Anak Asyik Kacau! 5 Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online

tips urus anak sambil berniaga online

Susah Fokus Berniaga Online. Anak Asyik Kacau Gajet Saya!

Anda peniaga online dari rumah?

Pernah ada masalah anak-anak mengganggu ketika berbisnes online?

Terus terang saya katakan, saya pernah mengalami masalah ini. Saya sendiri berniaga online dari rumah sambil menjaga anak yg kedua berusia 2 tahun.

Ada ketikanya tiap kali saya menghadap laptop, tiap kali itu juga dia sibuk memanjat ke kerusi yang sama saya duduk untuk turut menaip di laptop saya.

Bukan laptop saja.

Smartphone saya turut menjadi rebutan dia & abangnya untuk bermain Pou.

Sebelum saya tahu & amalkan tips urus anak sambil berniaga online ini, saya sering dalam dilema & sukar untuk fokus dalam perniagaan secara online di rumah.

tips urus anak sambil berniaga online

Macam mana saya nak fokus reply pada wasap customer?

Macam mana saya nak fokus mengemaskini website saya?

Penyelesaian dari video inilah antara yang banyak membantu saya lebih fokus berniaga berbanding dulu.

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online 1: Luangkan Masa Bersama Anak-anak

tips urus anak sambil berniaga online

Apa kata dalam sehari, kita tumpukan sekurang-kurang 10 minit untuk 1 sesi untuk beri perhatian kepada anak-anak. Mungkin boleh dilakukan sekerap 5 sesi sehari khusus untuk ini.

Seperti anak pertama kami, Rafiuddin (6 tahun), pada usianya ini dia rajin bertanyakan perkataan-perkataan baru yang dilihatnya di dalam buku.

Ada masa & ketika dia akan datang bersama buku-bukunya menyapa saya yang sambil bekerja di depan PC.

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online 2: Beri Anak Kebebasan Meneroka Sekeliling

tips urus anak sambil berniaga online

Ini adalah antara rutin yang saya & suami cuba konsisten sehingga sekarang.

Biasanya tiap petang Sabtu & Ahad, mereka dibenarkan untuk bermain pasir di padang tempat kami beriadah.

tips urus anak sambil berniaga online

Anak-anak kami sangat gembira dengan aktiviti mengumpul pasir & batu-batu.

Sebagai langkah kebersihan, kita cuma perlu pastikan anak-anak tidak berkuku panjang serta pastikan mereka mandi tiap kali selesai aktiviti bermain pasir.

tips urus anak sambil berniaga online

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online 3: Bawa Anak-anak Berjalan-jalan

Mungkin boleh difikirkan untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sebulan sekali ke mana-mana destinasi yang menarik.

Sekitar dalam Malaysia pun banyak tempat yang menarik. Paling tidak pun, bawa mereka keluar daerah untuk sama-sama menikmati keindahan alam ini. Mungkin ke tepi pantai. Atau mungkin juga ke mana-mana zoo/ taman mini yang berdekatan.

Memandangkan kita menjalankan bisnes online, walau di mana pun kita bercuti, kita masih tetap boleh berhubung dengan pelanggan selagi kita mempunyai capaian internet yang baik  😉

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online 4: Biarkan Mereka Berkreativiti

Seperti di taska / tadika, banyak aktiviti yang anak-anak lakukan selain pembelajaran melalui buku.

Mungkin kita boleh sediakan kelengkapan untuk anak-anak membuat kolaj.

Seperti anak sulong kami Rafiuddin, dia sangat gemar menconteng lantai & menulis di whiteboard.

coretan & kreativiti Rafiuddin di atas pelapik lantai
Rafiuddin suka menulis

Rafiuddin juga sering menggunakan penyedut minuman sebagai bahan dalam imaginasinya.

“Traffic Light”

Untuk anak-anak yang masih kecil, mungkin kita perlu sediakan mainan yang lebih menarik untuk mereka terokai.

tips urus anak sambil berniaga online
membiarkan mereka dengan kreativiti tersendiri

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online 5: Gajet Kita Bukan Mainan Mereka!

Ini adalah yang paling mustahak.

Tidak kira smartphone mahupun laptop, didiklah anak-anak untuk tidak menjadikan gajet bisnes kita sebagai mainan mereka.

Jika anda mampu, mungkin boleh belikan 1 gajet khusus untuk anak-anak bermain/ belajar secara interaktif yang mana anda perlu mengawal aktiviti mereka supaya tidak leka @ tidak bergantung terus pada gajet tersebut.

Kami sendiri ada menyediakan 1 tablet untuk anak-anak melayari Youtube ABC/ rancangan kegemaran mereka.

Biasanya kami akan beri mereka suatu masa dalam sehari untuk aktiviti ini hanya jika berada di dalam rumah kerana tablet tersebut hanya bergantung internet secara wifi.

Access ke tablet juga mesti melalui kata laluan. Jadi, kami dapat memantau bila anak-anak ingin menggunakannya.

Pastikan juga anak-anak kita tidak terlalu taksub dengan aktiviti bersama gajet!  😉

Semoga artikel ini bermanfaat  :mrgreen:

Jemput komen & jemput juga untuk share kepada sesiapa saja yang mungkin memerlukan tips ini  😀

1 thought on “Anak Asyik Kacau! 5 Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge