muzium akuarium marin sabah

Apa Yang Menarik di Muzium Akuarium Marin Sabah

Oh rupa-rupanya belum habis share trip kami sekeluarga ke Sabah secara backpack ni.

Kami ke Sabah 4 hari 3 malam. Antara destinasi yang kami kunjungi:

& yang saya nak cerita ni, Muzium Akuarium Marin Sabah

muzium akuarium marin sabah

Lokasi Muzium Akuarium Marin Sabah

Muzium yang berkonsepkan ikan & hidupan laut dalam akuarium ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah.

So kalau nak ke sini, boleh just guna waze/ google map. Memang senang jumpa.

Waktu Operasi Muzium Akuarium Marin Sabah

Waktu muzium ini beroperasi adalah seperti berikut:

Dibuka dari hari Isnin -Khamis

  • Sesi Pagi: 9 am -12:30 pm
  • Sesi Petang: 2 pm – 4:30 pm

So plan betul-betullah destinasi mana nak singgah dulu kalau u olls nak datang Sabah sebab weekend muzium ni ditutup.

Kami datang pada hari Selasa, sekitar jam 9+ am macam tu. Betul-betul lepas dah sarapan kat Restoran Happy Muslim di Kota Kinabalu.

Bayaran Tiket Masuk Muzium Akuarium Marin Sabah

Tak mahal pun nak masuk sini. Sangat berbaloilah untuk sesekali bawak keluarga tengok hidupan laut dalam akuarium yang besar.

Bayaran tiket:

  • Dewasa : RM9.40 (18 tahun ke atas)
  • Warga Emas : RM4.70
  • Kanak-kanak/pelajar : RM4.70 (4 tahun – 17 tahun)

3 Perkara Menarik Dalam Muzium Akuarium Marin Sabah

(1) Hidupan Dalam Laut Depan Mata

muzium akuarium marin sabah

Selama ni kita tengok dalam TV je kan? Kali ni kita boleh tengok hidup-hidup semua haiwan laut yang majoriti ada dalam lautan di Sabah ni.

Anak-anak memang sangat happy dapat tengok akuarium yang besar ni.

Kita boleh ajar anak-anak tentang nama ikan-ikan ini.

muzium akuarium marin sabah

Ada ikan dalam kartun Nemo tu, haa, inilah masanya kita ajar nama ikan tu adalah Anemone Fish (ikan buran)

(2) Bahana Sampah Ke Atas Hidupan Laut

Mungkin selama ni kita tak pernah dedahkan pada anak-anak kita kenapa kita tak boleh sesuka hati buang sampah ke dalam air.

Kat sini juga ada ditunjukkan bagaimana habitat ikan boleh pupus & terjejas akibat terperangkap dalam sisa sampah sukar urai seperti plastik & seumpama.

Kesian kan?

(3) Kenali Lebih Dekat Hidupan Laut

Actually ada banyak kajian yang dibuat oleh pihak Universiti Malaysia Sabah khususnya oleh Institut Penyelidikan Marin Borneo yang mengurus & menyelenggara muzium ini.

Apabila pendedahan ini ada, kita boleh melatih anak-anak untuk menghargai lautan & habitatnya.

Ingat ya untuk masukkan Muzium Akuarium Marin Sabah ini dalam itinerary anda jika datang ke Sabah nanti  🙂

Jom layan video ini

Semoga perkongsian ini bermanfaat  😉

Bacaan Lanjut:

Makan Seafood Sedap di Restoran Gayang Seafood

Penginapan di Homestay Mesilau Kundasang


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge