Bekerja Dari Rumah

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua

Entri ni sepatutnya lebih kepada menceritakan siapa saya.

Saya Zaleha, isteri kepada Mohd Awaluddin yang kini merupakan ibu kepada sepasang anak lelaki (Rafiuddin Afiq, 5 tahun 3 bulan) & perempuan (Auni Batrisyia, 1 tahun 4 bulan).

Dulu sebelum kahwin saya pernah bekerja di sektor swasta selama beberapa tahun & juga ada sedikit pengalaman bekerja di sektor kerajaan (secara sementara selepas Rafiuddin berusia 2 tahun).

Soalan yang sering diajukan kepada saya,

“sekarang kerja di mana? buat apa”

Saya jawab, “saya bekerja dari rumah“.

bekerja dari rumah

Hehehe.. ramai yang beranggapan kami hanya suri rumah tetapi sebenarnya kami juga bekerja.

Biasanya golongan seperti kami, kami sendiri menggelarkan diri kami Work At Home Mom (WAHM) @ Work on Road Mom (WORM) especially bila tengah dalam perjalanan jauh sambil menguruskan hal-hal secara atas talian. Bukan wanita je yang bekerja dari rumah sekarang. WAHD (Working at Home Dad) pun ada tau.

Apa kelebihan bekerja dari rumah?

Oh sudah tentulah ada kelebihannya. Malah ramai sekarang yang dah ada SOHO (self office home office sendiri)

5 kelebihan utama bekerja dari rumah

  • saya urus sendiri anak-anak yang belum bersekolah sambil bekerja
  • anak-anak yang sekolah dapat saya hantar & ambil sendiri
  • masa yang lebih banyak & berkualiti bersama keluarga
  • masa yang flexible untuk sebarang urusan
  • tidak berhadapan dengan sesi traffic jammed yang melampau

Apa kerjanya yang dibuat tu?

bekerja dari rumah

Selain menguruskan tempahan produk vitamin semulajadi kami di zaleha.produkvitamin.com, saya juga melalui rangkaian ProVide Network menguruskan hal-hal konsultasi nutrisi & bimbingan membuat bisnes secara online melalui kelas-kelas coaching atas talian mahupun secara offline. Banyak medium online boleh digunakan as long as kita mempunyai capaian kepada internet. & sudah pasti saya memilih untuk menggunakan blog sebagai medium utama pemasaran produk-produk kami.

Bisnes Shaklee yang kami jalankan juga adalah bisnes yang sangat mesra keluarga. Itu juga antara sebab saya sangat selesa untuk bekerja dari rumah sambil teruskan bisnes ini.

Anda ada pendapat @ komen untuk dkongsikan? Jom tinggalkan jejak anda di sini..

Atau jika anda ingin jadi sebahagian dari rangkaian kami atau ingin memasarkan produk anda melalui medium pemasaran blog kami,

Sebarang persoalan juga boleh terus kepada saya melalui sms/whatsapp/telegram ke 019-7646021 atau email ke produkvitaminsemulajadi@gmail.com

bekerja dari rumah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge