makanan pencetus asthma

8 Makanan Pencetus Asthma Yang Patut Dielakkan Supaya Penyakit Tidak Bertambah Kronik

Penyakit asthma terjadi apabila saluran pernafasan menjadi sempit kerana otot pada dinding bronkitis mengecut. Keadaan menjadi lebih parah & sempit dengan kehadiran mukus yang berlebihan.

Selain masalah-masalah seperti:

  • bulu & air liur haiwan (biasanya dari kucing, anjing)
  • debu hama
  • habuk
  • kulapok
  • debunga
  • asap rokok
  • suhu yang sejuk (kipas angin/ angin malam)
  • wangi-wangian & pewangi yang kuat

Terdapat beberapa makanan yang turut membantu mencetuskan serangan asthma ini. Oleh itu, sangat penting untuk pesakit asthma elakkan makanan pencetus asthma.

8 Makanan Pencetus Asthma

Makanan Pencetus Asthma 1: Aiskrim

Selain sejuk, aiskrim mengandungi:

  • telur
  • susu

yang juga merupakan bahan-bahan pencetus asthma.

makanan pencetus asthma

Makanan Pencetus Asthma 2: Produk Tenusu

Selain aiskrim, antara produk tenusu yang boleh menyebabkan serangan asthma menjadi kronik adalah:

  • susu
  • yoghurt
  • keju

makanan pencetus asthma

Susu dikatakan mampu meningkatkan penghasilan mukus di dalam saluran pernafasan.

Antara simptom yang boleh berlaku hasil reaksi dengan makanan ini adalah wheezing (berdehit) & batuk-batuk.

Makanan Pencetus Asthma 3: Makanan Proses

Makanan proses kurang baik untuk kesihatan juga kerana mengandungi kurang zat makanan yang sebenar. Selain kurang mengandungi zat, makanan proses juga mengandungi banyak bahan pengawet, perasa & pewarna tiruan.

Periksa label makanan yang mengandungi pengawet terutama pada makanan dalam tin seperti:

  • tartrazine (pewarna kuning)
  • sulphur (garam pengawet terutama pada makanan yang dijeruk)
  • benzoic acid
  • monosodium glutamate (penambah perisa/penyedap makanan)

Ini antara bahan-bahan yang boleh mencetus asthma.

Contoh makanan proses yang popular adalah:

  • sosej
  • nugget
  • daging burger

makanan pencetus asthma

Makanan Pencetus Asthma 4: Tepung gandum

Roti putih antara contoh terbaik yang boleh mencetuskan kehadiran mukus yang tinggi.

makanan pencetus asthma

Alahan terhadap gandum juga sangat mencetuskan reaksi yang teruk. Antaranya adalah:

  • ruam-ruam
  • wheezing (berdehit)
  • conjunctivitis
  • cirit-birit

Makanan Pencetus Asthma 5: Telur

Elakkan memakan telur & makanan-makanan yang mengandungi telur seperti kek, kuih, biskut & lain-lain.

makanan pencetus asthma

Antara simptom yang mungkin kelihatan adalah berlaku keradangan pada kulit.

Makanan Pencetus Asthma 6: Makanan Laut & Kerang-kerangan

Ada orang yang bukan saja alah kepada makanan ini ketika memakannya, malah, bau-bauan makanan ini apabila dimasak juga turut mencetuskan alahan.

makanan pencetus asthma

Antara makanan laut yang popular mencetuskan keradangan buat pesakit asthma:

  • ketam
  • udang kara
  • udang
  • tiram
  • kepah

Periksa label makanan juga kerana ada penambah perisa diperbuat dari makanan laut/kekerangan.

Makanan Pencetus Asthma 7: Kekacang

Terdapat suatu kajian di mana, kanak-kanak penghidap asthma yang memakan kekacang mudah jatuh sakit & terpaksa bergantung kepada steroid.

makanan pencetus asthma

Antara simptom yang boleh berlaku hasil reaksi dengan makanan ini adalah ruam-ruam.

Makanan Pencetus Asthma 8: Garam

Garam dikatakan dapat mencetuskan keradangan di kalangan pesakit asthma.

Disarankan untuk kurangkan makanan yang masin & elak menggunakan banyak garam dalam masakan pesakit asthma.

makanan pencetus asthma

Semoga panduan ini memberikan manfaat.

Bacaaan Lanjut: Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma

Rujukan:

  1. Nutrition for Life, Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling & Kindersley, 2005
  2. Prescription for Nutritional Healing, Phyllis A. Balch, Penguin Books, 2010
  3. British Medical Association (Complete Family Health Guide), Dr Tony Smith, Dorling & Kindersley, 2000
  4. https://farainspiration.com/penyakit-asma-lelah/
  5. https://www.asthma.org.uk/advice/triggers/food/
  6. http://www.health.com/health/gallery/0,,20672020,00.html



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

3 thoughts on “8 Makanan Pencetus Asthma Yang Patut Dielakkan Supaya Penyakit Tidak Bertambah Kronik”

  1. Pingback: 7 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma Ambil Setiap Hari - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge