Alah Membeli Menang Memakai

Alah Membeli Menang Memakai

Alah Membeli Menang Memakai

Saya teringat dulu masa sekolah rendah, saya penah dapat hadiah buku simpulan & peribahasa.

Hari-hari bukak.
Suka betul saya dengan buku tu. So hari ni saya nak sentuh tentang peribahasa ni – Alah Membeli Menang Memakai.

Apa Yang Awak Faham Pasal Alah Membeli Menang Memakai?

 

Apa saja yang kita dah laburkan, seharusnya berbaloi pada kita.

Dan setentunya, lagi tinggi nilai kualiti barang yang kita beli, ia adalah yang paling berbaloi memberi manfaat dalam kehidupan kita.

Kisah Kasut

Dulu saya tak reti sangat tentang nilai & kualiti kasut.

Apa yang saya selalu dapat, kaki saya tak pernah selesa lama dengan satu jenis kasut.

Saya jadi tak suka pakai kasut. Saya lebih gemar pakai selipar je & sering bertukar kasut.

Sehinggalah saya jumpa jenama yang bagus, yang bagi saya agak mahal untuk saya beli.

Alah Membeli Menang Memakai
Kasut yg kanan tu (Go Walk 3)kasut Skechers saya yg pertama & masih guna hingga ke hari ini sejak Mac 2018.

Tapi disebabkan kualiti yang saya dengar tentangnya, sedap & selesa dipakai untuk berjalan jauh, saya pun usaha juga mendapatkannya.

Itupun sebab saya masa tu nak ke Jepun secara half backpackers. Memang perlukan kasut yang selesa untuk bergerak lebih 10,000 step sehari, sambil mengendong Lutfi yang setahun lebih, bersama bagasi di tangan.

Saya start menabung hasil dari bonus bisnes Shaklee yang saya dapat tiap bulan.

Alhamdulillah.

Bermula dari hari itu, terasa sangat berbaloi melabur sejumlah wang untuk sepasang kasut Skechers nih.

Terasa alah membeli menang memakai sangat!

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge