batu karang

Awas Tabiat Suka Tahan Kencing | Punca & Cara Merawat Masalah Batu Karang

Dulu saya masa kecik-kecik selalu jugak ada tabiat tahan kencing ni. Antara sebabnya tak suka ke tandas yang kotor & busuk kat sekolah. Adoi!

Lepas tu mulalah, mendapat!

Sampai satu ketika, kencing jadi tak lawas & terpaksa minum ubat air halia yang klinik/hospital bagi (ni zaman saya kecik-kecik dulu la, sekolah rendah).

Banyak kali jugak dapat warning dari kenalan & saudara mara, jangan suka sangat tahan kencing, nanti risiko dapat batu karang kat pundi kencing/ saluran kencing!

batu karang

Betul ke Tabiat Suka Tahan Kencing Berisiko Dapat Masalah Batu Karang?

Ok, jawapannya ya!

Buktinya, adalah ayah saya sendiri.

Ayah saya dulu sejak zaman beliau kerja lagi, beliau ada tabiat suka tahan kencing ni. Ayah adalah mantan polis hutan. Dulu beliau adalah polis yang bertugas bawa kenderaan polis-polis. Tiap kali ada operasi, memang beliau sanggup jela, tak kencing dulu, tahan je, konon macam jaguh la kan! Gitu la ayah saya cerita kepada kami sebagai pengajaran.

Tambah pulak, ayah tak berapa rajin minum air kosong. Suka plak minum kopi, hm… kopi kan boleh buat air banyak hilang dari badan, lagi lah kronik jadinya. Dan lagi sebab juga ayah ada gout, orang yang ada gout bermasalah mempunyai tinggi asid urik dalam badan.

End up, ayah memang ada masalah batu karang ni.

Rawatan & Cara Merawat Masalah Batu Karang

Dulu-dulu banyak lah rawatan diikhtiarkan.

Minum air nenas muda, pergi mengurut, duduk atas mesin khas & akhirnya buat pembedahan ESWL (Electroshock wave lithotripsy) untuk pecahkan batu karang tu & keluarkannya.

Alhamdulillah sejak dari tu dah OK sangat.

Tapi kena jugalah berjaga-jaga, cukupkan minum air kosong, elak terus tabiat suka tahan kencing tu.

Boleh follow juga tips macam yang saya cerita dalam video tadi:

  • minum air kosong yang banyak (mungkin 1-2 liter macam tu), rehat 20 minit, lepas tu naik turun tangga laju-laju. Tips ini dipercayai berpotensi untuk mengeluarkan batu karang dengan sendirinya.
  • boleh amalkan Vivix, Performance Drink, Alfalfa Complex, B Complex, Omega Guard untuk mengatasi masalah batu karang ni secara naturally (mudahkan kencing lawas, cukupkan air dalam badan & seimbangkan fungsi dalam badan)

Punca & Cara Elak Masalah Batu Karang Dari Berulang

Kita cerita pasal punca dulu.

Dari buku yang saya rujuk ni, memang ada banyak punca kenapa batu karang boleh terbentuk dalam badan kita, khususnya di sekitar saluran kencing/ pundi kencing (kidney stones).

Antaranya:

  • diet pemakanan – makan makanan yang tinggi asid oxalate (telur, ikan & sesetengah jenis sayur) seterusnya menghasilkan oxalate. Oxalate ini bertindak dengan Ca2+ (kalsium dalam darah) membentuk batu karang. Pemakanan tinggi purin juga berpotensi membentuk batu karang (kristal asid urik).
  • badan tidak mampu mengawal paras kalsium yang berlebihan – masalah ini mungkin berpunca dari kalangan mereka yang ada risiko kegagalan parathyroid gland / masalah vitamin D yang telah bertukar menjadi toksik (yang mana vitamin D ni sebenarnya membantu serapan kalsium menjadi lebih baik ke tulang) / ada masalah multiple myeloma (kanser sel plasma darah)
  • dehidrasi – kurang minum air kosong/ mengalami kehilangan air yang banyak dari badan.
  • kencing sedikit – boleh jadi juga sebab tabiat tahan kencing tadi, air kencing jadi semakin pekat & batu karang jadi mudah terbentuk

Tips Untuk Elak Masalah Batu Karang

Bila kita dah tau punca & siapa yang berisiko, memang agak mudah untuk kita elak terus dari berlakunya masalah batu karang ni.

Antaranya:

  • jaga pemakanan – cuba pelbagaikan sumber protein & serat dalam pemakanan harian kita.
  • elak tahan kencing
  • banyakkan minum air kosong – cuba dapatkan cukup minum air sejajar dengan berat badan (setiap 25kg berat, minum 1 liter air kosong setiap hari)
  • amalkan suplemen secara bijak. Boleh konsisten mana-mana vitamin Shaklee seperti yang saya tulis di atas tadi.

Semoga perkongsian ini membantu.

Sekiranya anda berminat nak berikhtiar & dapatkan mana-mana vitain Shaklee untuk masalah batu karang ini, hubungi saya Zaleha di 019-7646021 atau klik terus untuk wasap saya.

pengedar Shaklee Skudai

 

Rujukan:

  1. Prescription for Nutritional Healing | A Practical A to Z Reference to Drug-Free Remedies Using Vitamins, Minerals, Herbs & Food Supplement; Phyllis A. Balch, CNC; Avery; 2010
  2. Multiple Myeloma https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/multiple-myeloma/symptoms-causes/syc-20353378



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge