bahaya soya

Bahaya Soya Kepada Cyst. Fakta Atau Mitos?

Pernah dengar tak katanya soya ni antara yang boleh mencetuskan masalah cyst? Tapi, ada juga doktor menafikan bahawa soya penyebab kepada cyst.

Mana satu yang betul ni?

Sebelum kita pergi kepada sebarang kesimpulan, jom fahamkan apa yang ada dalam soya? Buruk betul ke soya ni sampai dikecam sebegitu rupa ­čść

bahaya soya

Bahaya Soya : Apa Ada Dalam Soya?

(1) Sumber Protein Dari Tumbuhan & Terbanyak Mudah Didapati

Soya adalah antara tumbuhan yang terbukti mempunyai semua zat asid amino (protein) lengkap yang dapat memenuhi keperluan tubuh manusia jika dibandingkan dengan protein dari susu, daging dan telur.

Soya juga terbukti menjadi satu-satunya sumber terbanyak dapat diperolehi untuk protein tumbuhan paling berkualiti.

(2) Flavonoid – Isoflavones

Isoflavone ni dikatakan mempunyai sedikit sifat yang cenderung kepada estrogen. Namun struktur kimia pada isoflavone ni adalah hanya hampir sama tetapi berfungsi lemah sebagai estrogen.

Isoflavone soya yang terproses / melalui proses penapaian menghasilkan aglycones:

  • genestein
  • daidzein
  • glycitein

Dalam kajian mendapati bahawa tindakan bakteria di dalam usus menukarkan daidzein kepada equol (metobolite yang mempunyai peranan bersifat lebih estrogen) & O-DMA (bersifat anti-estrogen)

Kelebihan Isoflavones dalam soya:

  • Kesan anti-estrogen – mengurangkan risiko kanser berkaitan hormon pada tubuh
  • Kesan estrogen – mengekalkan kepadatan mineral dalam tulang & memperbaiki tahap kesihatan dalam pembuluh darah termasuk kesihatan jantung

Di dalam kajian ke atas populasi, pengambilan soya pada sajian sederhana (10.8 gm isoflavone* sehari) dalam tempoh yang lebih panjang adalah membantu mengurangkan risiko terhadap kanser payudara.

*Setiap 25gm soya membekalkan kira-kira 75mg isoflavone.

Kadar isoflavones dalam soya juga berbeza bergantung pada cara soya diproses.

Bahaya Soya Kepada Cyst Kerana Phytoestrogen?

Dikatakan phytoestrogen yang terkandung di dalam soya adalah antara punca bahayanya soya terhadap mereka yang mempunyai Cyst.

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, Cyst boleh berlaku disebabkan perubahan hormon yang terganggu.

Namun, banyak faktor lain juga mempengaruhi kepada masalah pembentukan cyst. Jika dilihat dari sudut pemakanan, kita bukan makan 100% soya pun setiap hari, kan?

Dan, sejauh mana kita boleh buktikan semua makanan & minuman yang kita ambil bersih dari sebarang kimia sintetik lain termasuk hormon tumbesaran?

Estrogen Reseptor Mempengaruhi Peranan Hormon

Struktur kimia phytoestrogen dalam soya yang seakan-akan struktur estrogen dikatakan boleh bertindak terhadap estrogen reseptor yang seterusnya berperanan mengganggu keseimbangan hormon.

Namun kebanyakan kajian tidak dapat membuktikan apakah dose phytoestrogen yang dapat memberikan kesan estrogen ni pada tubuh manusia.

Makanan Yang Kaya Phytoestrogen Selain Soya

Tahukah kita, selain soya, phytoestrogen juga terdapat banyak dalam tumbuhan lain? Antaranya adalah:

  • flaxseed
  • kekacang
  • bijirin penuh
  • epal
  • jintan
  • celery
  • parsley
  • alfalfa

Manfaat Soya Terhadap Kesihatan

Soya adalah antara sumber yang mengandungi protein dari semua jenis asid amino perlu. 9 asid amino perlu:

  • Lysine – bantu dalam penghasilan antibodi, hormon & enzim. Ia juga membantu dalam pembinaan protein otot
  • Histidine – pembaikan tisu, perlindungan dari kerosakan akibat radiasi, seimbangkan tekanan darah
  • Isoleucine – pembentukan hemoglobin darah, seimbangkan paras gula darah & tahap tenaga
  • Leucine – pembaikan tisu & otot serta memberi perlindungan dari rosak. Juga membantu seimbangkan paras gula dalam darah
  • Methionine – menghalang pengumpulan plak dalam pembuluh darah.
  • Tryptophan – bagus untuk menentang tekanan, insomnia & kestabilan mood.
  • Phenylalanine – bantu dalam sistem saraf termsuklah membantu pesakit arthritis, migrain, depression, senggugut & obesiti
  • Threonine – bantu seimbangkan keperluan protein dalam badan termasuklah pembentukan kolagen, elastin, enamel gigi.
  • Valine – untuk metabolisme otak, pembaikan tisu & digunakan untuk tenaga bagi tisu otot.

Secara kesimpulannya,

  • Tiada kajian yang kukuh dapat menyatakan soya punca kepada pembentukan cyst
  • Kesan & manfaat soya yang baik untuk kesihatan adalah terbukti pada tahap pengambilan yang sederhana dan diambil dalam tempoh jangka masa panjang
  • Protein soya yang diproses menggunakan air adalah lebih baik kualitinya berbanding soya yang diproses menggunakan alkohol.

Bersederhanalah dalam semua hal. Nak makan nasi pun tak leh lebih-lebih kan?┬á ­čśë

 

Rujukan:

    1. Prescription for Nutritional Healing: A Practical Reference to Drug-Free Remedies Using Vitamins, Minerals, Herbs & Food Suplements, Phyllis A. Balch, Avery, 2010
    2. A Woman’s Guide to Vitamins, Herbs, and Suplements: How to Improve Your Health – Naturally, Deborah Mitchell, St Martin’s Paperbacks, 2008
    3. Ovarian Cysts & Soy?Discussion in ‘Community Board‘ started by┬áprettyprincessbelle,┬áFeb 23, 2008. https://www.disboards.com/threads/ovarian-cysts-soy.1732650/
    4. Ovarian Cysts and the Use of Soy Products http://ezinearticles.com/?Ovarian-Cysts-and-the-Use-of-Soy-Products&id=2630061 
    5. Top 20 Doctor insights on: Ovarian Cysts And Soy Milk https://admin.htap.us/user_questions/1004304-can-soy-milk-causes-ovarian-cysts 
    6. Adult Ovarian Function Can Be Affected by High Levels of Soy https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3139237/
    7. Soy-based renoprotection https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4848148/
    8. Soy Isoflavones http://lpi.oregonstate.edu/mic/dietary-factors/phytochemicals/soy-isoflavones



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

4 thoughts on “Bahaya Soya Kepada Cyst. Fakta Atau Mitos?”

  1. Wowwww… dah rasa macam baca artikel jurnal dah kak. siap dengan rujukan tue. info yang sangat lengkap, padat dan tepat. To be honest, GV tak tahu apa cyst. tadi baru google, rupanya cyst tu ada pelbagai tapi lazimnya selalu dalam bentuk cyst ovari. new knowledge untuk GV. huhu. terbaik kak. ­čÖé

  2. Pingback: Testimoni Kecutkan Cyst Tanpa Pembedahan. Ini Yang Mereka Lakukan. - ProVide Network

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge