tips balik kampung

9 Tips Balik Kampung Untuk Bercuti Panjang Dengan Selamat

Hari Raya menjelang tiba. Pasti jalan raya kembali sibuk dengan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke destinasi kampung halaman masing-masing.

Teringat lagi tiap kali masa mak ayah nak bawak kami balik beraya ke kampung ayah di Gombak, Selangor, betapa lengang betul jalanraya di hadapan kami tatkala jem teruk laluan yang bertentangan.

Bila dah balik kampung lama-lama, pasti hati pun tenang jika rumah yang kita tinggalkan dalam keadaan terpelihara.

Jadi, tips balik kampung ni antara yang kami amalkan tatkala pulang jauh ke kampung halaman.

9 Tips Balik Kampung Tinggalkan Rumah Dengan Selamat

(1) Maklumkan Pada Pihak Polis

  • polis kawasan tempat perumahan biasanya akan membuat rondaan setiap hari
  • notis akan ditinggalkan di dalam peti surat setiap kali rondaan dibuat sepanjang kita tiada di rumah

(2) Pastikan Semua Suis Elektrik Ditutup

  • Penting agar tiada litar pintas yang berisiko untuk berlaku
  • Tapi jangan sampai tertutup suiz peti ais pula ya.. rosak abes semua isinya nanti đŸ˜„

(3) Pastikan Kepala Gas Dapur Ditanggalkan

tips balik kampung

  • Ini juga bagi mengelakkan berlaku kebocoran gas

(4) Hentikan Sebarang Langganan Akhbar /Majalah

tips balik kampung

  • Akhbar yang terbiar di luar rumah secara berterusan jelas menunjukkan kita tiada di rumah.

(5) Tanggalkan Wayar Penghubung Telefon Talian Tetap

  • Deringan yang panjang (kerana tiada orang yang angkat) hanya mengundang pencuri untuk menghampiri rumah kita

(6) Pasang Lampu

  • Biasakan meninggalkan ruang tamu rumah dalam keadaan lampu dipasang
  • Pihak polis menyarankan untuk lampu luar rumah dipasang untuk memudahkan rondaan mereka pada waktu malam

(7) Tutup Pili Air Utama

  • Ia amatlah bermanfaat sekiranya berlaku kebocoran pelampung di tanki, bil air anda tidaklah melambung dengan tiba-tiba

(8) Pastikan Sampah Telah Dibuang

tips balik kampung

  • Sampah basah di dalam rumah hanya akan mengundang lalat & ulat. Sampah kering pula akan mengundang kehadiran lipas & semut serta anai-anai

(9) Pastikan Haiwan Peliharaan Terjaga

  • Sekiranya anda ada membela haiwan peliharaan seperti kucing/ anjing/ hamster, anda boleh meninggalkannya di asrama haiwan yang terdekat dengan kediaman anda. Ada caj yang dikenakan sepanjang tempoh anda meninggalkan haiwan peliharaan ini.

tips balik kampung

  • Jika anda ada membela ikan pula, bolehlah merendamkan Holiday Pet Block ke dalam akuarium. Jangan sesekali menggunakan auto-feeder untuk supply makanan kepada ikan-ikan di dalam akuarium. Ia amatlah berbahaya sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik di dalam rumah.

Diharapkan semua 9 tips balik kampung ini membantu urusan perjalanan kita pulang ke destinasi masing-masing dengan aman.

1 thought on “9 Tips Balik Kampung Untuk Bercuti Panjang Dengan Selamat”

  1. wah tips yang menarik. betul juga ya, dering telepon yang lama tak terangkat bisa memancing pencuri.

    menjelang hari raya di Indonesia pun ramai orang pulang kampung. salam kenal ya.

Leave a Reply to damarojat Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge