25kg berat badan, kita perlu minum sekurang-kurangnya 1 liter air kosong.

Kalau berat 50kg, maknanya kena minum 2 liter la tu. Sukatan air adalah merujuk kepada air kosong je tau!┬á ­čśë

Kekurangan air dalam badan bukan saja menyebabkan bibir kering/ mengelupas, malah dehidrasi yang teruk dapat menyebabkan berlakunya kekeringan pada mata.

tips penjagaan mata

Tips Penjagaan Mata 6: Berhati-hati Dengan Penggunaan Ubat-ubatan

Penggunaan ubat-ubatan tertentu juga berisiko menyebabkan kerosakan mata seperti:

  • sensitif terhadap cahaya
  • pandangan kabur
  • serta boleh menyebabkan kerosakan pada saraf mata, retina & lain-lain pada kawasan mata.

Antara ubat-ubatan yang berisiko menyebabkan masalah di atas adalah:

  • Adrenocorticotropic
  • Anticoagulants (ubat cairkan darah) seperti heparin & warfarin
  • Corticosteroids seperti hydrocortisone, hydrocortone & yang seumpama
  • Chlorpropamide (Diabinese) yang digunakan oleh pesakit diabetes (non-insulin dependent)
  • Diuretics, antihistamine

tips penjagaan mata

Sebab tu kalau boleh ikhtiar secara natural remedies, saya akan pastikan saya pilih yang itu untuk keluarga saya.

Tips Penjagaan Mata 7: Pastikan Nutrisi Yang Seimbang

Terdapat kajian di Amerika Syarikat, diet yang tidak seimbang @ kekurangan nutrisi yang tertentu adalah antara penyebab berlakunya pelbagai masalah mata.

Antara sayur-sayuran yang bagus untuk mata:

  • brokoli
  • kobis mentah
  • kobis bunga
  • lobak merah. Bagus juga untuk minum jus lobak merah yang segar.
  • sayur-sayuran hijau
  • kuaci bunga matahari

tips penjagaan mata

tips penjagaan mata

Antara nutrisi atau suplemen yang baik untuk mata:

  • Multivitamin & mineral complex beserta selenium : untuk keseimbangan nutrisi serta sangat membantu memusnahkan radikal bebas penyebab kepada kerosakan mata
Vitalea mengandungi 28 vitamin & mineral, antara multivitamin yang terbaik untuk 
keseimbangan nutrisi



  • Vitamin A (carotenoids, lutein, zeaxanthin) : terbaik untuk melindungi mata daripada radikal bebas
Carotomax mengandungi alpha carotene, beta carotene, lycopene, astaxanthin, lutein & 
zeaxanthin; antara komponen vitamin A. 

1 kapsul Carotomax memberikan 5000 IU vitamin A dalam bentuk beta carotene

tips penjagaan mata
  • Vitamin B Complex: diperlukan untuk metabolisme dalam sel mata
B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang terpenting berfungsi untuk 
keseimbangan metabolisme

tips penjagaan mata
  • Vitamin C dengan bioflavonoids : diperlukan untuk mengurangkan tekanan pada intraocular
Sustained Release Vita-C Plus ini mengandungi vitamin C dari jagung serta 120 mg 
bioflavoniods (25% bioflavonoids adalah diekstrak dari kulit buah)

tips penjagaan mata
  • Vitamin E : Penting untuk penyembuhan & imuniti. Disarankan ambil suplemen dalam bentuk d-alpha-tocopherol
1 kapsul Vita-E Complex ini mengandungi 322.89 (400IU) vitamin E dalam bentuk d-alpha tocopherol, grape seed extract (39.4 mg) & selenium (65 mcg)

tips penjagaan mata
  • Zinc : Kekurangan zinc berkait dengan masalah retinal detachment. Disarankan mengambil suplemen dalam bentuk zinc gluconate
tips penjagaan mata
Retinal detachment dikenalpasti antara yang boleh menyebabkan penyakit buta
1 tablet Zinc Complex ini mengandungi 120 mg dicalcium phosphate & 15 mg zinc gluconate

tips penjagaan mata

Semoga tips penjagaan mata yang diberikan dapat membantu kita semua untuk memelihara mata dengan lebih baik. In shaa Allah┬á ­čÖé

 

Rujukan:

  1. Prescription for Nutritional Healing, 5th edition, 2010, Phyllis A. Balch, CNC, Penguin Group. 
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge