7 Tips Tambah Berat Badan Secara Sihat

Nak kata tak makan, dah makan juga. Tapi berat macam tu lah jugak..

So slimmmm… sampai kawan-kawan suka ngusik cekeding.. ish.. tak baiklah macam tu!

Walaupun kurus bukanlah masalah yang besar sangat, tapi ia jadi suatu kesusahan apabila seseorang tu tak dapat buat sesuatu sebab berat yang tak lepas target.

Contoh paling mudah untuk menderma darah lah.

Berat layak untuk menderma darah yang minimum adalah 45kg selain faktor-faktor kesihatan yang diperlukan.

Atau mungkin atas faktor untuk layak diterima kerja?

Takpe, mungkin tips tambah berat badan ini boleh anda ikhtiarkan.

Tips Tambah Berat Badan 1: Mentega & Marjerin

Nak buat apa dengan 2 bahan ni?

  • Gunakan mentega atau marjerin di dalam hidangan sayur-sayuran.
  • Boleh juga guna mentega atau marjerin penuh lemak sebagai sapuan pada roti sandwich

Tips Tambah Berat Badan 2: Keju

Ni rasanya ramai yang suka ni.

Tambahkan keju ke dalam hidangan telur seperti telur dadar atau pun scrambled egg (telur hancur lah kan? hahah  😆  )

Tips Tambah Berat Badan 3: Krim/ Susu

Yang ni pun enak untuk dicuba.

Tambahkan saja krim/ susu isian sejat ataupun susu penuh krim ke dalam sup, sos hidangan & juga pencuci mulut. Pencuci mulut memang banyak resepinya menggunakan susu.

Tom yam dengan susu pun enak dicuba tu.

Nyum!

Tips Tambah Berat Badan 4: Pilih Hasil Tenusu Yang Betul

Orang yang nak kurangkan berat biasanya akan pilih semuanya yang kurang / rendah lemak.

Berlawanan untuk mereka yang nak berisi sikit, ambillah hasil tenusu dalam kategori penuh krim/ lemak.

Tips Tambah Berat Badan 5: Daging Dalam Sos

Sos pasta memang biasanya kosong je kan.

Tambahkan cincangan daging/ ayam yang banyak dalam sos tomato pasta.

Tips Tambah Berat Badan 6: Makan 3 Kali Sehari

Minimum 3 kali makan ya!

Kalau agak-agak asyik sibuk sampai tak ingat nak makan, bolehlah latih gunakan jam gerak (alarm guna phone pun ok).

Paling mudah bekalkan roti krim/ biskut krim ke mana-mana saja anda berada.

Tips Tambah Berat Badan 7: Snek Diantara Waktu Makan

Ambil snek di antara waktu makan juga sangat membantu menambahkan berat badan seseorang.

Sebagai contoh:

  • Jam 7 pagi: Sarapan berat (mi/ nasi lemak)
  • Jam 10 pagi: Snek
  • Jam 12.30 tghari: Makan tengah hari (sepinggan lengkap nasi campur/ nasi ayam/ nasi tomato/nasi minyak)
  • Jam 4.30 petang: Snek
  • Jam 8 malam: Makan Malam (sepinggan lengkap nasi campur)
  • Jam 10 malam: Snek

Biasanya ini yang dianjurkan oleh dietician terutama untuk anak-anak yang kurang berat badan sampai cecah pada zon kuning/ merah.

Orang dewasa yang kurus juga mesti cuba!

Antara snek sihat yang membantu menambahkan berat badan adalah:

  • kepingan keju (boleh diambil bersama roti putih atau dimakan begitu saja)
  • sandwich mentega kacang
  • puding susu penuh krim
  • yoghurt
  • salad buah dengan sos keju
  • kentang bakar dengan sos keju

Uih.. banyak tu tips.. Andaikata 7 tips tambah berat badan ni pun tak dapat menangani masalah kurang berat badan yang anda alami, boleh juga rujuk cara tambah berat badan yang ini.

Semoga anda berjaya tambahkan berat badan secara sihat & selamat  🙂

 

Rujukan:

  1. Nutrition For Life (Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005)

 

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

4 Responses

  1. fr says:

    saya kalau makan cukup 3 kali sehari, berat memang ideal.

  2. Nora Karim says:

    Oh nampak gayanya saya xboleh mkn mcm ni… hehehehehe… kang bertambah2 berat badan… hahahaha tapi nice entry untuk mereka yang kurus….
    Nora Karim recently posted…Wordless Wednesday #57My Profile

  1. November 10, 2015

    […] 7 Tips Tambah Berat Badan Secara Sihat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.