AEON Taman Universiti: Antara Perkembangan Selepas 9 Tahun Penubuhannya

aeon taman universiti

aeon taman universiti

AEON Taman Universiti adalah Jaya Jusco

Dulu masa saya mula-mula datang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ni (2002) mana ada lagi AEON Taman Universiti ni.

Masih ingat lagi, 13 tahun yang lalu, saya & kawan-kawan di UTM sampai naik teksi untuk membeli belah barang keperluan di pasaraya UO Plaza Angsana, Bandar Baru Uda, Tampoi.

Memanglah ketika itu ada pasaraya terdekat di Taman Universiti (Pasaraya Jalal & Pasaraya Bersatu Jaya)  tapi barang-barangnya terhad tidak banyak pilihan.

Dah xde dah Bersatu Jaya ni..

Seingat saya, setelah saya dah tamat belajar (Ijazah Sarjana Muda) sekitar pada tahun 2006 barulah bermulanya penubuhan pasaraya AEON Taman Universiti yang dulunya dikenali sebagai Jaya Jusco.

Sangat ingat sebab saya mula ada kad AEON ni sejak dah mula bekerja di Senai & tinggal berdekatan pasaraya ini (Apartment Melana)

Kemudahan Surau Yang Lebih Luas

aeon taman universiti

Antara perubahan ketara selepas 9 tahun penubuhan AEON Taman Universiti ini adalah kemudahan surau yang lebih baik & sangat luas.

aeon taman universiti

Alhamdulillah.

Surau Dulu Bersempit, Sekarang Tidak Lagi

aeon taman universiti

Sebelum ni memang agak bersempit untuk bersolat. Terutama ketika rehat antara jam 1 hingga 2 petang.

Ramai pekerja UTM yang datang lunch atau shopping di sini terpaksa berkejar-kejar untuk masuk semula ke pejabat pada jam 2 petang.

Baru-baru ni sepanjang beberapa bulan yang lepas, sepanjang proses pengubahsuaian, pihak AEON Taman Universiti menyediakan surau sementara di dalam kabin.

Apabila dah siap macam ni, nampak lega & selesa sangat.

Mudah betul bagi semua pekerja Islam yang nak tunaikan ibadah solat sepanjang mereka bekerja.

Jam Digital Dengan Azan Tiap Waktu  Solat Fardhu

aeon taman universiti

Ditambah pula dengan kemudahan jam waktu solat yang boleh disetkan alarm azan berkumandang tiap kali masuknya waktu solat fardhu.

Malah, bagi kita yang memang nak membeli belah pun mudah juga. Tak lah bershopping sakan sampai terlepas waktu solat fardhu.

Ruang Wudhu’ Yang Canggih

aeon taman universiti

Saya nampak jika surau nya selesa & luas sebegini, ia akan jadi mudah sepanjang bulan Ramadhan nanti. Mudah sangat bagi umat Islam yang ingin berbuka puasa di AEON Taman Universiti sambil menjaga waktu solat Maghrib.

Malah, jika dibuat seperti aktiviti surau di Plaza Angsana, siap boleh berjemaah untuk solat Tarawikh lagi. Ada masa & ketika boleh pula sambil mendengar ceramah agama.

Bestkan?

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge