Aktiviti Bersama Anak-anak di Figura 2014, UTM Skudai

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua pembaca ProVide Network 😀

Petang tadi, dalam jam 3 petang bermulanya pertandingan mewarna di Fiesta Gegar Razak ( Figura), Kolej Tun Razak, UTM Skudai. Memang dah daftarkan si Rafiuddin Afiq ni untuk sertai melalui guru tadikanya.

Excited sungguh nak bawa Rafiuddin masuk pertandingan mewarna, maka ibunya pun mengorbankan 2 keping baucer AEON untuk ditukarkan kepada sekotak pensil warna Faber Castell 24 batang dalam kotak serbaguna ni.

aktiviti bersama anak-anak

Lucu plak bila tengok Rafiuddin memilih warna biru gelap ni untuk mewarnakan gambar kucing pertama dalam gambar.

aktiviti bersama anak-anak

Seperti biasa, kalau aktiviti bersama anak-anak dibuat pada hari Jumaat memang berkendongla saya dengan anak-anak sebab suami kerja.

Sementara menunggu keputusan pertandingan mewarna diumumkan, saya membawa anak-anak berlegar-legar ke sekitar booth lain yang ada di Figura tersebut.

Kebetulan ada booth Giant Bubble berdekatan, saya menbawa mereka berdua ke situ. Seperti dijangkakan gembira sakan Auni & Rafiuddin mengejar belon-belon.

aktiviti bersama anak-anak

aktiviti bersama anak-anak

Dah puas main belon, kami melawati booth equestrian. Tiba-tiba rasa teringin plak nak naik kuda macam Rafiuddin dulu. Tapi kali ni Rafiuddin tak berminat plak nak naik, makanya saya & Auni saja yang menunggang kuda. Okla, RM5 saja untuk 1 pusingan. Suka-suka saja. Barula rasa macam mana perasaan sebenar menunggang kuda.

aktiviti bersama anak-anak

Tak dinafikan masa mula nak memanjat kuda tu agak gementar sebab tinggi & rasa gayat plak tiba-tiba.

aktiviti bersama anak-anak

Tapi setelah mendapat tunjuk ajar dari adik-adik penuntut Pengurusan Equestrian ni, alhamdulillah masih boleh mengawal rasa gementar tu.

aktiviti bersama anak-anak

Tambahan pula, tiba-tiba je teringat masa peperangan zaman Rasulullah SAW, beginilah mereka, mana boleh takut naik kuda. Belum lagi menghadapi musuh..!

Antara tips berkuda yang diajar sebentar tadi:

  • Tegakkan badan. lebih mudah badan kita bergerak ke hadapan mengikut rhythm & rentak gerakan kuda
  • Meletakkan kaki dgn cara yang betul
  • Pandang ke sekeliling di hadapan. Jangan pandang kepala kuda.

Alhamdulillah memang best. Saya sangat syorkan bagi sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda ni. Boleh rujuk gambar di bawah untuk info & masa operasi Taman Equin, UTM.

Selepas dah naik kuda, kami terus bergegas ke meja urusetia untuk menyemak senarai pemenang pertandingan mewarna tadi.

Alhamdulillah memang dah rezeki Rafiuddin, pihak Figura memilih kertas yang diwarnanya sebagai hadiah tempat ke 3.

aktiviti bersama anak-anak

Anyway sekalung tahniah buat jawatankuasa program Figura. 😀
Banyak aktiviti bermanfaat untuk seluruh warga universiti & juga terbaik untuk seisi keluarga yang datang.

Semoga aktiviti bersama anak-anak ini makin mengeratkan hubungan kekeluargaan anatara kita semua. Amin.

Semoga artikel ini bermanfaat. :mrgreen:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge