Apa Nak Buat Bila Buku Bank Hilang

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua

Oh sadis sungguh bila tengok tajuk entri ni.. huhu..

Tapi.. Jangan panik dulu!

Nanti saya ceritakan cara-caranya ya macam mana nak buat bila buku bank hilang.

Alkisahnya..

Syawal telah pun berlalu, maka, seperti kebiasaannyalah kami sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang dibawa jauh beraya (pusing seluruh Semenanjung Malaysia) ni mulalah kalut nak menyimpan duit raya anak-anak ke bank masing-masing. Dalam duk kalut tulah tetiba terlintas, ya Allah mana pulak disimpan buku bank anak-anak haritu? Selepas dah redha, puas mencari barulah tersedar yang buku bank hilang tak ingat letak kat mana.

Ok macam tulah mukadimah nya.

Jadi, lepas dah pasrah, redha, dah puas mencari, apa patut buat?

STEP 1: Bawak IC kad pengenalan/ MyKid untuk buku bank yang hilang tu ke bank berkenaan

  • Sebagai penjaga/ ibubapa yang menguruskan hal buku bank anak-anak yang hilang tu, kad pengenalan anda juga perlu
  • Untuk bank seperti Bank Rakyat, walaupun tiada caj ke atas buku yang hilang, anda kena dapatkan borang jaminan ganti rugi yang mana kita perlu untuk matikan setem Hasil RM10 kat borang tu dulu.
  • Untuk bank macam Tabung Haji, pihak bank sendiri yang akan uruskan hal matikan setem kat borang jaminan ganti rugi tersebut. Caj buku hilang sebanyak RM5 & caj setem Hasil RM10 akan ditolak dari buku akaun masing-masing yang hilang tersebut.

Memang bagus Tabung Haji ni, tak perlu lagi nak susahkan pihak pendeposit. Takpelah, caj aje. Lagipun kehilangan buku bank tu tak sepatutnya berlaku. Memang kena simpan baik-baik.

Ok, bagi bank yang memang nak kita uruskan sendiri hal matikan setem ke borang ni, boleh ikut langkah-langkah yang seterusnya ni.

STEP 2: Ambil borang jaminan ganti rugi

  • Boleh tanya je kat guard/ kat kaunter pertanyaan di bank berkenaan.
buku bank hilang
ni cth je tapi dr Tabung Haji. Mamang xperlu urus sndr. kalau Bank Rakyat kena settlekan mati setem tu dulu

STEP 3: Beli setem Hasil RM10

buku bank hilang

  • Tak semua pejabat Hasil (LHDN) menyediakan khidmat setem cop terus ni. Makanya, untuk lebih mudahkan urusan, silalah beli dulu setem Hasil RM10 kat mana-mana pejabat pos berdekatan

buku bank hilang

Alkisahnya saya haritu, sebab dok ingat kat pejabat Hasil bahagian setem tu ada jual setem & cop mati sekali, jadinya memang terus jela menonong ke LHDN tanpa setem.

buku bank hilang

Sekali kena pergi beli setem dulu daa. Alhamdulillah pihak LHDN ada menyediakan peta untuk ke lokasi pejabat pos berdekatan. Bagi yang berada di sekitar Johor Bahru, pejabat pos yang berdekatan dengan LHDN Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda adalah di Pejabat Pos Malaysia Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru Uda (BBU).

buku bank hilang

Ada lagi satu adalah Pejabat Pos Cawangan Batu 5, tapi saya pilih ke Jalan Padi Mahsuri tu sebab kelihatan yang di BBU tu lagi dekat memandangkan office hour yang singkat pada hari Khamis.

Seperti biasa, saya guna Waze saja.

STEP 4: Matikan setem Hasil pada borang di pejabat Hasil berdekatan

  • Bagi yang tak pernah buat, boleh tanya kat guard/ kaunter. Biasanya memang kena isi satu borang kat situ sebelum kita matikan setem kat kaunter

STEP 5: Buat buku baru di bank berkenaan

  • Alhamdulillah bila dah siap dengan surat jaminan yang dah dimatikan setem, terus jela ke bank berkenaan sambil bawak IC & MyKid buku bank hilang tadi tu jugakla ya.

Itu jela ceritanya apa nak buat bila buku bank hilang… Ia adalah suatu pengalaman yang sedikit sebanyak buat kita kena beringat. Letak semua dokumen penting kat satu tempat. Senang jika berlaku kecemasan, angkut semua sekali.

As usual, kita takkan pernah lari dari buat kesilapan. Tak salah untuk buat silap. Tapi, sebaik-baiknya jom kita belajar untuk tidak ulang balik buat silap yang lalu, tu. Pesanan khidmat masyarakat ini memang tepat kena untuk pemilik yang mengarang & menaip ni haa..

Semoga memberi manfaat untuk kita semua.

Sebarang komen/ pertanyaan amat kami alu-alukan. Jemput tinggalkan jejak di sini ya. Terima kasih

 

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge