bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan Yang Pertama & Yang Terakhir Buat Suami Sepanjang 1436H

Buat pertama kalinya, suami saya tak nak menjejakkan kaki sangat ke mana-mana bazar Ramadhan pada tahun ni memandangkan isterinya ini telah kembali rajin memasak juadah untuk kami bersahur keesokkan harinya.. hihi..

:mrgreen:

Alhamdulilllah. Telah diberi kudrat untuk rajin menyediakan sendiri makanan untuk kami suami isteri bersahur.

Jadi, yang tajuk Bazar Ramadhan Yang Pertama & Yang Terakhir tu merujuk pada bazar mana?

Ni lah yang nak cerita ni.

Kebetulan si suami ni rajin nak membawa isterinya ini ke bazar Ramadhan di Pasar Binjai, Kemaman. Katanya esok dah nak raya. Jadi, takkan dapat lagi jumpa bazar ramadhan sepanjang 1436H ni.

Sekitar Bazar Ramadhan Pasar Binjai

Anakku yang si Rafiuddin ni asyik melilau memandang air je.

Antara juadah enak di sekitar bazar

(mata yang judge, sebab puasa kan..  😆 )

  • Nasi kukus ayam goreng berempah. Banyak juga peniaga nasi ayam goreng berempah ni. Kalau ikut nafsu memang nak jugak angkut sebungkus. Rata-rata peniaga nasi ayam goreng berempah ni goreng fresh depan mata petang-petang tu jugak. Pergh!! Memang menusuk habis bau kelazatan ayam goreng berempah tu.
  • Nasi kerabu. Ni memang feveret saya ni. Tapi memandangkan kat rumah MIL, adik ipar dah memasak  makanan untuk berbuka, jadi untuk tidak menambahkan pembaziran, nafsu untuk mengangkut sebungkus juadah ini diabaikan.
  • Nasi minyak. Ini pun best. Kat Terengganu ni nasi minyak biasanya antara makanan yang dijual pagi-pagi sama macam nasi dagang dan nasi lemak. Sekali lagi, ia bukan dalam rembatan kami.

 

Antara juadah enak yang dibeli

(ok ni boleh cerita, sejurus selepas berbuka puasa)

  • Rojak ayam. Inilah kali pertama dapat merasa walaupun dah bertahun juga jadi isteri orang Terengganu nih. Rupa-rupanya rojak ayam ni ala-ala macam pasembur yang biasa dijual di utara tanahair. Cuma bezanya, diletakkan cucur udang, mi kuning, sedikit sayur & hirisan ayam. Sebungkus berharga RM4.  Rasanya? Sedap. Kalau tak kerana kat rumah MIL ada makan nasi, the whole mi ni boleh je dihabiskan.

 

bazar Ramadhan
rojak ayam
  • Ayam pusing. Kalau kat tempat lain dah biasa kita sebut sebagai ayam golek. Yang saya suka pada ayam pusing ni adalah gandingan sos cicah tu. 1 ekor berharga RM24. Kalau ambil sebelah je RM12. Ambil 1/4 pula RM6. Oklah dengan rasanya.
bazar Ramadhan
ayam pusing
  • Sate ayam. Ni feveret anak-anak. Rafiuddin & Auni antara penggemar sate
  • Air cikang. Suamiku datang sini rupa-rupanya untuk beli air je!
  • Air teh bunga kekwa. Pun suami yang nak.

  • Air blue lemon. Oh ini memang yang dituding si Rafiuddin. Agaknya sebab warna dia biru.  :mrgreen:

Itu jelah yang nak dikongsi hari ni.

Sekali lagi, kami memohon ampun & maaf andai ada kesalahan kata/ terkasar bahasa dalam hasil tulisan kami di providenetwork.com mahupun di zaleha.produkvitamin.com.

Selamat menyambut Aidilfitri 1436H dari kami seisi keluarga.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge